Reviews
Singapore
Travel
Jom Ke SEENgapore, Traveloka Promotion Diskaun Hebat Bagi Penerbangan Serta Penginapan
9/02/2018 02:30:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera anda semua. Izinkan pada kali ini husniey berkongsi tentang tempat menarik yang boleh dilawati ketika di Singapore. Negara jiran ini nampak sahaja kecil, tapi sebenarnya banyak sangat tempat menarik yang anda semua boleh terjah ketika bercuti disana. Tinggal pilih saja destinasi yang mana sesuai dengan bajet anda.
Pada 2016 husniey dan suami berkesempatan terjah Singapore, kagum betul tengok kemajuan negara ini. Sebaik keluar sahaja dari lapangan terbang Changi, dah dapat naik pengangkutan awam (MRT) untuk terus ke pusat bandar. Walaupun matawang Singapore dalam bentuk dollar tapi masih berpatutan jika anda berjalan-jalan dalam tempoh sehari dua.
Dari Kuala Lumpur dengan menaiki kapal terbang, cepat sikit tiba ke destinasi bila naik kapal terbang ni, hee. Kebetulan dapat merebut tiket promosi dan belanja hangus untuk tiket penerbangan cuma RM 102, jadi seorang RM 51 SAHAJA! Setibanya di Singapore, husniey mencadangkan anda menggunakan pengangkutan awam disana yang sangat efisyen. Ketika di lapangan terbang anda perlu menaiki tram pendek yang menuju ke Terminal 2, dari terminal 2 pula anda perlu menuju ke ground floor dan barulah jumpa mesin tiket MRT, laluan MRT dan kaunter pertanyaan. Pastikan anda menyediakan duit yang bernilai kecil seperti 2$, 5$ untuk membeli tiket MRT. Boleh membuat tukaran di kaunter berdekatan.
Tempat Best Yang Boleh Anda Lawati Di Singapore
Antara tempat menarik yang kami sempat terjah ketika bercuti di sana ialahMasjid Sultan Singapore. Ia merupakan masjid yang paling lama berada di Singapore.
Husniey suka lihat seni binanya yang nampak unik old school gitu, tapi masih cantik. Kawasan masjid ini pun bersih. Berdekatan dengan kawasan masjid ini anda turut boleh mendapatkan cenderamata seperti pelekat peti, key chain, tshirt dan lain lain di Arab Street.
Dah alang alang berjalan di Masjid Sultan ini anda jangan lupa untuk menunaikan kewajipan yang fardhu ya.
Dah alang alang berjalan di Masjid Sultan ini anda jangan lupa untuk menunaikan kewajipan yang fardhu ya.
Turut dicadangkan untuk anda merasai keenakan murtabak Singapore di Restoran Zam – Zam, restorannya berwarna kuning. Seberang jalan berdekatan masjid. Murtabak disini unik, ada pelbagai saiz. Saiz kecil murtabak harganya bermula dari 5$. Dinasihatkan jangan anda cuba membuat tukaran dalam matawang Malaysia ya, memanglah terasa mahal kalau tukarkan dalam matawang Ringgit, hihi. Pejam mata ajelah kalau teringin nak makan tu, jangan berkira sangat. Kami minum air di sini berjumlah 7.70$.
Ia merupakan landmark terkenal di Singapore. MARINA BAY!
Apa yang menarik kat dalam bangunan Marina Bay tu? Haa anda kenalah datang terjah sendiri tengok depan mata sendiri apa yang menariknya. Agak penat melangkah dalam Marina Bay, besar sangat bangunan tu. Cantik, mewah, eksklusif itulah yang dapat husniey beritahu tentang Marina Bay ini. Terdapat banyak butik mewah yang menjual barangan yang berjenama.
Tak sedar kami berjalan tiba-tiba tengok dah nak masuk ke kawasan nak masuk ke casino mewah dalam tu. Jenuh juga mencari pintu keluar. Tak tahu kemana nak tuju, kami ikut sahaja arah ramai orang tuju. Masa inilah terjumpa other side (exit) marina bay, rupanya ia jalan nak ke Garden By The Bay. Cantik sangat kawasan taman diluar Marina Bay ini. Husniey sempatlah bergambar kenangan disini bersama suami tercinta. Yeay gembira bukan kepalang bila dapat jalan-jalan seperti penduduk tempatan! Hehe.
Lagi tempat menarik yang anda boleh masukkan dalam senarai ialah Merlion Park, kalau ada bajet lebih tu nah kena singgah masuk Universal Studio Singapore, ini yang paling terdekat dalam Malaysia manalah ada. Banyak lagi tempat menarik yang anda boleh pergi di Singapore. Faktor utama husniey ingin melawati Singapore ketika itu ialah kerana berasa ingin tahu dan melihat kebenaran tentang suasana di Singapore, kebersihan negaranya. Satu lagi yang husniey perasan di sana tidak dibenarkan membela anjing atau kucing, jadi walaupun anda berjalan – jalan di Kota Singa tu pada malam hari tak perlu rasa takut. Diingatkan juga jangan membuang sampah dan meludah di merata tempat ya, jagalah sikap anda ketika melawat negara orang. Bawa balik contoh yang baik yang terdapat di Singapore.
Untuk pengetahuan anda sekarang Traveloka yang merupakan pakar percutian sedang mengadakan promosi hebat untuk anda yang teringin bercuti ke Singapore. Traveloka adalah one stop travel app yang menawarkan kemudahan perjalanan / percutian ke Singapore.
>> Bercuti ke Singapore dengan Traveloka Promotion SEEngapore! <<
Syarat – Syarat dan Cara Membuat Tempahan
- Promosi MYR 50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID
- Pilih penerbangan dan gunakan kupod kod “GOSG” sewaktu pembayaran
- Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat
- Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subjet to change)
- Tempoh Perjalanan: ANYTIME
LAMAN WEB:
FACEBOOK PAGE:
INSTAGRAM:
26 comments
kak liez nak repeat g singapore.. last pergi utk kerja so tak dapat nak jalan2.. leh la booking dgn traveloka
ReplyDeleteJom lah kita kak liez 😍
Deletejom ke SEEngapore ramai-ramai...rindu nak repeat ke sana..
ReplyDeleteSyoknya kalau dapat travel reramai, kan rindu juga ni
Deletecantikkkk permandangan kat sana
ReplyDeleteYe cik ash. Cantik sungguh moden dan canggih
DeleteAda rezeki nak ke sana
ReplyDeleteInsyaAllah ada rezeki tu
Deletelast p spore 2012...booking dgn traveloka best ni sbb ada coupon bole dpt diskaun..mmg dh byk kali booking thru traveloka
ReplyDeleteKan terbaik Traveloka ni banyak betul promosi
DeleteSaya tak pernah sampai lagi ke Singapore ni. Memang banyak tempat menarik ada kat pulau yang pernah menjadi sebahagian dari Malaysia ..
ReplyDeleteSiapa nak bercuti ke Singapore, leh la grab promosi Traveloka
Itulah teringin pulak nak explore pulau pulau di Singapore tu. Sempat ke Riau je 2016 haritu, naik feri dari Singapore
Deletewaaaa jeless deme dah sampaiii!!!
ReplyDeleteDon't be. Jom kita gi pulak
DeleteAda rezeki nanti nak kesana. Btw ekin follow blog ni. Jemput singgah blog ekin | https://asyiqinroslee.blogspot.com/
ReplyDeleteIya ada tu nanti. Salam kenal.. Dah follow your blog too
DeleteAlaaa bestnya kalau dpt g Singapura. Bila lah nak ada rezeki ke sana. Dekat je pun. Jom husniey kita travel sesama.
ReplyDeleteAda tu rezeki Ana dan keluarga nanti. Jomlah kita 😍
DeleteTunggu tabung untuk tahun depan penuh
Tengok pakej ni buat zumal teringin nak pergi travel ke sana
ReplyDeleteSeronok kalau ke Singapore, banyak tempat menarik
Deleteterbaek pakej ni :)
ReplyDeleteYesss
Deleteada rezeki kene gi lagi, hari tu tak sempat nak pergi marina bay dan masjid tu.
ReplyDelete| blog aimanabdullah |
Marina Bay tu lawa.. Dalam dan luar dia semua cantikk.
DeleteMasjid tu kalau pergi, must try murtabak dekat area situ. Syokk
tngah ada promotion ni sedap laa nak jalan2. eheh semua harga tengah mur mur..
ReplyDeleteKan CT, seronok time ada promosi je best.. Travel smart
DeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.