Chinese New Year
Food
Hotel
Kelantan
Reviews
Prosperity Chinese New Year Set Menu @ The Grand Renai Kota Bharu
1/20/2019 07:00:00 pm
Prosperity Chinese New Year Set Menu @ The Grand Renai Kota Bharu | Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera. 2019 baru sahaja bermula, macam biasa selalunya perayaan
yang pertama disambut bagi setiap tahun ialah Tahun Baru Cina. Selamat Tahun
Baru Cina bagi rakan dan pembaca blog Husniey yang akan menyambutnya tidak lama
lagi. Husniey berkesempatan dan berpeluang menghadirkan diri merasa ‘Prosperity
Chinese New Year Set Menu’ di Restoran Dynasty yang terletak di tingkat 6 hotel
The Grand Renai Kota Bharu. Untuk makluman anda menu makanan yang disediakan
ialah halal dari JAKIM. Harga yang ditawarkan berpatutan cuma RM 799 dan
RM 1,199 sahaja satu meja dengan bilangan seramai 10 orang.
RM 1,199 sahaja satu meja dengan bilangan seramai 10 orang.
Para media
dan bloggers merasa set menu yang berharga RM 799. Dah nama pun Chinese New
Year kan mestilah antara menu wajib kena ialah ada Yee Sang. Paling berkenan
dihati ialah Yee Sang.
Ini merupakan kali pertama husniey merasa menu Yee Sang,
selalunya asyik dengar orang je sebut. Syok juga rupanya ber Yee Sang ni. Menu Yee
Sang disajikan ini bersama ikan Salmon. Sedaplah tak hamis. Rupanya baru tahu
ia macam kerabu (Makanan Melayu dan Thai). Menu kedua yang husniey jatuh hati
ialah Five Happiness Combinations. Serius suka kombinasi yang terdapat dalam
menu ni, ada buah dan juga sedikit sumber protein seperti seafood dan ayam. Unik. Tak reti nak
jelaskan lebih lanjut boleh rujuk pada gambar ye. Jadi mari kita lihat antara
pilihan menu yang terdapat bagi harga RM 799
- · Fortune Salmon Yee Sang
- · Grand Renai Five Happiness Combinations
- · Steamed Tiger Garoupa Traditional Style
- · Fried Prawn with Creamy Salted Egg Yolk
- · Crispy Stuffing Chicken In Two Varities
- · Braised Yellow Fish Maws & Mushrooms with Nai Pak Choy
- Double Boil Black Chicken Soup With Herbs & Head Fungus
Fortune Salmon Yee Sang |
Grand Renai Five Happiness Combination |
Grand Renai Five Happiness Combinations |
Steamed Tiger Garoupa Traditional Style |
Fried Prawn with Creamy Salted Egg Yolk |
Crispy Stuffing Chicken In Two Varities |
Braised Yellow Fish Maws & Mushrooms with Nai Pak Choy |
Double Boil Black Chicken Soup With Herbs & Head Fungus |
Manakala
bagi set menu yang berharga RM 1,199 pula pastilah yang lebih baik dari set
menu di atas.
- · Fortune Salmon Yee Sang
- · Grand Renai Five Happiness Combinations
- · Roasted Shatin Chicken
- · Silver Cod In Two Varities
- · Fried Tiger Prawn with Creamy Salted Egg Yolk
- · Braised Abalone with Assorted Seafood in Pot
Menu Pencuci Mulut
Steamed Nian Gao with Crushed Peanut & Shredded Coconut |
Double boil snow pear with dried longan, fungus and red dates |
Di The
Grand Renai Hotel turut menyediakan Prosperity Yee Sang Menu 2019 iaitu Salmon Yee
Sang harga dari RM 38 (Regular) dan RM 78 (Large Serving). Turut tersediakan
menu Scallop Yee Sang yang berharga RM 58 (Regular) dan RM 98 (Large Serving).
Abalone Yee Sang pula berharga RM 98 (Regular) dan RM 188 (Large Serving).
Pengurusan
The Grand Renai Hotel mengalukan untuk join Chinese New Year Eve Reunion Dinner
bertarikh pada 4 Febuari 2019 di Grand Ballroom yang terletak di Tingkat 6.
Majlis bermula dari jam 6.30 pm. Anda boleh melihat Tarian Singa dan juga jangan
melepaskan peluang cabutan bertuah yang akan menanti. Restoran Dinasti ialah
restoran Halal yang berada di tingkat 6. Waktu urusniaga dari jam 10 pagi – 2.30
petang terdapat Dim Sum Buffet, ia cuma berharga RM 28 seorang. Jam 6 petang
sehingga 10.30 malam (Makan malam), 12.00 tengahari sehingga 2.30 petang makan
tengahari.
Apa tunggu
lagi, bagi pembaca yang berminat untuk membuat sebarang tempahan dipersilakan
menghubungi melalui talian yang tertera di bawah ini. Prosperity Chinese New Year
ini available dari tarikh 22 Januari sehingga 19 Febuari 2019. Jangan lepaskan
peluang sekarang ini tengah ada promosi Early Bird 10% Discount bagi
keseluruhan bil.
The Grand Renai Hotel Kota Bharu
Office: 09-746 2233
ext 3662
Ms Lim Chin Ee Assistant
Sales Manager: 012-9599199
Ms Elaine Tan Senior
Event and Catering Executive : 012-9661333
12 comments
Yee Sang tu...menarik.Tak pernah makan lagi.Tapi kak PC rasa tertariklah Husniey.
ReplyDeletesdapnyo..husniey xajk doh cik nor..hihi
ReplyDeleteWahhh husniey..best tu yee sang !
ReplyDeleteNyum..nyumm
Prawn tu aduhai sedapnyaa
ReplyDeletemahal jugok dihhh.
ReplyDeletesedaknyo napok, berpatutan nga harga la kot ni kann
ReplyDeletechinese food ni memang favorite akak..
ReplyDeleteUishh..banyak sungguh menu CNY ye. nampak sedap semuanya
ReplyDeleteIni membuat nafsu makan marah nie...jommmm
ReplyDeletepergh makanan semua nampak menyelerakan..
ReplyDeleteBestnya menu2 dia Husniey. Lapar terus lepas tgk ni haa. Mesti kenyang teruk lepas makan ni kan. Hehe
ReplyDeletemacam best tuh!! ada rezeki boleh cuba menu menu CNY nih!
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.