Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Penulisan di blog pada kali ini husniey nak ceritakan pasal pemanduan yang selamat.
Penting tak sebenarnya memandu cara yang selamat? Mestilah penting. Mencecah umur 16 tahun husniey terus buat lesen motor dan kiranya sempatlah bawa motor pergi sekolah. Power jugaklah kan masa tu padahal baru budak sekolah dah bergaya bawa motor, hehe.
Umur mencecah 18 tahun selepas tamat persekolahan (SPM) husniey pergi belajar memandu dan dapatkan lesen kereta, duit hasil bekerja sementara sebelum menyambung pelajaran di peringkat tertinggi. Memula dapat lesen tu husniey hanya berani bawa kereta di bandar Kemaman dan paling jauh masa tu hanya berani drive sampai ke Dungun je, hehe. Satu jam lebih dari Kemaman.

Masalah yang sering dihadapi ketika berada di jalan raya
Menyentuh tentang perkara yang tidak sepatutnya dilakukan di jalan raya ialah memandu secara berbahaya. Banyak pengalaman husniey yang lihat rakyat Malaysia ni. Kalau memandu di kawasan bandar, yang sepatutnya had lajunya 60km/jam tapi kebanyakannya suka sangatlah pecut sampai 100km/jam lebih. Ada jugak pemandu yang berada di lane kanan, tapi pandu kereta perlahan. Haa, bengang jugak kalau kena macam ni.
Tahukah korang bahawa kajian mendapati bahawa 40.7% kemalangan adalah disebabkan oleh kelajuan! Rasa peliklah dengan manusia yang berjiwa kelajuan ni. Tak sayang nyawa ke atau mungkin mereka ingat nyawa boleh dibeli di bengkel alat ganti kereta tu ke? Huih sabar jelah dengan karenah pemandu di Malaysia ni. Gaya pemanduan yang betul akan dapat menyelamatkan nyawa kita sendiri dan juga nyawa orang yang kita sayangi. Jom lah kita ubah sikap dan cara memandu yang selamat, sama-samalah ada sikap toleransi ketika di jalan raya. 😎

Nah jemput tonton video ini
Liberalisasi Insurans/ Takaful Motor
Tahukah anda sejak 1 Julai 2017, Bank Negara Malaysia telah meliberalisasikan premium insurans/sumbangan takaful motor? Untuk makluman, Tarif adalah senarai set harga tetap di mana syarikat insurans/takaful tidak dibenarkan untuk mengubah harga yang dikenakan ke atas polisi insurans/sijil takaful. Ia bertujuan untuk menentukan harga premium/sumbangan takaful motor yang lebih adil serta penyediaan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada pengguna.
Harga premium insurans/sumbangan takaful motor kini ditentukan oleh setiap syarikat insurans dan pengendali takaful berdasarkan penilaian profil risiko pemandu dan kenderaan. Jadi, harga premium/sumbangan takaful motor mungkin berbeza bagi dua kenderaan yang serupa dari segi model dan tahun pengeluarannya. Anda juga boleh mendapat akses kepada pilihan produk insurans/takaful motor yang lebih luas dan pelan produk perlindungan tambahan untuk memenuhi keperluan pada harga yang bersesuaian.

Tips untuk menikmati manfaat liberalisasi
Rekod pemanduan yang bersih akan menjadikan profil risiko anda bertambah baik. Jadi, amalkan tingkah laku berikut untuk menikmati faedah yang ditawarkan apabila membeli atau memperbaharui perlindungan insurans/takaful motor anda :
- Patuhi had laju yang ditetapkan setiap masa
- Patuhi peraturan trafik
- Jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu kerana ia mengganggu fokus pemanduan anda.
Anda boleh menikmati lebih faedah ketika membeli insurans/ takaful dengan menjadi seorang pengguna bijak, pemandu yang berhemah dan pemilik kenderaan yang bertanggungjawab. Jangan selalu tertarik kepada polisi insurans yang paling murah kerana ianya tidak semestinya mempunyai perlindungan yang terbaik. Gunakan hak anda sebagai pengguna, pilihlah syarikat insurans / Takaful atau polisi yang paling sesuai dengan keperluan dan mengikut bajet anda.
Untuk keterangan lebih jelas sila layari laman sesawang:
9 comments
Bawak kereta laju bukan setakat membahayakan diri, malah pengguna jalan raya yg lain. Seeloknya berpadalah dalam pengendalian pembawaan kereta tu. Jangan terlalu slow jugak sebab tu pun buat orang marah.. Akhir kata, hati-hati ketika memandu.😁😁
ReplyDeletehati2 dijalanraya..eh..berhemah tu pnting..nak kluar or masuk simpang jgn lupa bagi signal..:)
ReplyDeletePandu cermat jiwa selamat kih3
ReplyDeletebila kita jadi pemandu berhemah, org sekeliling pun selamat.. InshaAllah.. :)
ReplyDeletenasib baik mama bawa tak laju hihi.. eh yeke
ReplyDeletebetul tu. kadang kita dah bawa punya ikut peraturan sekali dtg kereta belakang buat main laju. kalau nk laju g litar lumba kan. haha
ReplyDeleteberhati2 di jalan raya :)
ReplyDeleteBerhati² semasa memandu
ReplyDeletekena jadi pemandu berhemah sentiasa supaya selamat kita, selamat jugok orang lain. yg penting, insurans tu kena tahu menda yang lindungi kita. jangan main bayor je. kehkeh
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.