Cadangan Tempat Makan Best di Pantai Kelulut Marang, Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Semoga sihat selalu neh. Cakap pasal makan ni, husniey memang suka sangatlah food hu...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Semoga sihat selalu neh. Cakap pasal makan ni, husniey memang suka sangatlah food hunting dengan tuan suami tapi kadang tu tak teringat nak buat review lebih mendalam pasal tempat tu. Hahaha. Kalau ada yang baik hati sponsor baru laju daku taip di blog agaknya 🤣


BACA BAWAH INI ARTIKEL BEST!

Minuman Kesihatan Bantu Rawat Keputihan, Masalah Dalaman Wanita

 - Resepi Sayur Lemak Gajus (Jambu Golok) Yang Terkenal Di Terengganu 


Kalau tuan suami baru bergaji menjadi kelazimannya akan mengajak husniey keluar makan malam. Syok ke? Bolehlah kan inilah rezeki lepas kahwin. Makan aje kerjanya pastu gemuk bising. Hihi. Haa yang tak kahwin lagi tu carilah lelaki yang tak berkira pasal nak keluar belanja makan nescaya dia buat salah pun kau tak jadi marah, yelahh perempuan ni memang kebanyakannya suka makanan kan.

Pernah datang Terengganu tak, kalau pernah datang mesti syok jalan jalan di Terengganu sambil tengok kebiruan air laut 😍. 
Kali ini nak cadangkan tempat makan best di Marang. Tuan suami lah yang perkenalkan serta mencadangkan tempat ini. Alhamdulillah, pengalaman kami beberapa kali makan disini memang sedap sedap menunya.


Lokasi Best Makan Malam di Kelulut Marang



Ikan bakar, sotong celup tepung yang meriah, sup ayam. 

Pada asalnya husniey cuma nak rasa makan ikan bakar kat sini je, sebab area lain tak berapa kena pada tekak. Menu paling husniey suka ialah Ikan Bakarnya. Ada banyak juga jenis ikan, nak sebut kan tak ingat mana yang kenal ikan siakap, barat, kerapu. Rasa rempah ikan bakar disini memang sedap. Sorry gambar dekat tak ada, banyak terdelete kat dalam phone

Next menu kegilaan kami laki bini kalau datang makan di Kelulut Marang ini ialah sotong celup tepung. Serius ini menu sedapp jugak, krup krup bunyinya rangup sungguh. Isi sotong pun lembut. Sotongnya bersaiz besar, kalau musim candat sotong masa kami pergi haritu banyak jugak sotong yang segar dekat sini.


Kerang rebus, sotong celup tepung 1 ekor je, kailan ikan masin, sup ayam, Coconut shake. Yang ni paling latest makan haritu.
RM 37 macam tu


Nasi goreng meriah sangat 💕

Masakan panas seperti nasi goreng, mee goreng, bihun tomyam, sup ke turut ada jugak disini. Menarik lagi, depan kedai ini ada jual satay. So memang takkan lama anda berfikir nak makan apa sebab banyak pilihan dekat sini. Sambil makan sambil merasai suasana pantai, boleh duduk di belah belakang (dekat dengan pantai) dapat dengar bunyi deruan ombak. Masa tu rasa syoknya suasana gini, subhanaAllah nikmat manakah lagi yang hendak didustakan. Menu minuman pun banyak juga yang tersedia. Paling win ialah air buahnya. Husniey kalau ke sini mesti order coconut shake, dah bosan coconut shake tukar ke menu air buah - buahan yang lain pula. Ngee


Seafood lainnya yang pernah husniey cuba pada baru baru ini ialah kerang rebus.

Wangi kerang tu diketuk serai. Padahal kat rumah boleh buat sendiri menu senang tu, tapi itulah dia kalau dah tengah mood malas sikit ginilahh benda mudah pun nak makan kat kedai jugak 😂


Kedai makan dekat Kelulut ini kalau musim cuti persekolahan sangat ramai manusia singgah disini untuk makan malam. Eloklah pastikan waktu anda datang tu biar tepat masanya, kalau datang pukul 9 macam tu agak ramai orang, setakat ni servis disini okay sahaja tak lambat mana dalam 15 ke 20 minit gitu dah dapat semua pesanan. Harga makan dekat sini juga berpatutan. Selalunya kalau ada ikan bakar dan sotong dalam RM 50 lebih untuk 2 orang makan. Berbaloilah sebab ada lauk pauk lain juga dan bersama air buahan kegemaran!

Tips nak makan seafood dengan harga berpatutan, masa pilih timbang ikan atau sotong tu, please ringankan mulut bertanyakan harga dan berapa gram. Boleh cancel awal sebelum dimasak, kalau rasa harga tu tak mampu nak bayar kemudian. Tu dia rajin pulak kasi tips. Ye serius ni, husniey selalu buat anggaran dulu sebelum membuat pesanan selanjutnya.

Lokasinya terletak di Pantai Peranginan Kelulut, kedai makan di sini merupakan deretan Medan Selera tapi tak macam medan selera mana pun, sebab bagi husniey suasana malamnya cantik lampu warna warni bergemerlapan. Kedai husniey kongsikan di atas ini warna kuning, namanya ialah Restoran Dang Dang dut Seafood. Jangan lupa masukkan dalam list anda ya. Menariknya lagi dari pantai kelulut ni boleh nampak view Pulau Kapas tau

Alamat: Restoran Dang-Dang Dut Seafood Catering, 21600 Marang Terengganu

Rujuk peta lokasi di bawah. 



Bagi pihak restoran yang berminat untuk berurusan dengan penulis, husniey husain untuk review tentang kedai makan anda di blog, boleh menghubungi di

>>  Alamat email| facebook | instagram <<

You Might Also Like

28 comments

  1. Lama tak makan kerang rebus tu...
    Kami tak pernah ke Terengganu lagi..bila datang Pahang ke rumah adik..mesti sangkut kat Pahang je..aduhhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kerang rebus tu kak pc, tak hanyir 😍

      Meh la jalan jalan Terengganu.. Nanti nak datang contact lah husniey ya mana tahu kalau tengah free boleh jumpa 🙊

      Delete
  2. Ok next kalau lalu marang boleh singgah sini. Rindu seafood pantai timur. Semua fresh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes letak dalam list neh.
      Sedap sini.. Seafood dia fresh

      Delete
  3. Bestnya... nampak menyelerakan sangat. lama dah tak makan sotong celup tepung yang sedap. thank you sis for sharing this. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sangat sedap, banyak kali pergi repeat hehe

      Welcome, moga bermanfaat

      Delete
  4. Bawak kak mek etek nanti.. nanti plan g pulau kapas skali..

    ReplyDelete
  5. Wow ! Nama restorannya, unik lerr..hehehe, tQ info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha itulah unik betul, saya sebut pun tersengih macam kerang busuk dah

      Delete
  6. Ya Allah geramnyaaaa tengok kerang & sotong celup tepung tu! Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang Terengganu kena rasa tu.. 😍
      Memang sedapp

      Delete
  7. nama restoran pun dang dang dut dut hii.. kwani pun kalo ikan bakar yang x berapa nak masuk tekak pon x leh jugak.,ni nampak macam sedap jerr semua menu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha comel kan nama restoran dia ni. Samalah kalau rasa nak makan ikan bakar tu mikir banyak kali nak try dekat kedai yang tak biasa pergi.. Dok sedap kan habislahh

      Delete
  8. ehehe ptut ritu CT tanya je Husniey mana tempat makan gempak2. locals mesti tahuu kan.. lama gak dok Kuala Berang dekat 3 bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah CT kenapa tak tanyakan padahal ada je ritu kita duk bersembang dekat mesej instagram tu. Hehe

      Takpe nanti datanglah jalan jalan boleh makan sepuasnya

      Delete
  9. Sedapnyaaa..! Lama dah tak pergi terengganu. :/

    ReplyDelete
  10. Ya Allah... sotong celup tepung tu.. xtau la bila la nak jejak kakj ke terengganu lg.. hr tu pergi sebab cousin wedding dkt sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan jauh jugak kak liez nak mari semata mata sebab makan tu hee. Kena set masa elok elok. Ada tu nanti rezeki jjcm sini

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.