Hotel
Kedah
Reviews
TOP
Travel
Big Banana Hotel | Penginapan Cantik Harga Berpatutan @ Sungai Petani
10/31/2019 06:00:00 pm
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, semoga sentiasa dalam keadaan bahagia ceria dan sihat. Husniey doakan untuk kalian moga doa baik itu juga kembali semula kepada diri ini. Kali ini husniey nak berkongsi cerita pengalaman menginap di hotel yang terletak di Sungai Petani Kedah. Ini kali pertama husniey menginap di utara. Kebetulan ada kerja je, dari Ipoh via lebuhraya ke Sungai Petani memandu kereta mengambil masa 2 jam lebih.
Artikel Menarik Yang Mesti anda baca:
Big Banana Hotel lokasinya strategik kerana berhadapan dengan sungai, tengok pada bangunannya masih baru. Rupanya baru sahaja dibuka pada awal tahun 2018. Patut nampak cantik sungguh hotel ini. Bila nak menginap di hotel, husniey akan pastikan parking tak susah. Ada sesetengah hotel kalau tengah bandar kan, macam susah nak cari parking. Mujurlah di Big Banana hotel ini mudah tempat parking. Jom baca di bawah kemudahan lain yang disediakan.
TONTON VIDEO DI YouTube
Husniey Husain
Artikel Menarik Yang Mesti anda baca:
Bahagian luar hotel. Depannya sungai. Cantik suasana sunrise disini |
Big Banana Hotel lokasinya strategik kerana berhadapan dengan sungai, tengok pada bangunannya masih baru. Rupanya baru sahaja dibuka pada awal tahun 2018. Patut nampak cantik sungguh hotel ini. Bila nak menginap di hotel, husniey akan pastikan parking tak susah. Ada sesetengah hotel kalau tengah bandar kan, macam susah nak cari parking. Mujurlah di Big Banana hotel ini mudah tempat parking. Jom baca di bawah kemudahan lain yang disediakan.
Kemudahan Hampir Lengkap Terdapat Di Big Banana Hotel
Semasa buat tempahan husniey lihat ada pilihan beberapa bilik paling murah ialah bilik double decker. Ini kalau datang dengan kawan, sesuailah. So untuk pasangan halal macam kami ini mestilah memilih menginap di bilik jenis Double Room
Meja dan kerusi - Sesuai sangat nak buat kerja kat sini |
Bilik air dan tandas. Just nice je saiznya |
Kemudahan yang tersediakan dalam bilik. |
- WiFi
- Penghawa dingin
- Tv skrin rata dengan pelbagai saluran
- Bilik mandi dan tandas (dalam bilik)
- Meja dan kerusi
- Tilam queen
- Rak pakaian
- Mini bar
- Peti keselamatan
- Free toiletries
- Tuala mandi
Kemudahan lain yang terdapat di dalam hotel | Boleh dikatakan agak lengkap kemudahan yang disediakan. Serius husniey suka sangat! 😍
- Lobby
- Kids corner
- IT Area
- Pantri
- Cafeteria
- Free Secured Car Park
- Permandangan sungai
Hotel ini berkonsepkan business, tapi dalam masa sama menerapkan konsep moden, sedap mata memandang. Pada mulanya husniey memilih menginap di sini hanya satu malam tapi disebabkan lambat selesai kerja pada 28 November tu jadi terpaksa tambah lagi satu malam, okeylah tu kan sambil kerja sambil bulan madu.
Harga yang husniey dapat ketika membuat tempahan di Agoda ialah RM 98 (termasuk memilih untuk tambahkan AirAsia Big Points), harga bagi malam kedua pula RM 91 sahaja. TOTAL HANGUS MENGINAP DI SINI IALAH RM 189 SAHAJA. Buat tempahan secara online juga (padahal boleh je turun ke front desk minta extend haha) tapi sebab nak kutip cashback dari SHOPBACK.
BACA SINI PASAL SHOPBACK.
Untunglah siapa nak bagi duit macam tu je kan? Kaki travel kaki shopping kena ada akaun Shopback dan guna aplikasi Shopback setiap kali shopping atau pun buat tempahan hotel. Untuk hotel ini husniey dapat RM 4.70 cashback. Itulah kumpul sikit-sikit lama lama jadi bukit

Review Ikhlas Sepanjang Menginap di Big Banana Hotel
Kemudahan yang sangat menyenangkan tetamu. Ini yang paling husniey suka! Sebab setiap kali travel, sebelum menempah sesebuah penginapan husniey akan pastikan kemudahan yang tersediakan tu sepadan dengan harganya. Kalau mahal tapi tak banyak kemudahan, tak best juga kan? Murah pula tak nak letak harapan tinggi. Harga yang berpatutan, mampu milik bagi yang jenis traveller kos sederhana macam kami ni, sesuai sangat menginap di sini. Suka dengan pantri yang tersedia di tingkat 2, buka aje pintu bilik kami dah nampak pantri. Boleh bancuh air kopi makan biskut, sambil tu baca buku atau pun siapkan tugasan kerja. Selesa betul kemudahan begini.
Sempat explore masa hari nak balik tu, haha. Dapatlah siap beberapa draf entri blog trip Bidor dan Ipoh tempoh hari sambil minum kopi kat ruang membaca. Tak lupa juga dengan kemudahan seterika, lega betul husniey bila tengok ada seterika dekat pantri. Alhamdulilah menyenangkan urusan!

Nampak tak ada banyak kemudahan di pantri? Sangat berguna dengan kewujudan pantri |
Reading corner - sempatlah buat kerja kat sini kejap beberapa jam sebelum check out |
Haa nanti dulu jangan ingat semua sempurna best, tiap orang hadap pengalaman berbeza kan? Jujur nak beritahu, husniey kurang suka pada servis layanan staf disini agak dingin. Pagi hari kedua kami nak breakfast di cafeteria tu dah terlewat, memanglah salah kami tapi bukan sengaja nak turun lewat. Kami check in lambat malam tu (pukul 1 pagi) sebab dari Ipoh bertolak dekat pukul 10.30pm. So bangun terlewat sikit haritu pukul 10 pagi baru nak breakfast serius tak perasan secepat itu masa berlalu. Lagi pun event petang bukan pagi. Itu yang santai je.
Husniey tak kisah kalau staf tu cakap dengan baik, tapi layanan kami terima dia buat muka bengis gila "makanan dah habis, kita tutup pukul 10". Masa tu husniey tak cakap apa pun. Masih bermanis muka, itu respon yang diterima nada dingin benggang siap jeling tau. Staf itu berumur lingkungan 40 an. Tanpa hiraukan kami langsung, dia duk kemas angkut semua barang alatan buffet. Muka dia tu macam lantak kau la bukan urusan aku. Kami bukan nak suruh dia masak pun, nampak ada roti dengan jam lagi so nak makan apa yang ada jela, tapi dia tetap tengok tak puashati. Husniey kemas sendiri kot cawan, pinggan kami makan roti tu. YA ALLAH SABAR JELA. Apa yang nak marah sangat tak tahulah. Terus kami keluar cari makan dekat luar dan ke dobi untuk basuh baju.

Hari ketiga pada pagi tu seawal jam 8 pagi kami dah turun breakfast, seriklah kena macam tu. Bukan kisah sangat pasal breakfast tu tapi benggang dengan layanan staf tu. Pagi hari ketiga kami makan nasi lemak dengan bihun goreng. Tapi nasib tak ada mak cik tu, staf lain pula bertugas. Kalau tak mesti potong mood nak makan. Staf di meja depan okay je tak ada masalah.
Overall, rating diberikan pada hotel ni ialah 4/5 bintang. Recomendded jika anda nak menginap disini jika berada di Sungai Petani, berdekatan dengan hotel ini ada pawagam, hanya 2 minit berjalan kaki. Tapi kedai makan area sini semua chinese. Kena memandu dan pergi makan di dalam food court shopping mall Tesco SP Selatan paling dekat. Itu saja sekian untuk perkongsian kali ini. Terima kasih baca artikel ini semoga bermanfaat ya.
11 comments
Kak PC baca...ada sungai tu..wah rasa best je..tapi bila part layanan tu..sedih jadinya.
ReplyDeleteTngk bangunan mcm design omputeh dulu2. Cantek 😍👍
ReplyDeleteNicenya tempat dia.. Such a beautiful place.. Tapi, a annoying old lady huh? nasib tak jumpa dia lain² hari. haha
ReplyDeletecomey2...klu g sungai petani leh laa try duduk sini..hmm..betul tuu,,klu staf ok..mesti dh bagi 5/5 ni..
ReplyDeleteCantik bilik2 dekat sini. Boleh lah plan book sini nanti. Tp bab staff tu, kalau ana boleh hangin satu badan dibuatnya.hehe
ReplyDeletecomel nama hotelnya. cantik2 pulak tu hispter hehe.. kalo duduk tamoo kluarla nak tido je =D
ReplyDeleteNama hotel dia unik.. Baca pengalaman husniey pasal hotel tertarik nak g gak tapi bila baca bab layanan staff pasal makanan tu aduh fikir banyak kali nak pergi tak suka cara org layan gitu hahaha
ReplyDeletecantiknya tempat dia. ala2 classic :) Klu ke sg petani mungkin boleh usha cni
ReplyDeleteTempat dan bilik dia tu cantik. Suka tengok tapii haishh kena fikir juga nak singgah tu hikhik
ReplyDeleteZumal pernah lalu depan hotel ni memang dari luar pun nampak ohsem
ReplyDeleteLama tak pergi hotel..
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.