5/31/2019 11:02:00 pm
Keindahan Kampung Jambu Bongkok, Marang | Suasana Nyaman Tenang
5/31/2019 11:02:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat selalu hendaknya. Semoga di akhir ramadan 1440H ini semangat beribadat semaki...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat selalu hendaknya. Semoga di akhir ramadan 1440H ini semangat beribadat semakin meningkat. Apabila hati mula rindukan keindahan alam, serta rindukan suasana kampung dan view pantai mesti husniey akan tercari-cari 'port' cantik dikelilingi kehijauan kebiruan alam. Duk terfikir je mana destinasi menarik boleh bersantai
shoot by me using phone. Honor 8 pro. |
Untuk makluman semua pembaca blog husniey, kawasan Kampung Jambu Bongkok ini bukanlah tempat pelancongan. Hanyalah sebuah kampung biasa. Tapi disebabkan keindahannya itu jadi tular (viral) di kebanyakan page popular, maka makin ramai yang datang melawat kampung ini.
Kampung Jambu Bongkok ini istimewa, sebabkan permandangannya unik dan jauh dari bandar jadi memang original kawasan kampung. Damai sungguh suasananya. Terletak di dalam daerah Marang Terengganu, berjarak 39 km dari bandar Marang. Jika dari Kuala Terengganu lagi lah jauh sekitar 55 km jaraknya.
Boleh lihat ada banyak pokok kelapa sepanjang jalan di kampung ini |
Port bergambar di Kampung Jambu Bongkok. Ada beberapa pondok macam ni tapi yang ini paling comellah kot. Siap ada langsir bagai 💗 |
Sempat bergambar dekat buaian. Masa husniey pergi ni baru pukul 10.30 pagi, tapi panas sungguh cuacanya. |
okay ke sudut ni? tengah tahan panas tu sebenarnya, haha |
With my love. Mujur husniey bawa tripod so setkan camera telefon dengan timer 5 saat :) |
yer pantai tuu.. tapi tak boleh mandi manda tau, airnya dalam. |
lagi gambar dekat buaian cantik, belakangkan view pantai. Ah indahnya |