Travel ke Korea Selatan | Berikut Tentang Tiket Penerbangan Pergi Balik

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera semuanya. Semoga sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Sedia maklum seperti entri travel sebelum ...


Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera semuanya. Semoga sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Sedia maklum seperti entri travel sebelum ini pasti husniey akan berkongsi jumlah tiket penerbangan, belanja, penginapan dan lain-lain. Mari husniey mulakan perkongsian kisah travel ke Korea Selatan pada kali ini dari A hingga Z. Husniey mengasingkan entri tentang tiket dengan aktiviti semasa bercuti. Senang sikit pembaca nak fahamkan. Satu persatu okay? 😊


Sambar Tiket Semasa Promosi AirAsia Free Seat 


Pada bulan September 2018 tahun yang lalu, husniey dan tuan suami berpakat nak sambar tiket promosi destinasi ke Seoul. Sejak belajar menonton drama Korea, sedikit sebanyak hati ini jatuh suka pada bahasa, pada drama Korea Selatan dan teringin pula nak pergi sendiri melihat suasana negaranya, adakah sama seperti dalam drama, haaa gtuuu..



Mesti bagi anda yang meminati drama Korea juga teringin melihat permandangan di negaranya, rasai sendiri pengalaman mendekati penduduk tempatannya.. Syok okay bila dapat pergi travel sendiri, you plan everything try and error. Banyak perkara baru yang dapat dipelajari tau.

Jemput baca artikel terkini di blog;



📍 Hari Ketiga Di Seoul, Membeli Belah @ Gwangjang Market | Jalan - Jalan ke Itaewon



Menjadi rukun bagi traveller pasti akan membeli tiket kapal terbang pada harga promosi. Maklum sajalah banyak yang kita akan dapat jimat bagi kos keseluruhan, bila dapat potong harga tambang pengangkutan. 


Tiket penerbangan dari KLIA2 ke Seoul yang dapat disambar pada harga RM 708 untuk dua orang dewasa. Harga tiket ini sudah termasuk makanan dan minuman. Semasa penerbangan ke Seoul, tak ada bagasi yang dibeli. Hanya bawa backpack (hand carry) sahaja. Maksima berat cuma 7 kg sahaja untuk bawa masuk barang anda ke kabin (dalam penerbangan). Tempat duduk tak beli juga, auto assignment by AirAsia. Jimat banyak disitu.


Jadi jumlah harga tiket penerbangan bagi seorang dewasa RM 354 tiket sehala ke Seoul termasuk makanan. Menu makanan yang menjadi pilihan semasa dalam flight mestilah; Nasi Lemak Pak Naseer jadi pilihan husniey. Pembelian makanan agak last minute buat modify booking, mujurlah makanan tu dah diberikan sekali dengan air mineral 350ml. Masih tidak lupa harga tiket semasa promosi AirAsia Free Seat berlangsung, husniey dapat cuma RM 339 sehala (jika tak termasuk makanan). Murah dah kan? Kalau bukan harga promosi mungkin penerbangan ke Seoul boleh mencecah sehingga RM 500 sehala.

Bagi tiket penerbangan balik pula, terlebih dahulu husniey akan penuhkan tabung simpanan untuk travel. Datang bulan Disember, tabung untuk beli tiket penerbangan penuh (bukan orang kaya, so kena menabung baru dapat travel), barulah nekad beli tiket balik ke Malaysia. Travel date hujung Mac sehingga April so ada berbaki beberapa bulan sebelum tu, kami sambung menabung untuk kos pembelanjaan pula.


Memilih untuk balik dari negeri Busan sebab jauh lebih murah harga tiket penerbangan berbanding jika berlepas dari Seoul. Mungkin bulan April merupakan waktu peak season (musim bunga, cantik sangat) itu yang mahal kot. Jenuh duk belek website AirAsia kotlah jumpa harga murah, tapi tak jumpa juga. Bila bertukar arah nak balik dari Busan dan pilih tarikh sesuai so dapatlah jumpa pada harga murah. Tapi nak kena cuba cara lain juga, bagi pembelian tiket penerbangan balik kali ini ialah husniey membeli dengan cara menebus Airasia Big Points. Waktu itu bigpoints husniey sikit je yang ada. Alhamdulillah mujurlah dapat bayar menggunakan points + cash.

TIket Penerbangan Busan Ke KLIA2 

Berjumlah RM 1,616 tiket penerbangan Busan - KLIA2. Husniey beli sekaligus untuk tiga orang. Dibahagikan 3 orang, jadi RM 538.66 termasuk makanan minuman serta last minute husniey tambah bagasi 20 kilogram sebab shopping kain banyak sangat.

Redeem Points + Cash. RM 1400 untuk 3 orang.. Ni masa memula beli belum termasuk makan minum bagasi. 

Harga bagasi agak mahal sekitar RM 183 bagi berat 20 kilogram, mungkin sebab penerbangan jauh kot. Huhu bertabahlah siapa suruh kami shopping banyak sangat. Nasiblah kos bagasi tu dapat dibahagikan 3, sebab masing masing penuhkan barang berat semua dalam bagasi tu. Bayangkan jika tak termasuk kos tu mestilah jumlah hangus kos penerbangan lagi murah, hihi.

TOTAL HANGUS TIKET PENERBANGAN 
KLIA 2 - Seoul: RM 354 
Busan - KLIA 2: RM 538.66
Tiket penerbangan pergi balik; 
RM 892.66 / seorang

Okay seterusnya nanti husniey akan kongsikan cerita review menginap guesthouse di Korea. Nak tahu mahal  murah, kemudahan yang disediakan kenalah tunggu ye. Semoga entri kali ini memberi pencerahan dan dapat dijadikan rujukan :)

You Might Also Like

13 comments

  1. Betul..menabung.Setuju sangat ianya gandakan rsa kepuasan dan berbaloi kan Husniey..tak kiralah nak pergi jauh atau dekat-dekat sahaja.Terpikat dengan gambar awan tu..

    ReplyDelete
  2. bestnye tengok kak husniey fly last time. Ray dah lama tak travel ni. passport pulak x jmpe

    ReplyDelete
  3. consider murah tu husniey. sebab bawah 1k lagi kan. berbaloi sambar awal2.

    ReplyDelete
  4. eh terguna id adik ana pula. sorryyyy.

    ReplyDelete
  5. kena cadang 900 sorang nk g balik. aiyayayayyaa. pulau kapas dulu lah

    ReplyDelete
  6. asik sekali sepertinya berlibur ke ke south korea,,,
    saya pun pengen rasanya bisa kesana

    ReplyDelete
  7. Jimat banyak dah tu untuk travel bertiga ke oversea, kadang2 tiket dalam malaysia lagi mahal padahal nak ke sabah sarawak je..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah dah mudah kan sekarang nak travel ke korea ^_^

    ReplyDelete
  9. wow pandainya husniey cari tiket murah.. mama x pandai laa

    ReplyDelete
  10. Berbaloi dpt tiket murah mcm ni.. alhamdulillah, rezeki.. best2 :)

    ReplyDelete
  11. murah la tu Husniey kan... kena menabung la

    ReplyDelete
  12. aida nampak few excellent tips di sini. tq.
    aida ni if nak melancong, tabung gajah kena penuh dulu.
    berlima, kan.
    terutama korea. anak-anak dara confirm kena bwk.
    antu drama korea.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.