Menikmati Domino's Pizza Bersama Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Bulan November di pantai timur merupakan musim tengkujuh, jadi perut ni asyik lapar je h...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Bulan November di pantai timur merupakan musim tengkujuh, jadi perut ni asyik lapar je hihi. 
Husniey selalu juga membuat pesanan Domino's pizza bila tak ada idea nak memasak. Baru-baru ini bersempena cuti Deepavali, dapatlah belanja keluarga di kampung (mak ayah dan adik-adik). Hanya dengan Domino's Pizza yang husniey mampu belanja. Combo deal di Domino's Pizza berharga dari RM 34.90 akan dapat satu pizza bersaiz regular, 2 breadstix dan juga air tin. Banyak lagi promosi yang terdapat di Domino's Pizza, paling suka pizza bersaiz personal boleh dapat RM 5.55 sahaja. Murah bukan?

Pizza bersaiz regular, besar juga puashati makan dengan keluarga. Ini Beef Pepperoni. Roti tu sedap juga 


Tudiaa bukan selalu belanja gambar bersama pizza ☺

Kejayaan Domino's Pizza dari Tahun 1997
1997 Domino's Pizza lahir di Malaysia
1999 Buka cawangan pertama di Johor dan buka talian untuk penghantaran 
2001 Buka cawangan di Penang
2003 Perkenalkan pesanan atas talian. Boleh sambung baca di gambar di bawah yer 


Tahniah kepada Domino's Pizza Malaysia, kerana telah mencapai kejayaan demi kejayaan sepanjang berkecimpung dalam industri makanan. Husniey mula jatuh cinta dengan pizza keluaran domino's sejak 2 tahun lepas, selalunya husniey akan memilih untuk membuat pesanan secara atas talian dan akan take away di cawangan terdekat dengan rumah iaitu di Kuala Terengganu. Paling best bila take away kita tak perlu menunggu lama, tiba di restoran Domino's terus boleh pick up menu yang telah dipesan. Cuma beritahu nama anda sahaja. Pembayaran boleh di buat secara atas talian atau bayar secara tunai di kaunter restoran. 

Menu Kegemaran Domino's
Pizza yang menjadi kegemaran husniey di Domino's Pizza ialah Beef Pepperoni, BBQ Chicken, Aloha Chicken dan banyak lagi. Setiap kali buat pesanan pizza husniey juga tidak ketinggalan untuk menambah menu side order,
paling digemari ialah Fabulous Four dan Roasted Chicken Drummet. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. 

Sedap semua menu pizza ni

Order history. Menu yang pernah husniey order 




Jika ada promosi pasti husniey tak lepaskan peluang untuk belanja keluarga mertua, adik adik ipar gembira betul bila dapat pizza. Alhamdulillah. Korang tunggu apa lagi kini mudah tak perlu tunggu di restoran untuk merasai keenakan Domino's pizza, boleh terus buat pesanan secara atas talian. Jangan lupa pilih waktu dan lokasi cawangan berdekatan anda. Laman sesawangnya bagus dan mesra pengguna untuk anda yang ingin mencuba pengalaman buat pesanan atas talian.

Info lanjut tentang Domino's Pizza Malaysia 

www.dominos.com.my/itsallaboutyou

www.dominos.com.my


You Might Also Like

12 comments

  1. Betul la Husniey..musim hujan...adududu...perut rajin sungguh main gamelan..sedap makan panas-panas..sebelum-sebelum ni kak PC dan En Suami lebih pilih pizza hut..bila dah cuba domino's pizza ni..ok sedap.

    ReplyDelete
  2. sedap roti tu Husniey jadi ketagih pulak nak makan

    ReplyDelete
  3. Shaa betul tu husniey.. sekarang mudah. Lapar je boleh terus order online hehe

    ReplyDelete
  4. nak kena order lagi husniey hahhaha

    ReplyDelete
  5. yumy222..lama tk singgah dominos pizza

    ReplyDelete
  6. Tetiba zumal rasa lapar Domino's

    ReplyDelete
  7. yeah...favorite akak sekeluarga ni...kita geng

    ReplyDelete
  8. Pizza Dominos memang best.. terutama sekali spicy sambal..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.