Menikmati Menu Terbaru McDonald’s Fish Prosperity

Assalamualaikum.. Dan Salam Sejahtera. Semoga sihat dan ceria selalu ya. Izinkan husniey throwback sikit je cerita penghujung Januari 2019 ...

Assalamualaikum.. Dan Salam Sejahtera. Semoga sihat dan ceria selalu ya. Izinkan husniey throwback sikit je cerita penghujung Januari 2019 pada baru-baru ini, mengopi bersama Blogger sis Zarini Ismail dan Sis Gee di McDonald’s Kuala Terengganu.



Tujuan asal nak bersarapan pagi bersama sambil bersantai bersembang, kami ni nama je blogger yang menetap di Kuala Terengganu tapi jarang sungguh dapat jumpa. Waktu hari bekerja adalah hari yang ideal untuk jumpa bersama. Sebabnya kedua ibu comel Sis Gee dan Sis Zarini akan punya masa lapang waktu pagi tu je. Lepas tengahari dah sibuk dengan anak² pulang dari sekolah.


Swafoto is must
Dari sarapan pagi chit chat. Kemudian dibawa ke makan tengahari sekali. Alhamdulillah rezeki kami haritu pihak McDonald’s Kuala Terengganu memberi peluang merasai menu baharu iaitu McDonald’s Fish Prosperity ❤. Masa kami rasa tu baru je hari kedua dilancarkan di pasaran.


Sebelum ini memang paling suka dengan Beef Prosperity, sebab husniey jenis suka daging. Tapi sekarang kalau ke McDonald’s husniey dah ada pilihan menu baharu. Tak ada lah duk ulang makan menu yang sama aje kan. Bosan kot ulang menu sama. Rasa hidangan Fish Prosperity ini unik dan menarik. Isi ikan yang dipanggil fish filet dan diletakkan bersama hirisan bawang holland. Kalau tak silap ikan yang digunakan ialah ikan dowry. Sebelum ini husniey pernah merasai ikan dowry dibuat lauk. Sedap juga.


Close up sikit. Ini dia set menu Fish Prosperity 😍 
Perbezaan bagi fish prosperity ini, setiap kali krew McDonald’s menerima pesanan barulah mereka akan mula menyediakan menu itu dengan celupkan ke dalam sos blackpepper. So ia disediakan dalam keadaan segar, sebab kalau sediakan awal sos blackpepper itu  akan menyerap dengan pantas. Untuk pengetahuan anda, set Fish Prosperity ini hadir bersama dengan Twister fries dan minuman McFizz (jus oren).


Husniey suka rasa unik yang ada pada fish prosperity, bila gigit aje isi ikan ia lerai ke dalam mulut. Wah not bad. Tidak ada bau hanyir ikan. Sebenarnya kan husniey low expectations terhadap fish prosperity ini. Tapi bila rasa sendiri, hilang semua low expectations itu. Haha. Inilah yang dikatakan belum cuba belum tahu 🤣. Cepat jangan lepaskan peluang untuk merasai menu terbaru McDonald’s. Gunakan aplikasi McDonald’s lebih jimat tau. Thank you McDonald’s Kuala Terengganu!

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web📍 www.mcdonalds.com.my

You Might Also Like

13 comments

  1. Seronoknya..menikmati rezeki sambil berukhuwah.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. kita dop dang agi nak g try. ahahahaha

    ReplyDelete
  3. Tak try lagi ni. Hari tu konon nak order sekali order beef prosperity jugak. Hehe

    ReplyDelete
  4. oo boleh bayang rasa dia macam mana

    ReplyDelete
  5. x merasa ag ni..nti la rasa harap sempat ag..hee

    ReplyDelete
  6. Jom repeat ngopi lagi Husniey..

    ReplyDelete
  7. Kalau saya pergi mcd, menu yang selalu saya pilih , mesti double cheese burger. Tapi yang ini saya tak pernah rasa. ada masa nak trylah nanti

    ReplyDelete
  8. semalam ade singgah mekdi walaupun konon diet fast food hehe.. nak beli tapi x jadi. so masih belum rasa la beger baru ni =P

    ReplyDelete
  9. Twister fries tu nampak sedap sangat.. 😅

    ReplyDelete
  10. Tak rasa lg nak try fish dia sebab masih lagi berminat dengan beef. Hahaha.

    ReplyDelete
  11. sambil makan sambil mengopi bestttt

    ReplyDelete
  12. xrasa lagi hahaha habis promo mcd ni

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.