Food
Ipoh
Perak
Reviews
Tempat Makan
Restoran Chinese Muslim Abdullah | Tempat Makan Wajib Rasai di Ipoh
12/10/2018 10:43:00 pm
Jika bercuti ke tempat menarik dalam Malaysia pasti kita akan tercari-cari tempat makan best yang boleh dinikmati ketika bercuti. Setiap tempat ada makanan best yang perlu kita cuba, pendek kata kalau tidak mencuba seperti tidak sempurna percutian itu. Ketika percutian pendek bersama team blogger pantai timur, husniey berpeluang makan malam di Restoran Chinese Muslim, berdekatan saja dengan Taman Tema MAPS. Selepas selesai maghrib di surau dalam MAPS terus ke sini. Tak sampai 5 minit dah pun tiba di depan lokasi letaknya restoran menarik di Ipoh ini.
Baca sini juga artikel lain yang menarik:
📍 Buffet Ramadan Review: Summit Hotel KL Harga Berpatutan Menu Best
📍Sebulan Guna Pelembap Muka By Hansaegee Nature Produk Best Dari Korea
📍 Resepi Roti Sardin Bersalut Telur
Menariknya di restoran ini, husniey suka pada servisnya. Ia dibuka untuk pelanggan mencari hidangan makan malam, selalunya masalah juga kalau nak cari tempat sesuai untuk makan malam. Menu disediakan merupakan masakan ala cina. Ini pertama kali husniey mencubanya tapi dah jatuh cinta. Selalunya kita cuma pernah dengar char kuey teow, kuey teow kungfu ke kan. Ini ada lauk pauk ala chinese style.
Menu istimewa yang terpapar di kaunter restoran |
Tuan suami, Izzat dan owner Encik Aiman Loh |
MENU MAKAN MALAM YANG DIRASAI DI RESTORAN CHINESE MUSLIM ABDULLAH
- Nasi putih bersama;
- Spring onion squid
- Tofu pumpkin
- Chicken chop Lemon
- Daging Bawang Halia
Menu yang tersedia. Rujuk pada gambar ye |
Menu di meja husniey dan sis zarini ~ Syok semua best |
Meriah kan ini di meja sis awadah dan sis sheila |
Tofu pumpkin dan onion squid. Nice combo |
Ramai juga yang datang makan malam di restoran ini, full house malam tu. Servis okay tidak terlalu lama menunggu. Tidak dapat nak luahkan dengan perkataan, husniey suka ke semua menu. Onion squid tu rasanya ada masam pedas dan manis pada sos nya. Unik. Paling unik menu Tofu Pumpkin, husniey ingatkan macam tauhu kosong je bersama kuah kuning tu kan, rupanya tofu ini ada isi telur kat dalam, ya Allah tempting betul! Kuah nya pekat tapi sedap berkrim.
Ini kalau nak cuba masak kat rumah, mesti tak menjadi. haha kena menuntut ilmu dengan guru memasak yang betul arif! Chicken chop lemon juga tak kurang hebatnya, sedap juga tapi kuahnya lebih rasa masam. Sesuai kalau anda sedang demam tidak ada selera. Menu tofu pumpkin ini kata owner disitu ia asli dari Hong kong. Uihh unik sungguh, untung orang Ipoh tak perlu susah kalau sesekali ingin merasa selera ala chinese. Pada husniey harga juga berpatutan.
Jika husniey bercuti lagi ke Ipoh memang akan datang ke sini lagi untuk menikmati makan malam. Sesuai sangat sesekali bawa keluarga makan kat sini ketika pay day. Ingin membuat tempahan boleh hubungi terlebih dahulu pihak restoran. Pendek kata makanan kat sini terbaik! Rating yang diberikan 4.9/5 🌟🌟🌟🌟. Selamat Maju Jaya dan semoga murah rezeki selalu.
Daging bawang halia dan chicken lemon |
Alhamdulillah rezeki.. Thank you atas layanan baik dari pihak Restoran Chinese Muslim Abdullah |
✔️ Halal Restaurant
Waktu Urusniaga: 4.30 pm - 12.00 am
Alamat: No. 5 & 5a & 5b, Jalan Meru Bestari A14, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh Perak
Waktu Urusniaga: 4.30 pm - 12.00 am
Alamat: No. 5 & 5a & 5b, Jalan Meru Bestari A14, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh Perak
Restoran Muslim Chinese Abdullah
Facebook | Official Number: 05-5252350
22 comments
Bagi yang berhajat mahu mencuba menu atau citarasa Chinese Muslim boleh la ke sini.Nampak sedap-sedap menunya.
ReplyDeleteKak PC belum pernah mencuba lagi makan di mana-mana restoran Chinese Muslim.
Mesti sedap kan :) sebab pernah jugak makan dekat one of muslim chinese restaurant ni... memang sedappp masakan dia... thumbs up!
ReplyDeletesedapnya husniey ,, tempting2 semuanya ..tofu pumpkin tu first time dengar.. hii.. menu semua best2
ReplyDeletecantiknya gambar! sedap sedap nih, bila nak lunch niiii
ReplyDeleteBole try ni.. Klau p ipoh lagi
ReplyDeleteSekarang ni dah banyak restoran China Muslim macam ni dan makanan mereka pun semua sedap-sedap nanti datang sana boleh lah cuba sini tengok tempat menarik...
ReplyDeleteHari tu dah ke sini tapi makan di tempat lain. Menarik menu yang disediakan. Singgah ke ipoh nak Kena cuba
ReplyDeleteMasih teringat-ingat kesedapan diaaa
ReplyDeletesedap nya ! biasa memang chinese food sedap. diaorang expert dlm nasi ayam macam ni
ReplyDeleteDiah pun suka makanan la chinese ni.. sedappp
ReplyDeletesedapnya makanan kat sini....
ReplyDeleteLamanya tak makan chinese food. Tgk gambar2 tu lapar terus dibuatnya.
ReplyDeleteAien suka mencuba makanan lebih² chinese food ni. Tadi pun dari jalan² kat youtube how to cook chinese food. Haha
ReplyDeleteWow nampak sedap semua lauk Tu meleleh air liur
ReplyDeletemenu chinese food ni memang sedap-sedap. kak ana ni nama je orang Perak, Ipoh ni tak berapa pandai sangat.. perkongsian yang menarik dari HH, kak ana follow sini kay, happy blogging
ReplyDeletesaya pernah makan sekali chinesee food kat puchong selangor. tapi masa tu macam tak kena dengan selera tekak. mungkin sebab ngah alahan pregnent. hehe
ReplyDeletelapar pula tgok makanan tu. padahal dah makan je tadi. haha
ReplyDeleteNampak sedap tu.terliur pulak rabia tengok ni.pantang tengok makanan.
ReplyDeleteTgk pun dah tahu sedap belum rasa lg tu..ntah ntah owner ni chef yg ambik kos kulinari 😬
ReplyDeleteYummy! Tapi jauhnyaaaa. Rasa nak ajak hubby jenjalan cari makan jelah malam ni.. Haha.
ReplyDeleteSedap tengok menu dia.. Aduhhh terliur la pulak tengok ni hahaha.. Pernah pergi pergi perak tak pernah sampai sini lagi
ReplyDeleteantara feveret aida - makanan chinese muslim.
ReplyDeletesgt suka. selalu aida makan di bangi.
di Melaka, tak jumpa yg sedap di tekak :)
Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.