Persediaan Untuk Anda Yang Ingin Mengembara di Luar Negara

Melihat orang lain mengembara jauh ke ke luar negara macam seronok kan, tapi sebenarnya ada banyak sangat perkara penting yang perlu dila...


Melihat orang lain mengembara jauh ke ke luar negara macam seronok kan, tapi sebenarnya ada banyak sangat perkara penting yang perlu dilakukan jika merancang untuk bercuti ke luar negara. Kali ini husniey luangkan sedikit masa untuk menulis tentang perkara yang perlu dilaksanakan jika merancang untuk bercuti ke luar negara.



Tetapkan tarikh dan belilah tiket penerbangan sesuai dengan tarikh perjalanan yang dipilih.Tolong tengok banyak kali maklumat ketika membuat pembelian kadangkala kita ni tak perasan tersilap tekan, kan dah jadi satu hal pulak. Haa nak beli kat mana tiket penerbangan ni? Dekat mana mana website penerbangan yang ada. Sekarang zaman dah maju semua tiket penerbangan dah boleh beli secara online. Bagi smart traveller pasti akan membeli ketika promosi besar besaran. 

Buat pasport di Jabatan Imigresen
Pasport ini kiranya nyawa kalau nak keluar mengembara di negara orang. Adakalanya ia  lagi penting dari duit (kalau hilang kat negara orang payah ni, pasport Malaysia antara pasport paling hebat dan banyak negara yang kita boleh lawati tanpa visa). 

Harga bagi pasport sekarang RM 200 untuk tempoh 5 tahun. Contohnya husniey buat pasport pada tahun 2016 dan bakal luput pada tahun 2021. Masa pertama kali keluar negara pada tahun 2014 ada projek akhir ketika semester akhir Diploma mengembara di Jakarta dan Bandung, masa tu husniey buat 
2 tahun RM 100 sahaja, 2 tahun ni kejap sangat. Baik terus buat 5 tahun. Perkara penting selepas selesai buat passport ialah memastikan rekod anda bersih dan tiada halangan untuk keluar mengembara. 



Buat tempahan penginapan. Tempahan penginapan ni ada sesetengah pengembara suka buat tempahan awal (6,5,4 bulan sebelum tarikh), ada yang suka buat tempahan lambat. Nasihat husniey sebenarnya ia bergantung pada musim, kalau buatnya musim kita pergi tu tengah cuti sekolah di Jepun mesti penginapan cepat penuh dan akan berbaki penginapan yang mahal sahaja. Jika nak selamat, buat tempahan awal. Pengalaman husniey selalunya paling awal pun 2 bulan sebelum. 
Masa buat tempahan tu, cari pilihan hotel yang ada free cancellation. Selalunya dekat Booking.com ada pilihan itu. Website lain pun ada juga 

Penginapan mana jadi pilihan - Hotel, Resort, Guesthouse, Hostel? Tanya poket kitalah kot. Hee

Beli travel insurans
Siapa yang jenis tak suka akak abam insurans tu jangan terlalu membenci tau, haha. Dalam mengembara ni kita tak tahu sebarang kemungkinan yang akan kita hadapi di negara orang dengan keadaan sekarang banyak bencana datang tiba-tiba. Untuk langkah berjaga jaga, langganlah pelan insurans yang mana anda rasa berbaloi dan mampu. 
2017 ke Jepun, guna khidmat insurans AXA, ramai juga yang cadangkan sebab katanya senang nak claim. Tak mahal sangat, husniey langgan masa tu RM 39 seorang yang premium. Basic lagi murah lupa harga dah tapi rasanya tak sampai RM20. Ada pelan bagus tu, bagasi rosak / flight cancel / jatuh sakit di negara orang pun dapat claim insurans tau 

Daftar Masuk Penerbangan
Jangan lupa untuk daftar masuk penerbangan anda 2 minggu sebelum tarikh perjalanan. Check in flight ini selalunya boleh dilakukan dari 2 minggu sebelum sehingga 3 jam sebelum berlepas. Boleh buat secara online, lepas dah check in tu barulah dapat boarding pass (tiket penerbangan). Sekarang ni dah tak susah tau, tiket penerbangan anda boleh pilih untuk cetak di rumah guna printer atau pun cetak di mesin yang sediakan di lapangan terbang (tak susah ada banyak disediakan).

Ini kaunter dekat Krabi International Airport  ~

Rancang Jadual Perjalanan.
Ini penting juga, kalau nak mengembara secara teratur kenalah ada perancangan awal kan tidaklah kalut dan tak tahu mana nak tuju bila flight landing. Info tambahan jangan lupa bawa satu pen untuk isi borang dalam perjalanan, untuk kegunaan pihak imigresen dan kastam rujuk maklumat kita. Jadual perjalanan ni penting, anda kena buat anggaran masa dan ketahuilah tentang informasi penting tempat menarik yang akan dilawati tu. Paling asas tahu waktu operasi.

Bonus kalau anda suka membaca dan mengkaji bolehlah tengok macamana cara orang lain bergambar bila datang melawat ke tempat menarik. Semua tu rujuk kat Google Maps saja. Google maps bagitahu banyak maklumat. Letak aje nama tempat di kotak ruang carian


Pakaian yang nak dibawa.
Kenalpasti musim yang anda akan lawati. Musim sejuk lain bajunya, musim bunga lain pula kalau musim panas tak perlu baju tebal pun. Suasana sama macam kat Malaysia. 
Jangan bawa perkara tak penting

Baju kalau boleh bawa beberapa helai saja, selebihnya bajetlah sehelai dua nak beli disana. So tak adalah anda bawa dari Malaysia pun dah macam tak nak balik hihi. 

Selama mengembara bersama suami kami tak pernah bawa bagasi, memang jenis angkut backpack saja. Selain baju, jangan bawa syampu dan mandian yang bersaiz 1 liter tu pula. Beli botol kecil yang sesuai untuk bawa naik ke cabin tu, bawa sikit je. Kadang tu benda tu semua dah disediakan di penginapan bawa yang penting aje. 

Selalunya beg galas ukuran 25L- 30L setiap seorang. 
Balik Malaysia mesti barang akan beranak (sorang boleh bawa satu paper bag / plastik sebagai tambahan. Boleh rujuk dekat website kalau tak pasti. Ini untuk yang nak travel light je

Perkara lain yang perlu disenaraikan:
Makanan kering yang nak kena dibeli (buat bekal). Kenali matawang negara yang anda ingin lawati (Matawang Indonesia ialah Rupiah. Paling pening nak faham. Nak senang buatlah list berapa tukaran dari matawang negara orang ke dalam matawang Ringgit. Lama kelamaan kita akan faham

Contoh matawang Jepun. Dipanggil Yen dan
Matawang Indonesia iaitu Rupiah.  Dalam gambar 1000¥ itu bersamaan RM 37 dan 50000 Rp itu bersamaan RM 13. Tukaran matawang terkini semasa artikel ini ditulis

Study route dan buat kajian pengangkutan awam. 
Asingkan duit siap siap untuk pengangkutan, asingkan jumlah yang besar perlu dikeluarkan. Selalunya pengangkutan jadi kos utama. Contohnya pengangkutan RM 300 untuk makan bajet RM 200 untuk shopping 
RM 300. Dah lega nanti bila dah asingkan. Sediakan sampul duit raya tu senang, tulah lain kali jangan buang sampul duit raya anak anak. Hahaha okay gurau. Jauh pula lari dari tajuk ni, anda boleh try guna Google Maps yer. Really recommended. Contoh masa husniey di Osaka haritu dari penginapan nak ke Kyoto. Buat carian di Google Maps terus keluar directions dan siap diberitahu harga tiket keretapi dan pilihan keretapi yang ada berserta masa. Informasi padat dan tepat. 

Antara kenderaan yang dinaiki ketika mengembara
Bas, tuktuk, naik motosikal. Masa ni di Krabi Thailand. Semua kita bedal naik asalkan dapat tiba dengan selamat di tempat yang dituju

Beranikan diri menggunakan pengangkutan awam seperti keretapi dan MRT. Kalau di Korea dan Jepun dipanggil JR dan KR serta subway. Macamana nak belajar? Mulakan dengan naik pengangkutan awam di Malaysia dulu ya. Konsepnya sama sahaja. 

Tiap kali sedang bermusafir husniey selalu terima mesej pertanyaan di media sosial dari rakan rakan dan kenalan antara soalan popular ialah

bagaimana nak jalan jalan di negara orang? 

teringin nak jalan jalan juga, tapi apa perlu saya buat?

macam mana nak mulakan langkah, 

takut nak mengembara, boleh bagi tips tak?

Sebenarnya soalan soalan di atas terlalu umum, kadangkala tak dapat nak jawab dengan tepat. Jadi harapnya tulisan di atas sedikit sebanyak memberi pencerahan. 

Kalau ikutkan kat atas ni perkara biasa wajib dilakukan, yang husniey kongsikan ini hanya umum dan sedikit sahaja huraian. Ada lagi banyak persediaan yang kena tahu sebab setiap destinasi ni berlainan cabarannya. 
Sertai group group yang terdapat di media sosial. Banyakkan membaca pengalaman orang lain. Husniey sendiri pun sentiasa ingin belajar dan gali ilmu baru tentang mengembara. Buat kajian dan cuba apply apa yang kita kaji tu. 

Jika ia berlangsung seperti dirancangkan kiranya dah berjayalah tu. Yang penting kena percaya diri, jangan takut mencuba. 
Dalam mengembara dan bermusafir ni akan mengajar kita banyak benda antaranya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. 

Susahlah. Banyak hal nak buat. Malaslah nak fikir. Nak travel cara mudah? Senang je sediakan duit secukupnya dan upah travel agent. Semudah ABC 123, haha. 
Tak payah nak susahkan diri buat banyak benda. Semoga tulisan ini membantu dan memberi manfaat kepada yang memerlukan. Terima kasih membacanya sehingga ke akhir entri 

You Might Also Like

15 comments

  1. kene study balik ni. nak plan utk next trip pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kena study kan kalau tiapkali nak mengembara..

      Delete
  2. nice tips! seronok baca blog akak, dan best tengok akak selalu travel hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah rezeki akak gini dik, moga bermanfaat perkongsian tak seberapa ni :)

      Delete
  3. Alhamdulillah..terima kasih tips dan perkongsian ini Husniey.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih husiney kongsi tips ni mana taw ada rezeki nak keluar negara boleh rujuk entri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama kasih kak ikin. Boleh, silakan bookmark :))

      Delete
  5. Terima kasih kak husniey share. mana tahu kot2 rezeki rabia nak pergi travel oversea kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama Rabia, insyaAllah ada rezeki tu nanti

      Delete
  6. Travel Insurance tu yg ramai terlepas pandang. Sedangkan tu perkara paling penting kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan itulahh ramai yang terlepas pandang, harap lepas ni akan lebih ramai yang alert

      Delete
  7. good tips Husniey. Part travel insurance tu tersangat penting walau dalam negara jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, penting tu kalau selalu travel kena ambil tuu risiko dimana mana

      Delete
  8. Terima kasih share info ni husniey, wlupun tak tau bila agsknya rezeki akk utk ke luar negara...nak kena lawat dlm malaysia dulu ni..😅

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.