Pengalaman Guna Kad Watson Untuk Bayar Tambang Naik LRT, MRT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Disini husniey mengambil kesempatan dan peluang untuk bercerita tentang pengalaman menggunakan kad wa...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Disini husniey mengambil kesempatan dan peluang untuk bercerita tentang pengalaman menggunakan kad watson untuk tujuan menaiki pengangkutan awam seperti MRT dan LRT di sekitar kawasan ibu kota. Sekarang ini kan penggunaan kad touch n go agak meluas dan semakin mendapat perhatian di negara yang sedang maju.

15 Februari lalu husniey serta tuan suami punya urusan di Kuala Lumpur. Urusan cuma dua hari satu malam di ibu kota. Kebiasaannya kami memilih menaiki bas untuk ke Kuala Lumpur. Setibanya kami di ibu kota, memang akan bergerak dengan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan. Senang. Tak perlu pening dah nak kena fikir pasal kos parking, tol.

BACA SINI JUGA ARTIKEL MENARIK:
Aktiviti Best Di Melaka: Lihat Hidupan Marine 
Tak lama lagi Matta Fair, Disini Ada Tips Untuk Anda Bercuti Ke Pulau Dengan Harga Berpatutan



Tahu kan pasal penggunaan kad touch n go untuk beberapa urusan. Selalunya pernah kita tengok orang menggunakan kad pengenalan (IC) sebagai touch n go. Husniey juga tidak terkecuali, sebelum ini cuma guna IC je untuk tambah nilai dan gunakan ketika di plaza tol. Senang, cash less. Tapi guna IC macam kurang selamat juga risau hilang tercicir. Sekarang ni kalau kehilangan IC kena denda. Huhu so alternatif lain lebih selamat guna jelah kad watson.

Cara Menggunakan Kad Watson Touch N Go di Stesen LRT / MRT



  1. Langkah pertama ialah anda perlu tambah nilai kad tersebut. Ia boleh dilakukan di mesin berwarna biru putih yang tersedia di stesen. Senang aje langkah ini. Letakkan kad watson mula sentuh dan klik pada skrin. Pilih Touch N Go: Touch N Go Card. 
  2. Klik pada Reload. Masukkan note wang kertas. Minima untuk anda tambah nilai ialah RM 10. Selesai masukkan wang. Tunggu ia memproses. Transaksi berjaya dan akan dipaparkan di skrin jumlah baki di dalam kad.
  3. Setelah itu dah terus boleh guna, haa senang bukan? Macamana nak guna.. Imbas saja seperti biasa. Pengalaman husniey, rasa mudah betul kalau dulu pernah guna yang token tu macam susah juga kecil je saiznya risiko hilang atau tercicir tu tinggi
  4. Self service kiosk ini menawarkan kepad pengguna untuk tambah nilai kad, semak baki kad, dan juga di mesin ini anda boleh membeli kad touch n go. Not kertas yang diterima RM 10, RM 20, RM 50, RM 100. Jangan lupa cuba gunakan kad watson (jika ada). Lagi mudah dan rasa berguna betul kad watson, 2 in 1. Shopping boleh, nak guna untuk pengangkutan awam pun sesuai.
Tonton video disini 

Terima kasih sudi membaca sehingga ke akhir entri ini. Semoga bermanfaat ya

You Might Also Like

15 comments

  1. pernah ada kad watson tetapi tak pernah guna untuk tambang LRT...

    sebab lama tak pergi ke sana...

    mungkin suatu hari nanti

    ReplyDelete
  2. ada kat watson n touch n go tp guna kat hway je la... huhu

    ReplyDelete
  3. guna kad watson utk bayar parkir kereta di Kelate ni..mudah. no more coins...

    ReplyDelete
  4. Mudahnya.Selalu guna untuk tol je.

    ReplyDelete
  5. ooo. ak sokmo topup kat watson terus.

    ReplyDelete
  6. klau gi KL saya mesti kna bwak kwn yg tau pasal MRT/LRT nie
    pening klau tgk peta huhuhu

    ReplyDelete
  7. tk pernh guna kad watson utk naik lrt or mrt sbb biasa guna kad touch n go direct..yg kt ic pn tk pernh try

    ReplyDelete
  8. Ana pun guna kad watson je husniey. kalau guna ic satu takut hilang satu takut rosak lelama kan.

    ReplyDelete
  9. skrg akk guna ic kalau utk byr tol sbb kad watsons hlg..
    huhu

    ReplyDelete
  10. Tak pernah guna kad watson untuk bayar yang lain kecuali tol. Elok ada tutorial camni husniey, senang nak refer nanti..

    ReplyDelete
  11. saya guna kad watson untuk tol jugak. senang. guna kad yg itu aja. hehehe

    ReplyDelete
  12. tengok Husniey share card Watson ni tingat pulak mana campak card watson kite hahaha..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.