Cameron Highlands
Personal
Travel
Al Kisah Road Trip ke Cameron Highlands
9/24/2018 06:10:00 pmEntri kali nak cerita pengalaman husniey dan laluan yang dah dirasai untuk pergi dan balik Cameron Highlands. Dua kali tahun ni kami laki bini ke Cameron dalam masa terdekat. Kali kedua ni disebabkan kerja, tak ada maknanya nak repeat dalam masa terdekat kalau tak ada urusan. Membayangkan jalan tu pun dah nak muntah. Hihi serius mencabar betul jalan jauh ni. Tapi sedikit syukur alhamdulillah jugak sebab dah khatam jalan nak ke sana 😂
Jika ingin bertolak dari Kuala Terengganu ke Cameron Highlands, kami akan melalui jalan Kenyir - Aring - Chiku - Gua Musang - Lojing - Cameron Highlands 🍓
Difficult roads often lead to beautiful destination
Laluan ikut negeri Terengganu - (Gua Musang) Kelantan
Melalui laluan Kenyir - Felda Aring ni okay cuma ada jugak beberapa jalan yang berliku dan bahaya sikit. Kawasan ni berbukit (dan ada beberapa tempat kesan tanah runtuh).
Peta Tasik Kenyir, boleh lihat juga view cebisan tasik kenyir semasa lalu sini. Lawa airnya hijau
Ogos haritu, ke Cameron Highlands balik dari sana lalu kawasan kenyir ni jugak, kami laki bini dua orang je masa tu. Dah lewat petang lalu jalan tu, sejam lagi nak maghrib.. Terkejut jugak serempak dengan sekumpulan gajah liar. Pada mulanya ingatkan sekumpulan lembu yang duk cari makan tepi jalan (dekat hutan tebal), rupanya gajah.. "weh gajah la abang. Seriusss lah gajah!" Comel betul gajah tu, anak mak semua ada tapi itulah terkejut punya pasal tak ada maknanya nak berhenti ambik gambar. Bahayaa tu! Dah nak senja pulak dalam kawasan hutan tebal
Status Facebook husniey pada Ogos lalu
Tapi bahaya sebenarnya. Kalau buatnya dia mengamuk bila nampak kenderaan kita, atau tetiba jumpa sekumpulan gajah terlentang tengah jalan duk tidur macam mana kita nak lalu tu! Bukan lembu ni. Haha. Masa kami sedang lalu hari Jumaat 21 September tu, ayah siap tunjuk dan beritahu haa tuu tahi dia lah tuu..
Banyak betul tahi dia kat tepi jalan, besar pulak tu. Biasa tengok yang lembu je 😂
Bila bermusafir secara road trip ni buat kita banyak berfikir tentang kejadian alam semulajadi. Rasa macam SubhanaAllah rupanya sini habitat gajah. See hikmah bila jalan jalan. Dari tak tahu kita jadi ada ilmu baru
Laluan Melalui negeri Pahang
Sambung cerita lagi. Weekend baru ni, 21 September ke Cameron pula. Kali ini bersama mak ayah. Laluan balik kami terpaksa lalu negeri Pahang, memang ronda habis separuh negerinya. Huih jenuh nak sampai ke Kemaman Terengganu (hantar mak ayah balik kampung). Masa bergerak dari Kuala Terengganu tu mak ayah naik bas ke rumah kami. Jarang sekali dapat peluang bersama macam ni masing masing sibuk.
Sg Koyan Lipis - Jerantut Benta - Jengka - Maran - Naik highway di Maran - Exit Chukai Kemaman.
Jalannya agak berliku dan sempit sedikit, kalau laluan Kenyir ada banyak lorong untuk kenderaan memotong, tapi jalan ni tak ada. Kalau ada lori atau kenderaan berat di depan kena follow jela.
Laluan pada 22 September
View lawa pada hari tu. Ada empangan tapi tak sempat nak snap molek
Ayah buka cerita kisah pahlawan hebat Melayu suatu tika dulu
Tapi dalam duk pening lalat tu tetiba tengok dah tiba di Pulau Tawar. Ayah tengah drive (bergilir memandu dengan tuan suami), ayah pun buka cerita kisah sejarah pahlawan kita yang hebat dahulu kala, iaitu Mat Kilau. MasyaAllah hebat betul kisahnya. Ada galerinya disini
Galeri Mat Kilau yang kami lihat dari jalan utama
Saat musafir beginilah kita kenal alam dan sejarah di sebaliknya yang tersembunyi dan makin ditelan zaman. Mana lagi nak dengar cerita sejarah kalau bukan dari mulut orang tua kan. Allahuakbar, sayu pula membayangkan kisah pahlawan
Nak boleh ke naik highway untuk ke Kemaman, kami lalu jalan kampung yang agak sempit dan langsung tak ada bahu jalan. Mujur follow Google Map tu tak salah. Walaupun internet asyik putus signal lost, husniey tengok still okay je berkhidmat. Sebelum terlupa nak beri tips guna Google maps bila road trip jauh.
Sila set laluan yang anda ingin lalu tu, dan biar je Google maps mulakan kerjanya. Sampai dekat area yang tak ada coverage internet tu, jangan tutup pulak aplikasi tu. Google maps tetap akan bekerjasama walaupun offline 😄
My beloved parents ❤️
Memori tercipta
Alhamdulillah Allah permudahkan, ayah kata selalunya dia lalu ikut Temerloh tu jauh sikit, tapi betullah jalan yang Google maps ni bagi, lebih dekat. Hehe. Pejam celik berakhir perjalanan yang meletihkan tu di Kemaman pada pukul 7.15 pm. Rehat di rumah mak, pukul 11 malam baru sambung semula balik ke Kuala Terengganu. 2 jam lebih pula perjalanan.
Kalau naik highway cepat sikit tiba, tapi banyak dah cerita tak best kalau balik tengah malam lalu highway LPT2 tu.. Huhu korang ada pengalaman unik tak masa road trip bersama keluarga dan rakan rakan?
Jom share kat ruang komen 😊
14 comments
teringin nak ke CH lg. Last pi sana thn 2012.
ReplyDeleteMolek gi abam kie bawa family jalan jalan, tapi jangan pergi masa cuti sekolah jenuh hadap jem. Heee
Deletekita pernah terserempak jgk ngan gajah2 ni..memang excited dan takot!!
ReplyDeleteUiih mesti excited tapi dalam masa yang sama rasa seram, hee samalahh kita rasa tuu sis gee
Deleteniat dihati thun family gathering kat CH tp perancangan Allah lbh baik..buat kat kelantan jgk la..hehe
ReplyDeleteTakpe ada rezeki lain tu CikNor dan keluarga :)
DeleteKak PC tak pernah sampai lagi ke CH Husniey..banyak kali rancang tapi saat akhir batal..kawan-kawan yang dah biasa ke CH mereka pesan juga...kena hati-hati..lagi-lagi kalau pertama kali datang atau jarang-jarang naik ke CH..kiranya kakau pertama kali pergi tu jadikan pelajaran dan tuntut ilmu selok belok CH dulu...insyaAllah mgkin satu masa nanti kami sampai juga..aamin.
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian ya..
Sama sama kak pc, mudahan ada manfaat disebalik kisah ni.. Nak jalan jauh kena cukup rehat dan bagi driver tak bosan masa memandu.. Betul dah tu kata kawan kak pc tuu, jalannya agak bahaya dan berbukit curam..
DeleteSama masa perjalanan dari umah Ana. Tp so far jalan ke Cameron melalui simpang pulai ok lagi. Tak pening pun. Ikut tapah je belum lagi sebab katanya jalan dia lagi pening.
ReplyDeleteYeke husniey pernah dengar jugak orang kata jalan belah tapah agak terukk nasiblaa tak kena lalu situu
Deletesyoknya pergi jalan2 CH bila dapat bercuti gak :(
ReplyDeleteJom cik ash tahun depan syok jugak :D
DeleteWah 4 jam lebih jer CH dari teganu. Cam best jer. Nak ajak suami berjalan ke CH gak la
ReplyDeleteAah ke CH hanya 4 jam lebih dari Kuala Terengganu lalu kot Aring - Gua Musang, tapi lalu situ kena pastikan kenderaan okay sebab tak ada kemudahan stesen minyak / bengkel. Lekass ajak suami.. heee
DeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.