Explore Lombok
Travel
Bercuti di Gili Trawangan, Lombok April 2018 (part akhir)
10/19/2018 08:49:00 am
Baca juga artikel berkaitan:
- Desa Sasak Ende | Pantai Pantai Cantik di Lombok | Shopping
- Explore Lombok: Air Terjun Benang Kelambu
- Dua Malam di Gili Amor Boutique Resort, Gili Trawangan Lombok
- Penginapan Murah di Sengigi
HARI KETIGA - 19 APRIL 2018 | JALAN JALAN DI GILI TRAWANGAN + BERBASIKAL KE SUNSET BEACH
Malam kedua dah berada di Gili Trawangan, tapi belum sempat explore hanya jalan keluar cari makan. Untuk pengetahuan anda di Gili Trawangan tidak ada pengangkutan seperti motorsikal dan kereta. Hanya ada Cidomo (kereta kuda) dan basikal.
Kalau tak nak keluar duit bolehlah bakar lemak degil dengan berjalan kaki. Makan malam boleh dicari di sekitar pasar malam di Gili Trawangan, ada banyak kedai atau warung kecil dibuka. Kalau tengok ada arak ke apa tu pandailah fikir ya.Gili Trawangan ni pulau dan destinasi popular jadi agak ramai pelancong asing datang. Makanan dan minuman tak halal tu mestilah ada, kita muslim kena hati hati. Husniey makan di warung yang muslim punya nampak mak cik pakai tudung baru yakin sikit nak makan. Nak basuh baju kotor boleh hantar ke dobi. Husniey hantar cuci di Suci Laundry hantar malam esok pagi dah boleh ambil. Disebabkan baju kami terhad so kenalah basuh. Baca sehingga ke akhir entri untuk melihat jumlah kos yang dibelanjakan.
Kalau tak nak keluar duit bolehlah bakar lemak degil dengan berjalan kaki. Makan malam boleh dicari di sekitar pasar malam di Gili Trawangan, ada banyak kedai atau warung kecil dibuka. Kalau tengok ada arak ke apa tu pandailah fikir ya.Gili Trawangan ni pulau dan destinasi popular jadi agak ramai pelancong asing datang. Makanan dan minuman tak halal tu mestilah ada, kita muslim kena hati hati. Husniey makan di warung yang muslim punya nampak mak cik pakai tudung baru yakin sikit nak makan. Nak basuh baju kotor boleh hantar ke dobi. Husniey hantar cuci di Suci Laundry hantar malam esok pagi dah boleh ambil. Disebabkan baju kami terhad so kenalah basuh. Baca sehingga ke akhir entri untuk melihat jumlah kos yang dibelanjakan.
Pagi pada hari ketiga dimulakan dengan sarapan pagi di resort. Lepas makan baru keluar jalan jalan di sekitar Gili Trawangan, melihat keindahan pantai dan permandangan disini. Jalan kaki je dulu. Sejam kami berjalan menikmati permandangan sekitar pantai dan pulang semula ke resort, tak tahan cuaca panas sangat. Heee. Tertidur lena, bangun solat zohor dan jamak asar lepas tu husniey dan tuan suami keluar lagi untuk jalan jalan dan cari makan serta nikmati panorama indah di kawasan pulau. Misi kami di Gili Trawangan ini lebih kepada nak santai je, kalau sukakan cabaran bolehla pergi snorkeling dan macam macam aktiviti boleh dibuat. Boleh tanyakan dekat kaunter travel agensi di sekitar Gili.
MAKAN DEKAT WARUNG, BERBASIKAL, NAIK KUDA DI SUNSET BEACH
Mengayuh basikal menuju ke Sunset Beach pada pukul 3.15 pm. Mulanya saja je jalan jalan, nak tengok apa yang best. Hampir 30 minit mengambil masa untuk sampai ke kawasan Sunset Beach dengan basikal. Sebelum tiba ke Sunset Beach kami berhenti rehat seketika di sebuah warung. Banyak juga pilihan makanan siap ada lauk pauk. Makanan ringan pun ada. Terus rasa lapar bila tengok lauk pauk. Warung nampak biasa saja.
Mulanya cuma membeli minuman dan makanan ringan, sekali terasa lapar pulak sebab belum makan nasi tengahari. Lauk pauknya sedap sungguh. Sambal pedas molek. Selera orang Lombok ni kuat pedas juga. Wajib rasa. Husniey ambil ikan dan tempe goreng dan sedikit sambal kering, fuhh pedas merecik. Usai makan bersembang dengan pemilik warung ini, dengar akak ni cakap tak pekat mana bahasa Indonesia nya. Rupanya dulu pernah tinggal di Malaysia. Siap dia tanya agak agak berapa kos datang bercuti ke sini sebab keluarga angkat nya teringin nak jalan - jalan ke Lombok (boleh tengok video di akhir entri ini). Duit rupiah hangus disini cuma air 3 dan makanan ringan 38k dan nasi putih berlauk (2) 45k. Total 85k rp (lebih kurang RM 23). Gendang genduk tali kecapi, kenyang perut suka hati. hihi
Barulah ada tenaga nak mengayuh basikal ke Sunset Beach, rasa kagum tengok kawasan Ombak Sunset Beach Resort. Disini ada buaian, permandangan sunset disini memang terbaik, sangat cantik. Haa sebelum layan sunset tu husniey ambil peluang untuk merasai pengalaman menunggang kuda, first time weh try naik kuda seram jugaklah rasanya kuda pulak macam tak boleh duk diam tiapkali ada kuda betina lalu lalang haha. Serius korang kena cuba. Boleh la shoot gambar sambil menunggang kuda + view lawa. Kuda ni simbolik bagi Gili Trawangan. Banyak sangat kuda kat sini dah macam lembu je kalau kat tempat kita ni
Waktu terbaik untuk layan sunset di Gili Trawangan ialah pada pukul 5.45 pm.
Disini masuk waktu malam agak cepat dan malamnya lebih panjang.
Jom kita sama sama hayati keindahan alam di sekitar Gili Trawangan.
Disini masuk waktu malam agak cepat dan malamnya lebih panjang.
Jom kita sama sama hayati keindahan alam di sekitar Gili Trawangan.
Sweet moment with you ~ |
Sunset Beach |
HARI KEEMPAT - 20 APRIL 2018 |
CHECK OUT GILI TRAWANGAN
Hari Keempat merupakan hari terakhir di Lombok dan masih belum habis terjah ke tempat menarik yang ingin dikunjungi. Selepas sarapan di Gili Amor Resort kami check out dan kayuh basikal serta mengembalikan basikal tu semula ke tempat sewa dan berjalan kaki menuju ke jeti untuk naik bot pulang semula ke tanah besar Lombok.
Suasana pagi di jeti |
Tiket dibeli awal sehari sebelumnya. Berjumlah 170K rp. RM 46 berdua. Kali ini merasa naik fast boat pula. Perjalanan dari Gili Trawangan menaiki fast boat ke tanah besar Lombok dalam 20 minit sahaja. Cepat sikit dari naik feri awam yang memakan masa 40 minit. Selesa sungguh fast boat tu tak rasa hanyut pun. Oh ya nama syarikat bot ini Karya Bahari. Suka dengan struktur bot ni terasa kukuh je. Hehe
SHOPPING DI PRADJE, VILLA HANTU, TANJUNG AAN, MAKAN TENGAHARI
Tiba di jeti Pelabuhan Bangsal kami dijemput oleh Encik Irfan iaitu tour guide yang diupah sudah menunggu kami di kawasan jeti. Destinasi pertama beli belah oleh oleh di Pradje. Ada banyak pilihan barangan untuk dijadikan cenderamata buat keluarga dan rakan rakan. Harga juga berpatutan. Singgah di Villa Hantu, permandangan disini sangat menarik. Nampak pantai dari Vila ini. Melihat keindahan pantai di kawasan Bukit Setanggi.
Villa Hantu ini sebenarnya dicadangkan oleh Encik Irfan, not bad lah cantik tempatnya boleh tengok view laut.
Shopping di Pradje
kedai cantik besar nampak eksklusif tapi harga biasa je
Villa Hantu namanya tempat ni
Nama aje Villa Hantu, tapi permandangan dari sini indah sungguh |
Untuk pengetahuan anda:
Sini kuat juga pengaruh agama Islam. Perempuan ramai juga yang bertudung litup lelaki yang memakmurkan masjid. Lombok dikenali dengan Pulau Seribu Masjid oleh kerana disini terdapat banyak masjid yang dibina berdekatan. Ada yang kurang dari 100 meter sahaja lepas tu akan nampak masjid lagi. Besar pula masjid tu. SubhanaAllah masjid banyak dan dimakmurkan makanan halal pun banyak.. Dalam perjalanan dapat lihat keunikan yang husniey tulis ni.. I'm in love with Lombok! 😍
TANJUNG AAN YANG INDAH:
DESTINASI PANTAI TERAKHIR DI LOMBOK
Perjalanan seterusnyaa diteruskan ke Tanjung Aan. Destinasi paling husniey teringin nak lawat. Sebelum ini asyik tengok orang belanja gambar dekat instagram je. Hee. Tanjung Aan ni terletak agak jauh dari bandar. Itu sebab husniey upah khidmat pemandu. Berbaloilah kalau nak memandu sendiri mungkin tak sampai kot. Kalau korang teringin nak bergambar di Tanjung Aan sila rancang dengan teliti ya sebabnya husniey ada tersilap sikit patutnya hari pertama landing dah datang ke sini dulu (kawasannya dekat area airport, masa tu tour guide yang diupah lupa nak bawak kami. Hmm padahal dah tulis nak ke Tanjung Aan).
Okay bersambung.. Tanjung Aan agak jauh masuk ke dalam, jalan pun masih belum di naiktaraf (April 2018). Mungkin tak lama lagi akan naik banyak pembangunan seperti hotel dan resort disini.
Pantainya agak luas. Cantik dan tenang suasana disini. Pasir pantainya berwarna putih, air biru jernih. Aktiviti yang boleh dilakukan disini, mandi manda di pantai (kalau suka boleh berjemur, hahaha). Panjat Bukit Merese dan bergambar di atas bukit bolehla buat music video ala hindustan seperti Aeril dan Wawa Zainal tu heehe. Dekat sinilah lokasi shooting Wawa dan Aeril tu. Korang boleh jugak ke Batu Payung lawa juga situ boleh tengok kat google, tapi kena naik bot akan ada penduduk tempatan yang datang tunjuk pakej mereka dan pujuk rayu untuk kita guna servis mereka. Perlu pandai tawar menawar kalau betul nak pergi ke sana. Husniey dengar harganya dekat 250k rp juga. Kalau ramai mungkin murahlah sikit
Berjalan kaki di Tanjung Aan. Husniey dan suami panjat bukit disini semata mata nak dapatkan angle terbaik nak nampak keseluruhan pantai. Hee. Sampai atas bukit tak sedar kena follow. Kena berhati hati dengan penduduk tempatan yang datang menjual, serius tak berapa suka sebab diaorang ada yang agak memaksa. Banyak kali ke negeri lain di Indonesia, memang ginilah perangainya. Rasa kesian jugak melihatnya, kalau ysang datang sorang je bolehla beli. Kalau tak nak, cakap aje dengan nada baik "nggak mau terima kasih ya". Kami siap buat alasan cakap tak sempat nak ke Batu Payung tu kami dah nak balik ke Malaysia. Sabar jelah nasib tak cair dengan pujuk rayu mereka.
Menu menu yang ada di rumah makan ini |
Ayam taliwang ~ |
Habis je makan terus ke airport, flight kami lewat lagi tapi saja nak rehatkan diri di airport. Semoga perkongsian ini dapat membantu bagi yang merancang untuk ke Lombok. Semoga Lombok cepat bangkit dari kesan gempa bumi yang teruk baru - baru ini. Kalau diberi peluang memang nak ke sana lagi sebab tak puas mata ni melihat keindahan alam yang Allah ciptakan.
Nah jemput layan video dulu boleh tengok karenah kami berdua huhu ☺
JUMLAH PERBELANJAAN KE LOMBOK SELAMA 4H 3M HANYA RM 1200+ SEORANG ALL IN. RUJUK DI BAWAH
Belanja Hari Pertama
- Sim card Telekomsel 9gb 50k Rp (RM 14.10)
- Derma di Desa Sasak Sade 20K Rp (RM 5.60)
- Beli tshirt 10 pcs di Gandrung 500k (RM 142)
Total Expenses IDR 570k | RM 159.60
Belanja Hari Kedua
- Nasi goreng + banana pancake di hotel 40k Rp (RM 11.30)
- Beli minuman herba tolak angin jahe 25k Rp (RM 7.06)
- Ojek @ Benang Kelambu (2) 70k Rp (RM 19.70)
- Tips Tour Guide Irwan 100k Rp (RM 28.20)
- Tips Driver Yusuf 100k Rp (RM 28.20)
- Tiket feri umum ke Gili 45k Rp (RM 12.70)
- Beli di Gili Mart 55K Rp (RM 15.50)
- Aiskrim Gili Gelato (2) 60k Rp (RM 16.90)
- Dinner at Intan Inn - 95k Rp (RM 26.80)
Total IDR 590K Rp | RM 166.59
Belanja Hari Ketiga
- Beli Rojak 15k
- Tiket bot laju (2),Pelabuhan Bangsal 170k rp
- Basikal (2) 100k
- Air 3 dan makanan ringan 38k
- Nasi putih berlauk (2) 45k
- Naik kuda dan bergambar 50k
- Beli minuman 2x di Ana Mart 104k
- Suci Laundry (5kg baju kotor) 125k
- Gili Mart beli barangan 105k
- Makan nasi berlauk (2), teh botol (2) 80k
Total IDR 832K Rp | RM 232.9
Belanja Hari Keempat
- Tips staff Gili Amor Resort 50k rp
- Shopping di Pradje 294k rp
- IndoMaret 12K
- Beli gelang di Tanjung Aan 5k rp
- Makan tengah hari 121k rp
- Souvenirs 90k rp
- Tips to driver 50k rp
Total IDR 622k Rp | RM 174
Penginapan, Tiket Kapal Terbang, Pengangkutan + Pemandu + 2 Day Tour Package in Lombok + Tour Guide
Penginapan di Lombok
RM 123.65 + RM 181.82 + RM 190.56
= Jumlah RM 496 (3 malam)
Tiket Penerbangan
Kuala Terengganu - Kuala Lumpur RM 122.24
Kuala Lumpur - Lombok Indonesia RM 262
Lombok - Kuala Lumpur RM 178
Jumlah RM 562.24
Pakej di Lombok + Driver
Ground Package 2D1N
Harga per couple: RM 545
* private avanza transport
* 2X Lunch
* 1X dinner
* entrance fee
* Local guide at traditional village
* Local guide for soft trek to waterfall
* parking fee { Jimat 2 hari 1 malam full day guna pakej ini siap jalan jalan ke tempat menarik pantai pantai dan air terjun }
Tour guide kedua (jalan jalan separuh hari dan drop ke airport): RM 142.50
JUMLAH PERBELANJAAN KE LOMBOK4H 3M
- TIKET PENERBANGAN + PENGINAPAN + PENGANGKUTAN DI LOMBOK TERMASUK TOUR GUIDE & PAKEJ + BELANJA SELAMA 4 HARI 3 MALAM TERMASUK BELI SOUVENIRS
- RM 562.24 + RM 496 + RM 545 +RM 142.50 + RM 733
💰RM 1239.37 / pax
Kalau tak shopping souvenirs boleh murah lagi. Huhu lepas nih tak beli dah tshirt. Belajar dari pengalaman 😂
13 comments
Rindunyaa nak ke luar negara tapi kalau boleh tak nak terbang...nak tutup mata dan sampai..hehehe
ReplyDeleteSA nak repeat lagi tahun depan..Lombok baru gempa kan..so masih dalam proses pemulihan walau x semua tempat terjejas...sebab apa nak repeat? sebab tak amik gambar kat buaian tu..kawan2 tinggalkan akak sebab tak reti bawak basikal..sedihhhhh
ReplyDeletebestnya baca entry husniey.airah dah lama nak jalan lombok.budget travel masih mengumpul lagi
ReplyDeleteboleh masuk wish list ni!!!lawanya tempat dia...
ReplyDeleteDi Gili Trawangan tu mesti bebas asap kan Husniey sebab tiada motosikal atau kereta..boleh bayangkan kesegaran dan bau udara bersih..Allahu..nikmat!.Terpesona setiap kali melihat gambar pantai yang Husniey kongsikan..
ReplyDeletewahh,bestnyaaa...tq sharing :)
ReplyDeleteGili ni mmg kak reen teringin sangat nak g. Sllu berangan kalau dah kahwin nti nk pergi sini sgn psgn. Huhu.
ReplyDeleteTmpt dia mmg lawa2 kan. Save entri husniey ni sng nak rujuk n buat bajet nti. 😊
Cantiknya Lombok..ex-colleague dulu cerita orang kat Lombok ni lifestyle islamik, tapi kekampungan lagi kan. Alangkah best boleh pergi, macam dalam cerita P Ramlee..comel pulak tu..
ReplyDeletewahh bestnya berholiday di lombok..next trip,rabia boleh pergi dengan family.
ReplyDeletesukanya!. Memang cantik pemandangan. saje buat mek godek tiket air asia niii. tapi btol gok, klu dop beli tshirt, seribu je bajet. hahahahaah
ReplyDeleteBoleh pergi nii. Tempa dia cantikk laaa
ReplyDeleteHebatnya percutian anda..laut yang biru..
ReplyDeletePengalaman yang ohsem.. beraninya Husniey naik kuda tu.. teringin pula Sha..
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.