Explore Lombok
Penginapan
Travel
Dua Malam di Gili Amor Boutique Resort, Gili Trawangan Lombok
9/23/2018 08:55:00 pm
Assalamualaikum
semua kesayangan, semoga sihat selalu ya. Terima kasih kerana selalu menanti
dan membaca entri dari blog husniey yang tak seberapa ini. Sebenarnya haritu dah nak sambung kisah
bercuti di Lombok, tapi tertangguh dek kerana waktu itu sedang berlaku tragedi gempa
bumi yang sangat dahsyat dan menyayat hati di sana.
So kerana rasa jatuh sayang pada Lombok, husniey tangguhkan sementara daripada update tentang percutian ke Lombok. Yes sedar lambat betul nak habiskan kisah bercuti ketika di sana. Hee bawak bertenang ya..
Jom kita sama- sama doakan semoga Lombok cepat bangkit dari tragedi gempa bumi yang mengganas baru baru ini. Kalau tak silap ada banyak sangat gempa susulan. Dan ada gempa tu ada yang capai tahap 6-8 skala ritcher. Nasiblah masa husniey ke sana bulan April lalu semuanya baik saja. Semoga Allah lindung saudara islam kita disana. Mereka semua baik – baik.

MEMILIH MENGINAP DI SENGIGI DAN GILI TRAWANGAN
April lalu
husniey memilih lokasi Sengigi dan Gili Trawangan sebagai tempat untuk menginap
ketika bercuti di Lombok.
Di kawasan Sengigi menginap cuma satu malam sahaja. Paling best mestilah di Gili Trawangan. Suasananya lebih meriah dan banyak aktiviti juga boleh dilakukan ketika di Gili. Husniey pilih Gili Amor Boutique Resort ketika membuat carian di Agoda. Berkenan sebab baca review kata tetamu yang datang ke resort ni, lokasinya berdekatan sangat dengan jeti tak sampai 5 minit berjalan kaki. Lagi pula harga masih dalam bajet kami tak terlalu mahal sangat.

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI GILI AMOR BOUTIQUE RESORT
Istimewanya resort ini terdapat pelbagai kemudahan yang sangat diperlukan oleh setiap tetamu yang datang menginap disini. Restorannya santai dan dekorasi sangat lawa diperbuat daripada kayu. Pelbagai hidangan yang terdapat di restoran ini, korang nak makan hidangan Asian, Italian, Western Mexican dan lain – lain lagi.
Menu sarapan pagi kami di resort, sedap! Di sini dihidangkan secara ala carte bukan buffet style |
Sedap gabungan maggie goreng Lombok ni bersama keropok dan sate |
Ini menu yang unik juga, haa mat salleh sukalah. Hari terakhir di resort, daku pilih ini |
Bertambah menarik bila husniey dan suami dijamu dengan segelas welcome drink oleh pekerja resort sebagai tanda selamat datang. Boleh bawa gelas tu ke bilik, tak pun boleh layan permandangan landskap di kawasan kolam renang! Haihh serius best.
Okay bersambung.. Lagi kemudahan yang boleh didapatkan di resort ini ialah basikal.
Haa basikal ni penting tau antara pengangkutan utama ketika di Gili Trawangan. Boleh disewa di resort.
Antara perkara penting ketika memilih untuk menginap di sesebuah penginapan ialah pastikan penginapan tersebut menyediakan kemudahan asas seperti katil, bilik ada penghawa dingin, bilik air, saiz bilik yang sesuai untuk bilangan orang. Kalau ada disediakan lebih dari itu dikira bonus, contohnya ada disediakan peti keselamatan, seterika dan wifi.
Ye, sebab tu kalau harga sesebuah penginapan tersebut mahal pastikan ia berbaloi atau tak.
Gili Amor Resort ni, husniey memang berpuas hati dengan segala kelengkapan yang disediakan di dalam bilik. Kecuali ada satu je benda penting yang tak ada iaitu cerek elektrik, kami laki bini kena minta air panas di café. Hihi siap kena sakat dengan pekerjanya “nak air panas ya, ni mesti nak buat kopi kan”.
Reaksi muka dia tu kelakar dia macam lembut sikit pastu diingat husniey dan tuan suami datang honeymoon konon macam baru kahwin tu kalau pakai inai mesti ingat pengantin baru kot. Haha sabar jela ramah sangat staf Gili Amor ni
Haa basikal ni penting tau antara pengangkutan utama ketika di Gili Trawangan. Boleh disewa di resort.
Bahagian depan resort |
Ye, sebab tu kalau harga sesebuah penginapan tersebut mahal pastikan ia berbaloi atau tak.
Gili Amor Resort ni, husniey memang berpuas hati dengan segala kelengkapan yang disediakan di dalam bilik. Kecuali ada satu je benda penting yang tak ada iaitu cerek elektrik, kami laki bini kena minta air panas di café. Hihi siap kena sakat dengan pekerjanya “nak air panas ya, ni mesti nak buat kopi kan”.
Reaksi muka dia tu kelakar dia macam lembut sikit pastu diingat husniey dan tuan suami datang honeymoon konon macam baru kahwin tu kalau pakai inai mesti ingat pengantin baru kot. Haha sabar jela ramah sangat staf Gili Amor ni
Me and husbaby breakfast at Gili Amor Boutique Resort, Lombok [April 2018] |
Staf yang ramah dan mukanya ada iras sangat dengan arwah ayah mertua husniey |
Resort
ini nampak seperti masih baru, dekorasinya pun kemas dan cantik.
Paling penting
suasananya tenang.
Husniey kadang agak cerewet dan memang baca review sebelum pilih menginap di kawasan tu, yelah kadang tu ada hotel murah tapi dekat dengan pub atau bar, bising nanti nak istirehat pun tak boleh kang. Tak selesa pulak. Heehe

Permandangan pantai dekat je dengan resort. Naik basikal 3 minit dah dapat tengok view cantik macam ni |
Setibanya
di Gili Trawangan (menaiki feri awam) terus ke resort untuk urusan check in. Kalau
tengok dari luar nampak biasa je tapi mesti korang tak sangka kat kawasan
dalamnya cantik sangatt, sesuai untuk pasangan yang nak honeymoon.
Kafe hak milik Gili Amor
Waktu malam. Suasana romantik!
Suasana
Bilik Yang Luas dan Lengkap
Teruja lawa sangat dalam biliknya. Barangan perabot seperti katil, almari, ampaian rak tv semua diperbuat daripada kayu.
Selesa, ada ruang nak solat. Gili Amor Boutiquepunya saiz bilik yang luas ditambah dengan kemudahan yang disediakan, tak payah rungsing dah kalau anda tertinggal tuala ke / sabun, berus gigi, hehe.
Nice view
Tuan suami berehat seketika minum welcome drink
Pada mulanya husniey buat
tempahan resort ini hanya untuk satu malam, sebab malam ketiga husniey tak pasti akan menginap di Gili atau balik ke tanah besar (menginap disana). Kiranya dah
check in sini, baru buat keputusan untuk tambahkan lagi satu malam di Gili Amor
ini.
Kemudahan Utama di dalam Bilik
Almari, penyangkut
baju, peti sejuk mini juga terdapat disitu. Lebih menarik disertakan peti besi keselamatan untuk
anda menyimpan barang berharga. Kemudahan
televisyen turut ada, dan mempunyai beberapa saluran yang boleh ditonton (syok lah layan sinetron aje
kami, hehe). WiFi pun ada. Lajuu
Review Ikhlas
Mengenai Gili Amor Boutique Resort
Paling husniey suka tentang bilik ini ialah
saiznya yang luas, dekorasinya simple tak padat sangat lepas tu suka dengan
perabot semua daripada kayu, nampak gabungan tema klasik dan moden.
Dua malam kami menginap disini, tapi rasa macam lama je duk sini sebab suasananya nyaman, pekerjanya baik-baik tak sombong, membantu bila kita bertanya. Siap kami terserempak jumpa pekerjanya di kawasan Sunset Beach masa jalan jalan dengan basikal, dia tegurnya kami “eh kamu disini ya jalan jalan”.
Salah sorang pekerjanya ni pernah menetap di Malaysia. Syok bersembang dengar pengalaman. Pendek kata semuanya best, husniey duk 2 malam pun rasa tak puas, salah satu sebab tak berkesempatan mandi manda di kolam renang yang menggoda tu. Itulah sibuk explore pulau tu sangat. Letih naik basikal kehulu kehilir, haha 😂
Aduhaii sabar jelah kan best kalau dekat.
Best sangat menginap disini sayang pulak kalau duk sehari je, pekerja disini layan seperti keluarga. Ramah, membantu, ikhlas bertugas. Siap hari akhir tu husniey pesan kat suami untuk berikan mereka tip, bersungguh mereka ucapkan terima kasih dan lambai tangan ucapkan selamat tinggal ketika kami check out tu. Nangis weh masa nak check out tu, tak pernah rasa begitu sebelum ni. Very nice stay here!
Kalau ada rezeki repeat Lombok nak menginap disini lagi. Harga yang kami dapat ketika buat tempahan di Agoda RM 180 dan tambahkan satu malam lagi bayar tunai dalam matawang rupiah (nilai dalam bentuk ringgit RM 190). Jumlah dua malam menginap di Gili Amor ni RM 390 (Dua malam menginap termasuk sarapan pagi)

Overall
husniey beri markah:
4.8 / 5 🌟 🌟 🌟 🌟
Servis
terbaik ✔
Kebersihan
terbaik ✔
Suasana Bilik, Kelengkapan, Dekorasi terbaik
✔
✔
14 comments
Excited baca entri ni. cantik pulak tu. Thanks sharing Husniey mana tahu dapat ke sana nanti one day
ReplyDeleteWelcomeee kak diah.. Aamiin miga bermanfaat ya
Deletecantiknya tempat ni..:)
ReplyDeleteIya, cantikk sangat cik nor 😍
Deletecantiklah Husniey hotel ni. konsep dia boutique tu yang lawa kemain tu.. kalo dok sini takyah keluar jalan duduk kat hotel je boleh dak hehe..
ReplyDeleteHahaha aah setuju dengan CT, syok boutique hotel ni reka bentuk dia lawaaaa :D
Deletenice place..cantiknta tempatnya.makanan pun nampak sedap.
ReplyDeleteIyer cantik sangat Rabia.. Makanan pun sedap dan unik!
Deletecantiknya tempat dia... geramm wesssssssssssss
ReplyDeleteSangatt cantikk.. Sesuai nak honeymoon :D
Deletecantiknya tempat nie..done follow sini..
ReplyDeleteIya tenang dan cantikk, thank you follow. Salam perkenalan ya kakcha
Deletedah 2 blogger stay sini.. tp trip cik en x stay di gili. smua di mantaram
ReplyDeleteIye ke cik en, hee saya ni tempah kat agoda je. Rujuk kat ruang komen dan tengok rating okay terus booking
DeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.