Perdana Street Food 2019 Best Pelbagai Menu Makanan Anda Kena Rasai!

Perdana Street Food 2019 Yang Best Dengan Pelbagai Menu Unik | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Jumaat korang. 17 Mac 2019 pada ...

Perdana Street Food 2019 Yang Best Dengan Pelbagai Menu Unik | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam Jumaat korang. 17 Mac 2019 pada hari Ahad yang lalu husniey dan beberapa rakan Blogger lain di Kota Bahru berpeluang merasai event makanan jalanan di Hotel Perdana. Bagi anda yang mencintai makanan perlulah datang ke sini. Diberitahu oleh pengurusan hotel bahawa ini merupakan tahun kelima diadakan program seperti ini. Setiap tahun Perdana Street Food berbeza beza konsepnya.



Tahun ini Perdana Street Food datang dengan pelbagai jenis makanan yang unik. Korean food pun ada tau. Ikut trend gitu. Telah pun berlangsung mula dari 15 Mac lalu dan akan berakhir pada 15 April 2019, yang diadakan di Anjung Terrace, Hotel Perdana Kota Bharu.

Kali pertama jumpa blogger Mek Onie, Mawardi dan lain-lain blogger. Ada yang tak sempat bergambar. Gambar-gambar ini credit dari blogger Mek Onie. Thank you! 
Best suasana di sini, dapatlah kami bersantai di tepi kolam renang. Istimewanya pada tahun ini Perdana Street Food ini diketuai oleh Chef Ibrahim Abu Lasi yang mempersembahkan 16 buah gerai dengan pelbagai menu menarik yang anda dapati nikmati. Meriah tu ada 16 buah gerai, jenuh nak pusing kat situ, hehe 

Suasana di Perdana Street Food


Chef sedang memasak, siapkan pesanan pelanggan


Suasana malam. Santai lepak sini 

Berkonsepkan memberi kupon makanan, anda akan membeli kupon dan boleh mencatat senarai makanan yang ingin dipesan sahaja. Cashless. Jadi anda tak perlu membayar tunai di gerai ketika membuat pembelian. Hanya perlu membeli kupon makanan yang dingini. Di gerai nanti cuma tunjuk kupon dan buat pesanan.


Tema yang dipamerkan pada tahun ini ialah Klasik dan Elegan, dengan suasana yang menarik ini anda akan teruja sambil menikmati pelbagai jenis menu seperti Nasi Lemak Sambal Sotong, Nasi Lemak Rendang Daging, Nasi Lemak Sambal Kerang, Nasi Lemak Paru Berlada, dan Nasi Lemak Ayam Goreng Hot-Hot. Nasi lemaknya sedap. Sambal pedas betul kena pada lidah. Tuan suami husniey membuat pesanan menu ni.

Nasi Lemak Sambal Kerang 

Kimchi Fried Rice Prawn

Perdana Street Food 2019 ini menekankan makanan kegemaran orang ramai yang trending seperti Fried Hot Prawn Ramen, Kimchi Fried Rice Prawn, and Kimchi Fried Rice Beef. Yang sukakan makanan Korea ni mestilah kena rasa.


Menu makanan best yang husniey pesan. Char Kwat Kak Sotong Bakar.
Tu mereka guna nasi impit, kalau suka kway teaw pilih menu tersebut


hidangan yang banyak

Makanan popular yang menjadi identiti Perdana Street Food iaitu Kway teow Sotong Bakar, Char Kway teow Sotong Bakar, dan menu istimewa lagi unik ialah Char Kway Kak Sotong Bakar. Husniey pesan Char Kwat Kak Sotong Bakar ni. Serius sedap. Unik sungguh rasanya sotong tu dibakar dahulu dan di golekkan dalam sambalnya. Besar portion tu. Satu mangkuk ni pun dah kenyang. Selain itu turut disajikan menu Shawarma (kebab) dengan Roti Tempayan dengan Lempeng Kari Kambing serta Kari Ayam. Mesti ramai yang suka kan?


Menu roti tempayan cheese yang dipesan oleh Mek Yunie,
dessert kat sebelah tu husniey punya. Sedap! 

Gerai Ikan Bakar, banyak juga pilihan 


Anda turut boleh berkesempatan menyaksikan mereka memasak secara langsung bagi menu Ikan Bakar, Sotong yang boleh dimakan bersama beberapa jenis sos, Nyonya, Sambal Petai, Berempah, Asam Pedas. Setiap belian set ini tetamu akan diberikan Nasi Lemak Bungkus Air Asam, dan Cili Kicap.



Gerai Lok - Lok 


Berpeluang juga dating dengan blogger Mek Yunie, bukan dia yang invite.
Husniey dapat jemputan direct dari pr. Alhamdulilah rezeki

Menu makanan barat yang dipesan oleh keluarga Mek Yunie

Tidak ketinggalan gerai yang menyediakan kombinasi unik untuk peminat makanan barat. Anda boleh mencuba Chicken Egg Boats, Lasagna Beef / Chicken, Crispy Chicken, Jumbo Fried Sausages. Menu makanan ini sesuai untuk kanak-kanak.


Coconut shake. Gerai minuman yang penuh dengan pelanggan.

Inilah Shawarma. Korang yang teringin nak merasa
citarasa ala Turki tu boleh merasa menu ni 

Gerai minuman yang satunya ada disediakan, anda wajib cuba. Ada menu Milkshake Frappe: Chocolate Milkshake, Vanilla Milkshake, Mocha Frappe, Cappuccino Frappe, dan lain lain lagi. Anda juga boleh memilih untuk memesan minuman buah-buahan segar. Jus tembikai dia sedap tau.

jom beramai-ramai ke Perdana Street Food

Jadi apa lagi pencinta makanan? Anda semua jangan lupa pergi serbu Perdana Street Food. Musim cuti sekolah 2019 ini sesuai sangat kalau kebetulan datang bercuti di Kota Bharu Kelantan, bolehlah menjamu selera di Hotel Perdana ini. Warga Kota Bharu wajib cuba.

kupon makanan

Leave Some Love here!

Harga makanan yang ditawarkan sangatlah berpatutan. Serendah dari RM 3 sahaja. Anda beli minuman dan makanan bajet dalam RM 20 macam tu je. Harga standard tapi makan dekat hotel. Gempak bukan? Pihak pengurusan hotel juga turut mengadakan kempen 'Leave Some Love' untuk golongan kurang bernasib baik. So jemput sambil makan tu, jangan lupa untuk menderma juga. Semoga artikel ini beri manfaat. 

Untuk maklumat lanjut sila rujuk
Acara: Perdana Street Food, Hotel Perdana
Tarikh: 15 Mac hingga 15 April
Waktu: 6.00pm hingga 10.30pm
Tempat: Anjung Terrace, Hotel Perdana Kota Bharu

Hubungi: 09-7458888
Website: www.hotelperdanakotabharu.com
Facebook Page: www.facebook.com/HotelPerdanaKotaBharu
Instagram: @hotelperdana_kotabharu 

You Might Also Like

12 comments

  1. menarik ni.. sedap2 menu :)

    ReplyDelete
  2. sdap oo makanan dia.. blik rumah pun trigt2 lagi..hehe

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaa kalau bertemakan street food ni husniey. Lebih dekat dengan selera kita. Aishh kalau dekat lama dah ana terjah.

    ReplyDelete
  4. wahhh.. meriah dan nampak mewah

    ReplyDelete
  5. ermm memang best la kalau ada street food macam ni, semua sedap2 kan Hh :)

    ReplyDelete
  6. banyak makanan dekat sini, harga pun serendah RM3 memang gedik la tekak la nak pilih mana satu

    ReplyDelete
  7. wes best ! memang serius best. hahahha. hom, bukan aku melobi mu ke Hotel Perdana. Deme pilih atas bakat yg mu ada. keno tulis tu kekgi orang paham aku melobi mu nk beli mu. hahahahahahahahahahahahahahahahahahahah ! #adaakukesah

    ReplyDelete
  8. Seronoknyaaaa banyak makanan2 sedap nampak. Tp jauh sgt nak pegi 😅

    ReplyDelete
  9. Apa yang paling best utk di makan & minum?

    ReplyDelete
  10. Wow food heaven HH.. Best yang amat..
    Eh Mek pun ada..

    ReplyDelete
  11. wow meriahnya pesta makanan

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.