Hotel
Melaka
Reviews
Travel
The Wave Residences, Melaka | Lengkap Dengan Pelbagai Kemudahan
3/27/2019 06:45:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sedar tak sedar tinggal beberapa hari lagi kita akan habiskan sisa hari bagi bulan Mac tahun 2019. Pada awal bulan Mac haritu husniey ke Melaka. Kalau ada terbaca entri husniey sebelum ini berkongsi cerita tentang Tempat Menarik di Melaka itu betullah ya. Ada Encore Melaka, ada The Shore Oceanarium dan VRAR Interactive Park juga. Itu semua tempat best dan trending di Melaka. Bila dah bercerita tentang tempat menarik maka rasanya tak lengkap perkongsian husniey jika tidak menceritakan tentang penginapan best dan murah yang korang boleh menginap jika ke Melaka. So jom baca hingga ke akhir entri.
The Wave ini letaknya di kawasan Kota Laksamana. Semasa membuat tempahan husniey memilih jenis bilik Deluxe Queen Studio, dalam gambarnya menunjukkan jenis bilik itu ada satu bilik je. Tapi rupanya dapat jenis apartment yang ada dua bilik. Serius terkejut, luas sungguh ruangnya. Nak ajak siapalah tidur ramai-ramai dalam rumah ini. Padahal kami berdua je suami isteri.
Bilik utama - husniey tak tahu kenapa pengurusan letak tilam extra macam tu |
Bilik kedua - agak kecil ruangnya, tapi okay je cuma kalau nak solat kat ruang tamu |
Kemudahan Yang Disediakan Di Symphony Suite, The Wave Residences
Terpegun dengan suasana rumahnya yang konsep moden dan lengkap dengan banyak kemudahan asas dan keperluan lain. Serius tak perlu pening kepala dah bila check in sini. Ada katil yang selesa, ruang tamu yang diletakkan sofa serta kemudahan tv.
Ruang tamu simple tapi cantik |
Ada meja makan, dapur mini dan beberapa kemudahan lain yang diperlukan (peti ais, dapur elektrik untuk memasak, microwave serta pinggan mangkuk gelas juga sudah siap disediakan oleh pengurusan. Bagus betul. Bilik airnya satu saja tapi okaylah.
Ruang dapur yang lengkap |
Ruang meja makan. Seronok makan maggie kat sini malam tu. Pagi esoknya beli je makanan pagi kat luar |
Ini kemudahan terbaik yang ada. |
Comel kan playground ni |
Seronoklah si cilik kalau dapat bermain disini |
Nasiblah tuan suami ada emak saudara dan sepupu cilik tinggal di Melaka, so awal pagi pada hari kedua sebelum kami check out sempat ajak sepupu cilik, Yusuf Fakhri bermandi manda di kolam renang. Kemain tau budak zaman sekarang tak takut air langsung, rilek je mandi kolam orang dewasa. HAHA. Serius rasa berbaloi betul husniey buat tempahan di Agoda, macam tak percaya harga sangatlah murah tapi kemudahan residence ini lengkap. Atau kalau nak kelainan, boleh tempat homestay melaka di tepi pantai (rujuk blogs sukamakanjalan)
Klik sini untuk lihat lokasi penginapan
Harga kami dapat RM 135.74 termasuk husniey buat pilihan untuk points Airasia Big. Dekat Agoda je ada pilihan ini. Korang hanya perlu save je nombor ID Airasia Big tu, bila buat carian hotel pilihlah yang ada points AA. Mahal sikit takpe janji berbaloi dalam masa sama boleh tambahkan points. Travel smart. Itu yang kita hendakkan. Semoga artikel ini memberi manfaat ya.
RATING UNTUK SYMPHONY SUITE,
THE WAVE RESIDENCE MELAKA 4.7/5!
THE WAVE RESIDENCE MELAKA 4.7/5!
7 comments
kalau ada kanak2 yang ikut memang sesuai kalau ada pool. diorang nak brendam je sebenarnya.
ReplyDeletekadang2 yang dewasa pun suka brendam jugak hehe..
Puas hati ni Husniey...luas sangat.
ReplyDeletePulak cuaca panas..huisssss syok berendam dan berenang..
eyh bestnya husnieyyyy. ak plan gok ni. kira sini lalu arr. nnt nk pm hrga. kehkeh
ReplyDeleteberbaloi sgt2 dgn harganya.. ok masuk list
ReplyDeleteBerbaloi2 dengan harga dia Husniey. Bilik pun besar dan luas lengkap dengan kemudahan semua.
ReplyDeleteNak bookmark entri ni. nnti sng kalau nak ke melaka leh rujuk sini. thanks 4 sharing husni
ReplyDeletewahhh.. murahnyaaa . tempat pun cantik dan luas. untungnya husniey
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.