Aktiviti Menarik Jika Anda Ke Melaka | Tonton Teater di Encore Melaka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Semoga baik baik saja. Jom kita kenali tempat menarik yang menjadi trending dan landmark ...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Semoga baik baik saja. Jom kita kenali tempat menarik yang menjadi trending dan landmark baru di Melaka, ia dirasmikan pada Julai 2018 oleh Ketua Menteri Melaka, Tuan Adly Bin Zahari. Melaka ni syok sebab selain tempat menarik yang sangat banyak, ada juga hotel homestay & resort yang lawa di tepi pantai contohnya, casa rasa sayang (sumber: web ibu syurga). Husniey dan tuan suami baru saja balik dari Melaka ni, so marilah kita baca perkongsian dibawah tentang pengalaman semasa di Encore Melaka. kami siap menonton teater di Encore Melaka tau. Belakang Encore Melaka terdapat pantai, suasana sangat cantik bila sunset.



📍 Apa yang Menarik di Encore Melaka

Binaan yang cantik, moden kontemporari. Menghadap ke laut selat Melaka. Indah dan gah sungguh. Suasana cantik. Mewah. Bukan saja cantik malah lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti surau, tandas dan kemudahan tempat letak kereta. Ia percuma. Kita boleh jamu mata dengan pemandangan indah selat melaka dari pelbagai lokasi. Selain duduk di tepi pantai, boleh juga lihat dari puncak pencakar langit seperti The Shore Sky Tower.





Kaunter hadapan

Dalam tandas pun dah lawa sangat


Tiket teater

Dicadangkan untuk anda menonton teater pada waktu tayangan pertama iaitu pukul 5.30 petang. Keluar saje dari auditorium, anda boleh layan view sunset di kawasan bangunan Encore. Banyak port cantik untuk anda bergambar, berswafoto bersama rakan, keluarga dan yang tersayang. Bila ditanya pada penduduk tempatan mereka cuma tahu pasal bangunan ini cantik dan gah jadi tempat anak muda bergambar.

📍Baca  sini juga artikel menarik:

Suasana senja

Teater di dalam auditorium Encore Melaka sangat membanggakan dengan cerita yang tidak ternilai tentang Melaka, teater yang mencerminkan masyarakat merangkumi kepelbagaian. Pertunjukan teater di Encore Melaka yang berlangsung selama 70 minit itu menceritakan kisah lama yang sudah dilupakan: kisah para pengembara awal, misi diplomatik Cheng Ho, penempatan adat dan pertemuan lintas budaya seperti Baba Nyonya dan perkahwinan Baba Nyonya. 

Sebelum bermulanya teater

Alat teater dan pakaian pelakon teater yang tampak rumit, husniey tengok kesemua pakaian tradisional nampak on point. Pentas teater ini adalah yang pertama di Asia Tenggara, 360 degree ia platform berputar. Panjang pentas berukuran 240 meter bakal membuatkan anda terpegun dengan suasana pentas ini setelah teater bermula. Ia diarahkan oleh Wang Chaoge.

MENGEMBARA SEMULA KE MASA LALU DENGAN TONTON TEATER DI ENCORE MELAKA

Ibarat mengembara semula ke masa lalu tatkala mata husniey ditayangkan dengan persembahan pertama. Terdapat 7 jenis scene teater kesemuanya yang ditayangkan di dalam Encore Melaka. Pertamanya, husniey suka betul dengan persembahan pertama menceritakan tentang sejarah Melaka mendapat nama oleh Parameswara. Animasi sangat menarik, effect digunakan, power. Rasa macam tengok filem nampak real betul. Ada gelora ombak dan persembahan drum, hebat. Ramai betul performers. Persembahan yang serentak jadi kita ralit menonton.



Persembahan teater yang pertama ialah tentang Parameswara yang datang memburu dan menamakan Melaka sempena pokok Melaka, tempatnya berehat. Persembahan keduanya ialah persembahan teater berkenaan scene Laksamana Cheng Ho. Hebat dari mula scene ini dilakonkan, suka tengok pemain drum Cheng Ho mereka secara serentak bermain drum, it's real tau! Sekaligus menampakkan persembahan pertunjukan hebat dan tarian Nyonya dan Perkahwinan, scene ini berwarna-warni. Ramai pula penari. Serius, meriah sungguh. Berwarna warni!


Scene Baba Nyonya


Pada scene keempat, tentang Six Mothers. Yang menceritakan tentang seorang lelaki punyai 6 ibu angkat yang berlainan agama dan kaum. Scene ini husniey agak tidak faham mesej ingin disampaikan tapi scene ini agak sedih juga. Yang husniey faham sikitlah, setiap dari emak angkat itu berlainan kaum tapi semuanya baik dan saling ingin buat yang terbaik kepada anak angkatnya. Sebak terasa di dada, yelah bila cerita pasal emak rasa sayu jiwa ni. Next, scene Pregnant Mother bagi teater kelima.


Secara jujur husniey merasa agak membosankan pada mulanya, namun bertukar kepada rasa teruja dan wow kagum bila ada part air hujan yang unik ditambah kabus yang berwarna-warni yang sangat megah. Effect air yang betul. Bagi seseorang yang pertama kali menonton teater seperti husniey mesti rasa teruja. Scene ketujuh menceritakan tentang Wau.

Best part of scene Pregnant Mother

Cantik kan. Lawa sungguh

Kagum tengok ni..

Part akhir. Finale scene

Rumah kat belakang tu real tau


Kiranya bagi scene kelima keenam ada cerita pasal kaum Melayu juga. Ada yang membuat sangkaan teater ini hanya layak ditonton oleh kaum Cina. Oh salah sangkaan tu, ia boleh ditonton oleh semua kaum. Lagi pun Encore Melaka persembahkan teater ini dalam tiga bahasa iaitu; Melayu, Cina, Bahasa Inggeris. Kalau anda semua nak tengok video pendek boleh tengok di instagram husniey
> Link Instagram disini <

Info penting perlu diambil perhatian

Paling penting husniey nak highlightkan ialah tentang masa. Kena datang awal sebab tayangan teater bermula tepat pada masanya. Terlambat datang korang tak dapat nak masuk, sebab pintu masuk dan pintu keluar adalah merupakan pentas utama.. Masuk ke dalam dewan nanti buat anda akan rasa teruja dengan suasana dan penggunaan pentas (berpusing)

Tidak dibenarkan membawa masuk makanan atau minuman. Nak ambil gambar boleh, tapi tak boleh guna kamera DSLR atau mana mana kamera. Telefon smartphone sahaja, itu pun dilarang sama sekali hidupkan flash. Nanti akan ada petugas menegur kalau anda gunakan flash. Setelah selesai menonton persembahan teater anda semua boleh bergambar secara percuma dengan kesemua pelakon teater dan penari di luar dewan.

Bergambar bersama pelakon teater 


Mereka ini cekap betul, baru je lepas buat persembahan terus keluar dapatkan penonton untuk hantar kita pulang dengan penuh senyuman. Rating diberikan 4.8/5 bintang bagi persembahan teater ini. Hebat. Sebelum terlupa, anda boleh membeli tiket teater secara online di website.
Maklumat lanjut sila rujuk di bawah.

ENCORE MELAKA 
Waktu Tayangan: Setiap Hari jam 5.30 pm dan 8.30 pm

📍 Alamat:
No. 3, Jalan KSB – Impression 8, 
Impression City @ Kota Syahbandar, 
75200 Melaka, Malaysia

Website
www.encore-melaka.com | http://www.yongtai.com.my

Encore Facebook Page
www.facebook.com/encore.melaka  


You Might Also Like

12 comments

  1. Bestnya husniey dapat tengok teater dalam ni,
    Tapi mmg penari tu profesional.walaupun pnt still melayan peminat nak bergambar ngan dia
    Masa reen pergi aritu kebetulan baru abis show,mmg nmpk penari2 dia..sume tersenyum je,,

    ReplyDelete
  2. Cantiknya Encore Melaka ni. Tandas dia pun cantik. Haha. Tak sampai lg ke sini. Nanti esok2 bleh lah gi sini. Hehe

    ReplyDelete
  3. wah bestnya..dah la tmpat cantik..:)

    ReplyDelete
  4. haaa ade niat nk pegi melaka ni, maka dua tempat kena tuju. noted

    ReplyDelete
  5. wow menariknya boleh try la nanti

    ReplyDelete
  6. Akak tak pernah sampai sini, serius cantik! Daebakla..

    ReplyDelete
  7. Wah menarik ni husniey. Ingat persembahan untuk org cina je. Boleh plan lah ke sini.

    ReplyDelete
  8. ya Allah. rindunya kat melaka. dulu masa zaman belajar kat uthm, senang je la nak ke melaka. haha

    ReplyDelete
  9. antara satu tempat yang menjadi impian untuk dilawati suatu hati nanti..

    moga ada rezeki nanti..

    ReplyDelete
  10. dulu time uni terlibat jugak dengan aktiviti teater. mak kasi chance before habis blajar je lepas tu xleh dah hehe.. menarik kan ? seni yang diexpresskan dalam bentuk lakonan cemni =D kalo tengok teater yang muzikal pun menarik

    ReplyDelete
  11. best lah. tak lama lagi nak singgah jugak ni

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.