Dapatkan Kopi Percuma di McCafe

Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu semua pembaca dan rakan rakan blogger. Harini husniey nak tulis santai je, saja share sini kot...

Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu semua pembaca dan rakan rakan blogger. Harini husniey nak tulis santai je, saja share sini kot lah korang  tak tahu kan. Siapa gemar minum kopi? Angkat kaki! Eh angkat kaki pulak. 

Tahun ni husniey banyak betul minum kopi, pelbagai jenis kopi suka cuba minum. 
Selalu duk ulang minum kopi di McCafe. Yang selalu jadi pilihan husniey antaranya Ice Latte, Caramel Latte, Mocha, dan ada lagi beberapa jenis tu. 


Aroma dari kopi membuatkan kita tenang dan rasa cerah mata kan? Tapi tak boleh minum selalu jugak, payah nak tidur malam (padahal memang jenis susah tidur malam). Kalau ada kerja yang nak kena siapkan di malam hari, barulah cari kopi. Hee. Oktober haritu husniey mengopi dengan tuan suami di McDonald's Kuala Terengganu, kadang tu pergi ke cawangan Gong Badak tengok pada keadaan sebab tak suka makan dalam suasana terlalu ramai orang, heee. Pada belah malam jelah baru ada masa untuk keluar bersama, yelah siangnya suami sibuk kerja. Lepas settle bayar dan ambil makanan yang dipesan di kaunter, macam biasa kalau ada minuman yang dipesan di McCafe kena ambil di kaunter tersebut.


memang suka bila dapat bau aroma kopi 



Klik pada gambar untuk membaca teks lebih jelas. 
Staf di kaunter McCafe berikan satu kad. Seperti kupon. Masa tu husniey order dua jenis kopi. Tengok pada kad tu ada ruang yang dicop. Oh rupanya sekarang ni kalau beli minuman di McCafe akan dapat satu kad dan anda akan dapat satu minuman percuma. Nak dapat percuma minuman tu, kena beli 3 kuantiti minuman. 
Nanti dah cukup 3x dicop silalah tebus (rujuk gambar di atas tu dah boleh tebus tu, tapi husniey peram dulu). Setakat ni dah dua kali dalam bulan Oktober dapat kad kupon ni, hee kuat betul minum kopi weh. Sebelum terlupa minuman yang boleh didapati bila dah tebus ialah Americano, Latte, Cappucino, Ice latte, Ice Americano.  

Beli kopi tapi lupa nak suruh staf McCafe cop? Cuma tunjuk resit dan nanti akan dicop pada kad. Boleh terus tebus bila dah cukup, nak tebus pada kemudian hari pun boleh juga. Korang penggemar kopi atau teh? Kalau suka kopi kopi apakah yang jadi pilihan. Jom share di ruangan komen :) 

You Might Also Like

8 comments

  1. Sekali sekali pekena kopi sedap juga kan, dapat pula McCafe.. fuhhh. Lagi seronoklah order minuman kopi di McD, kumpul cop sampai cukup boleh dapat free pula wauuu

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  2. Kak PC minum kopi kalau betul-betul teringin je Husniey..atau pergi majlis ke...tak ada pilihan..minum juga sikit-sikit..

    ReplyDelete
  3. suka jugak kopi kat mccafe ni, sekali minum mesti nak lagi!

    ReplyDelete
  4. Oo..ok juga tu. Dah lama tak minum kopi ni hehe

    ReplyDelete
  5. bahagia betul muka kak husniey dpt air free. haha rajinnye pegi mc cafe. ray ade je kad tu tp x penah bawak XD

    ReplyDelete
  6. Oh, kupon tu baru ye? Sebelum ni selalu beli McCafe tak pernah dapat pun..ke nak kena mintak?

    ReplyDelete
  7. Sha pernah dapat kupon tu.. tapi sebab McD jauh, kupon tu expired.. huhuhu.. tapi memang sedap kopi di Mc Cafe..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.