The Cedar Bidor Perak | Villa Mewah Tempat Bercuti Sesuai Bersama Keluarga dan Teman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat selalu hendaknya. Cuti sekolah telah pun tiba paling seronok saat ini ...



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat selalu hendaknya.
Cuti sekolah telah pun tiba paling seronok saat ini mestilah anak anak yang masih bersekolah. Musim cuti je mesti sibuk tanya destinasi mana nak bercuti kan? Jom baca sampai habis tentang tempat menarik yang husniey kongsikan di bawah. Kalau tahun ini tidak sempat anda boleh masukkan ke dalam senarai tempat best untuk bercuti pada tahun 2019 😊. Husniey dan rakan rakan Blogger Pantai Timur, memilih bercuti di The Cedar @ Bidor Perak sempena cuti sekolah. 

Tempat Menarik Untuk Anda Luangkan Masa Bersama Keluarga dan Rakan-Rakan di Bidor Perak Malaysia. Bercuti di rumah percutian homestay menjadi tarikan, dan kini semakin trending di Malaysia, selalunya tempat menarik yang menjadi pilihan ramai mestilah anda inginkan permandangan alam semulajadi cantik dan menarik dengan pelbagai kemudahan. 
The Cedar @ Bidor adalah sebuah rumah banglo mewah dan baru dibuka pada awal 2018, ia dibina di tanah persendirian yang seluas 4 ekar dan boleh menampung bilangan tetamu dari 8 hingga 20 orang. Seronok dan sesuai sangat untuk buat family day kecil-kecilan atau gathering bersama sahabat baik yang kita dah lama tak bersua muka ☺


The Cedar at Bidor ini terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan hanya 10 minit dari Bandar Bidor. Husniey bertolak dari Pantai Timur dan sebelum bergerak husniey merujuk google maps, diberitahu jalan paling terdekat ialah melalui jalan ke Cameron Highlands - Tapah - Bidor. Dalam 1 jam 40 minit perjalanan ke Bidor jika anda dari Cameron Highlands. Tapi dinasihatkan berhati-hati melalui jalan Tapah agak berbahaya. Rumah percutian The Cedar ini menawarkan percutian yang damai, membolehkan para tetamu berehat sambil layan alam semula jadi. Syok tau, boleh mandi manda di kolam renang dan udara sekitar yang segar dikelilingi kehijauan alam. Menarik lagi, The Cedar dibina secara strategik untuk menangkap pemandangan matahari terbenam & matahari terbit. Lagi menarik rumah ini juga dekat je dengan Air Terjun Sungai Gepai, 5-7 minit saja dari rumah percutian ni. 

View tenang ini hanya di The Cedar @ Bidor 

Villa Mewah The Cedar @ Bidor ini Mempunyai Pelbagai Kemudahan
  • 8 Bilik tidur berserta 8 Bilik Mandi
  • 2 Tandas dan bilik air di tingkat bawah 
  • Kawasan Tempat Makan Luar
  • Dapur basah + Dapur Kering
  • Bilik Main Kanak-kanak
  • Meja panjang dekat pool
  • Karaoke Lounge 
  • Kawasan Barbeku 
  • Sound systems
  • Kolam Renang Infinity Edge
  • Penghawa dingin 
  • Tuala / Linen disediakan
  • Televisyen 
  • Microwave
  • Tempat letak kereta  

Bilik tidur kami suami isteri. Selesa. Suka sangat! 😍 

Dapur. Ini dapur kering. See, peti sejuk, peti beku juga disediakan. Senang nak simpan barang makanan

Tingkat atas. Lawa ruangan ini kan 😍

Meja makan. Dekat luar tepi kolam. Syok lepak sini. 
Sampai je di The Cedar Bidor, husniey terus explore keseluruhan villa resort mewah ni. Setanding hotel ternama tau. Cantik. (Sumber: blog sukamakanjalan)Teruja semua melihatnya. Kemudahan yang hampir lengkap. Nak masak nak makan pun tak susah. Pinggan mangkuk bekas semua disediakan secukupnya. Bagus servis pihak The Cedar ni. 

Kami menggunakan semua jenis barangan yang ada disediakan, mudah urusan.
Ada 8 keluarga so bila nak makan tu macam mencabar tapi jangan risau di villa mewah ini lengkap, nak masak boleh nak BBQ sambil layan lagu pun boleh di laman belakang rumah. Syok habis! (Dawaibesi.com)

Jatuh cinta dengan reka bentuk rumah yang sangat cantik. Gaya rumah ini moden dan saiz keluasan rumah ini besar boleh menampung ramai. Maksima hanya 30 pax sahaja termasuk kanak-kanak. Sesuai sangat buat keluarga yang inginkan percutian santai tapi bermakna. Laman rumah ini pun besar boleh buat sukaneka kecil kecilan. 


Tangga cantik ❤️ yang hitam tu tangga belakang. Kalau dah mandi pool tu sesuai sangat naik ikut tangga belakang.. 

Inilah ruangan yang paling disukai oleh kaum lelaki. Husniey dah lewat malam baru dapat cuba main snooker ni. Hihi 🤭 

Kemudahan untuk karaoke, apa lagi kan cubalah nyanyi lama betul tak pegang microphone 🎤 
Terdapat juga bilik permainan. Meja dan peralatan snooker, juga ruangtamu yang dilengkapi TV dan set lengkap karaoke. Husniey sempat merasai pengalaman karaoke di villa ini. Nasiblah 'juri jemputan' semua cakap best, kalau tak best mesti dah hujan lebat di Bidor! 🤣

Datang tempat cantik, mestilah kena selfie seketul dua

Mandi manda di kolam renang. Malam baru sempat mandi! Hehe hampir pukul 12 tengah malam baru sedar diri. Tak sejuk berendam di kolam, airnya suam je


Besar saiz kolamnya! Syok husniey bersama kak Zarini dan kak Sheila, kami berendam di kolam renang walaupun dah larut malam. Tuan suami turut tidak melepaskan peluang untuk berenang di kolam. Bangun pagi terus terjun ke dalam kolam. 

Review Ikhlas Sepanjang Menginap di Villa Mewah The Cedar @ Bidor
Review ikhlas sepanjang menginap disini husniey jatuh cinta pada binaan rumahnya yang sangat cantik, bukan saja luas tapi mesra pengguna (mesra pengguna sebab ada banyak pintu dan tangga so macam senang nak keluar masuk pintu mana-mana pun, hehe). Bayangkan ada 8 bilik tidur, memang selesa sangat biliknya besar dan dah siap ada bilik air sekaligus. Tak payah nak berebut dengan orang lain. Di setiap pelusuk ruang di rumah ini dipasangkan aircond. Yes, dalam setiap bilik juga ada. Kami tak ada merungut panas ke rimas, serius suasana best tenang. Tengok anak-anak team Blogger Pantai Timur enjoy bermain-main. Ruang yang paling disukai? Eh rasanya macam hampir setiap ruang di rumah percutian The Cedar ni best. Suka kawasan pool boleh lepak di buaian dan bangku, malam tu kami buat acara BBQ di laman belakang. Siap ada sounds system boleh tuju lagu kat situ jugak. Syok betul! 


Ruang makan Barbeku ~ Kat sinilah boleh pasang lagu tu. Best lepak sini sambil layan karenah rakan rakan. Haha

Memori tercipta. 26 November 2018. 

Inilah kawasan dapur basah ~ masa ni lah seronok bersatu padu sediakan makanan dan membawang di dapur hehe 
Bilik permainan kanak-kanak. Banyak juga mainan. Seronok si cilik duk sepahkan. Tapi sebelum check out jenuh juga husniey mengemas. Tak boleh tinggalkan bersepah nanti kena cas 😂

Kemudahan di dapur terbaik, semua barangan lengkap. Tetamu dibenarkan memasak di dapur basah. Kuali, periuk, nasi, sudu, garfu semua ada. Tinggal korang bawa barang basah dan bahan-bahan lain. Peti sejuk, peti beku, pinggan mangkuk semua dah disediakan. Nak simpan barang-barang makanan pun tak susah. Cuma kekurangan yang ada tidak disediakan mesin basuh dan seterika. Haha nasib baiklah kak Zarini ada bawa so kami pinjamlah dia punya seterika. Kemudahan lain, semua okay sangat. 


Rating diberikan 4.8 / 5 🌟🌟🌟🌟

Baju oren itu Pak Adi staf The Cedar, terima kasih layanan baik kepada kami. Semoga murah rezeki selalu! 

Suka dengan layanan oleh penjaga The Cedar, baik orangnya dan bertungkus lumus melakukan tugasan memastikan kami menginap dengan selesa. Pak Adi dan ada lagi pekerja lain, tinggal di dalam kawasan villa tersebut. Mereka menjalankan tugas dengan baik. Jika perlukan pertolongan atau pertanyaan, boleh panggil mereka. Seronok duk santai petang hari pertama tu, pak Adi hantarkan buah nangka. Dua biji! Besar jugalah. 


Alhamdulilah. Semoga pihak The Cedar sentiasa maju dan mengekalkan servis yang baik. Bagi yang bertanya bagaimana cara nak buat tempahan, anda juga boleh terus ke laman web yang tertera di bawah. Klik Book Now dan pilih tarikh serta masukkan bilangan tetamu. 
Harga satu malam bermula dari RM1,100. Sila baca juga segala terma dan syarat. 



Semoga artikel ini bermanfaat! Husniey dan rakan rakan masih dalam mood tak boleh move on dengan percutian kami di The Cedar Bidor, heehe :D
Pssst.. Husniey duk berangan kalau-kalau lah ayah nak beri sebidang tanah di kebun, akan kubangunkan sebuah rumah besar cantik seperti ni. hehee amboiii jauh berangan kan. 


Jemput tonton video yang disunting 
di YouTube Channel ~

Untuk maklumat lanjut sila layari;

Website: www.thecedarbidor.com Facebook Page: The Cedar at Bidor Instagram: @thecedarbidor 

Email: thecedarbidor@gmail.com Phone: 0126839979

Alamat: Lot 1852, Jalan Paku, Kampung Chang, 35500 Bidor, Perak, Malaysia


You Might Also Like

15 comments

  1. Memang tak boleh nak move on lagi ni..best sangat!

    ReplyDelete
  2. cantik tmptnya...mmg sesuai ni gathering rmi2

    ReplyDelete
  3. Cantik sangat lokasinya..buat apa2 event pun best ni

    ReplyDelete
  4. cantik sangat view dia.. mesti la seronok kan

    ReplyDelete
  5. Murah juga harga tu Husniey. Boleh propose dekat family ni utk buat family day. Tempat pun tenang je

    ReplyDelete
  6. cantiknya . lengkap ha siap ada karoke, bbq , kolam.macam macam. memang sesuai la nak gathering kan

    ReplyDelete
  7. Thank for sharing this post with us, loved this villa.
    valet parking luton

    ReplyDelete
  8. x sangka ada resthouse yg comel n murah di tgh2 kg. mesti pergi ni jika kebetulan abe kie pi umah adik ipar di Tapah. dah dekat kan?

    ReplyDelete
  9. still x leh move on.. dok rindu lgi suasana bercuti kat sana.. best!! jom husniey kita gi lagi .. hehe

    ReplyDelete
  10. Cantiknya tempat ni. Masuk wishlist laa

    ReplyDelete
  11. Boleh bek satu family ramai2 ni sbb ada 8 bilik..let say rm1,1000 tu divide 10 org baru seratus sorang murah la

    ReplyDelete
  12. Best yer. Tak sabar nak pergi sini

    ReplyDelete
  13. mak aiihhh bestnya tempat~ tetiba rindu nak guna fisheye haha follow back #342 and Google+

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  14. menarik ni. da klik dah link nyer.
    mcm nak angkut family berfamily day sini nanti.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.