9/30/2018 08:03:00 pm
9/26/2018 03:08:00 pm
Tempat Makan Best Wajib Singgah Di Tanah Rata, Cameron Highlands
9/26/2018 03:08:00 pmPerkara penting yang perlu dititikberatkan jika anda ingin bercuti ke Cameron Highlands ialah; pastikan laluan yang anda perlu lalui unt...
Perkara
penting yang perlu dititikberatkan jika anda ingin bercuti ke Cameron Highlands ialah; pastikan laluan yang anda perlu lalui untuk tiba ke destinasi.
Kedua, pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik kerana di sepanjang laluan
untuk ke sana tidak mempunyai kemudahan bengkel dan lain – lain. Bahagian ini adalah
paling penting bagi memastikan anda tiba di destinasi yang dituju dengan
selamat. Bawa jaket atau pakailah baju yang tebal
(kalau musim hujan, memang sejuk sangat baru baru ini kami tengok suhu di
telefon cecah sehingga 14°celcius. Uih sejuk sangat
Baca bawah ini artikel menarik:
Sebut sahaja pasal makanan, argh mesti korang lapar kan bila datang ke tempat sejuk. Ada banyak makanan yang wajib anda cuba bila datang ke Cameron Highlands bukan sahaja buah strawberi tau, ada banyak lagi buah lain. Contohnya ubi madu, jagung madu, jagung mutiara dan juga sayur-sayurannya yang segar. Nak jumpa semua ni anda perlu singgah di Kea Farm. Secara tak langsung Cameron Highlands menjadi destinasi jalan jalan sambil cari makan. Iya, in English we called it FOOD HUNTING! Jangan lupa masukkan Cameron Highlands sebagai destinasi food hunting ya
RESTORAN TAMAN APPLE CAMERON BUKAN BIASA BIASA | LOKASI MAKAN BEST DI CAMERON HIGHLANDS
Restoran
Taman Apple Cameron terletak di kawasan pekan Tanah Rata. Laluannya mudah
sahaja, jalan yang sama nak ke Majlis Daerah Cameron Highlands. Nampak
aje Maybank tu tandanya dah hampir tiba ke restoran menarik ni. Restoran in konsepnya merupakan restoran dalam taman. Nyaman
sungguh! Masuk aje kawasan restoran ini husniey rasa kagum sebab mata ni
tertumpu pada pelbagai jenis tanaman yang dapat lihat terhias bergantungan.
Husniey ingatkan tanamannya tu palsu seperti hiasan, rupanya ia betul tanaman
yang hidup dengan baik. Serius, cantik!
Jenis buah- buahan yang tergantung ialah markisa, buah apple cameron,
buah tomato, dan lain lain lagi. Kagum betul dengan usaha
pemilik restoran ini sebab bukan senang nak ketengahkan konsep restoran dalam taman seperti ini. Mak
ayah husniey turut merasa teruja melihat dekorasinya. Nampak jelas diwajah
mereka suka dengan keadaan suasana disini. Siap dapat cetusan idea untuk dekorasi laman dekat rumah kami, hehe.
Restoran Taman Apple Cameron ini mula beroperasi dari waktu pagi hingga ke malam; dari pukul 8 pagi sehingga 12 malam. Pada sebelah pagi perkhidmatan restoran ini dimulai dengan sarapan pagi. Ramai yang tak tahu akan perkhidmatan sarapan pagi di restoran ini. Anda patut cuba jika ke Cameron Highlands sebab harganya berpatutan dan yang penting kena dengan tekak melayu ni haa. Ada pelbagai jenis set makanan pagi di restoran Taman Apple Cameron. Jom kita lihat di bawah;
SET ALA CARTE-
Nasi Lemak Biasa (RM 6.90)
Nasi Lemak
Serunding Strawberi (RM 8.90)
Nasi Lemak Rendang Ayam (RM 9.90)
Nasi Lemak
Rendang Daging (RM 10.90)
Nasi Kukus Serunding Strawberi (RM 8.90)
ALA CARTE NASI IMPIT –
Nasi Impit Kuah Kacang (RM 5.90)
Soto Nasi Impit (RM 6.90)
Nasi Impit Rendang Ayam (RM 6.90)
Nasi Impit
Rendang Daging (RM 7.90)
Nasi Impit Serunding Strawberi (RM 7.90)
SET BAKAR (UNTUK MAKAN TENGAHARI)
Nasi Ayam
Bakar
(Ala Carte RM 10.90)
(Set: RM 13.90)
Nasi Sotong
Bakar
(Ala Carte RM 14.90)
(Set: RM 17.90)
MENU WAJIB RASA: SERUNDING STRAWBERI YANG PERTAMA DI CAMERON HIGHLANDS
Menu
sarapan pagi bermula pada pukul 8 pagi dan bersambung pula dengan menu set
bakar pada belah tengahari sehingga jam 4 petang. Menu sarapan pagi yang husniey rasai
ialah Nasi Lemak Serunding Strawberi! Unik sungguh rasanya serunding strawberi yang digabungkan
bersama condiments nasi lemak yang lain seperti kacang, ikan bilis goreng, timun
dan ayam goreng berempah. Nasi lemak biasa berharga dari RM 6.90, hidangannya
pun banyak.
Menu
lainnya yang turut ada serunding strawberi ialah Nasi Kukus. Ia dihidangkan
bersama kuah kari, ayam goreng berempah, sambal belacan serta timun segar dan
tomato. Sedap tak terkata! Harga bagi Nasi Kukus Serunding Strawberi ini
ialah RM 8.90.
Tak lupa juga menu nasi impit, haa tak payah tunggu Hari Raya untuk merasai hidangan nasi impit. Di Restoran Taman Apple Cameron ini turut menyediakan aneka nasi impit dan anda kena cuba nasi impit serunding strawberi yang unik dan sedap ni!
Nasi Kukus Serunding Strawberi tak kurang hebatnya, sedap juga! |
Nasi Impit Serunding Strawberi |
Tak lupa juga menu nasi impit, haa tak payah tunggu Hari Raya untuk merasai hidangan nasi impit. Di Restoran Taman Apple Cameron ini turut menyediakan aneka nasi impit dan anda kena cuba nasi impit serunding strawberi yang unik dan sedap ni!
MAKAN TENGAHARI SEDAP DAN BERBALOI
Kalau anda
tidak tahu tempat hendak dituju untuk makan tengahari ketika di Cameron
Highlands, bolehla mencuba di Taman Apple Cameron ni, percayalah menu disini akan buat anda teringat
ingat tau! Husniey mencuba nasi set sotong bakar, paling best pasal sotong ni
mestilah portion dia dan rasanya. Tak sangka besar betul saiz sotongnya.
Dimakan bersama sambal kicap |
Nasi Kambing Bakar, isi daging kambingnya yang lembut dan enak rempahnya |
Nasi Ayam Bakar - Masak elok hingga ke dalam |
Nasi Kambing Bakar tu berebut rebut duk rasa
dalam pinggan emak. Hihi. Kambing bakar yang diperap dengan penuh rasa dan
dimasak rapi (tak ada bau hanyir pun, selalunya kalau sebut je kambing mesti
terbayangkan baunya). Suami husniey bukan penggemar kambing pun suka dengan menu kambing bakar disini. Next menu ialah Nasi Ayam Bakar, ini pun sama tau
portion diberikan serius puas hati kenyang sampai ke lewat petang. Gambar makanan yang terdapat di dalam menu ketika membuat pesanan sama ketika menu tiba di meja makan. Hebat! Nikmat sungguh dapat makan dekat sini setelah letih mengadap jalan berliku liku untuk tiba ke Cameron Highlands.
Minuman yang dipesan - Jagung Milkshake, Teh Tarik float, dan teh o. Jagung Milkshake ni mesti cuba sedap sangat! |
Sebelum entri ini berakhir, dijemput untuk tonton video yang disediakan dibawah;
ANEKA KEK DALAM CHILLER
Husniey ni
memang suka sangat kek, tak kisahlah apa sahaja jenis kek nampak sahaja depan
mata mesti nak beli. Masa menunggu pesanan makanan tengahari tiba, mata terlihat pada pada kaunter,
wah terus teruja "ada chiller la".
Aneka menu kek yang terdapat di Restoran Taman Apple ialah Chocolate Indulgence, Oreo
Cheesecake, Lemon Cake, Red Velvet, Brownies Icecream, Pavlova dan ada lagi
beberapa jenis kek yang tak sempat dikenalpasti sebab banyak sangat pilihan.
Red Velvet, Oreo Cheese cake, Chocolate Indulgence, Brownies Icecream |
Chocolate Indulgence yang menggoda kalbu |
Sebelum terlupa husniey nak beri markah penilaian untuk restoran ini.
9.8 dari 10 bintang. Tu dia sebab hebat sangat kalau dekat dengan rumah ni mahu tiap minggu akan repeat sini. Servis layanan dari staf Taman Apple Cameron memang terbaik sentiasa senyum dan nampak tenang dalam bertugas. Bagi shift sebelah pagi kaum perempuan yang bertugas sampai petang dan bagi sebelah petang pula sehingga tengah malam kaum lelaki pula bertugas
Kagum dengan pengurusan restoran ni, kebersihan bergred A. Tak percaya? Kenalah datang tengok sendiri. Ruang yang selesa, boleh memilih ruang yang anda inginkan, nak duduk bersila pun boleh.
Jika anda
datang pada musim cuti, dinasihatkan sila berada awal di restoran jika ingin
menikmati steamboat dengan tenang. Datang lambat alamatnya kena ambik
nombor.
Nak baca entri tentang >> Pengalaman makan Steamboat di Taman Apple Cameron disini ya
9.8 dari 10 bintang. Tu dia sebab hebat sangat kalau dekat dengan rumah ni mahu tiap minggu akan repeat sini. Servis layanan dari staf Taman Apple Cameron memang terbaik sentiasa senyum dan nampak tenang dalam bertugas. Bagi shift sebelah pagi kaum perempuan yang bertugas sampai petang dan bagi sebelah petang pula sehingga tengah malam kaum lelaki pula bertugas
Bersama tulang belakang Restoran Taman Apple Cameron |
Kagum dengan pengurusan restoran ni, kebersihan bergred A. Tak percaya? Kenalah datang tengok sendiri. Ruang yang selesa, boleh memilih ruang yang anda inginkan, nak duduk bersila pun boleh.
Suasana malam ~ |
Slideshow - Port wajib bergambar di restoran ni |
DAH NAK HABIS MAKAN, BARU INGAT NAK SELFIE. Hee |
Kawasan tempat letak kereta yang luas |
Nak baca entri tentang >> Pengalaman makan Steamboat di Taman Apple Cameron disini ya
Untuk maklumat lanjut sila layari;
Facebook: Restoran Taman Apple Cameron
Instagram: Restoran Taman Apple Cameron
Hotline: 016 225 0315 / 010 664 0315
Waktu
Urusniaga: 8 am – 4 pm (Ala Carte),
5 pm – 12 pm (Steamboat & Grill)
5 pm – 12 pm (Steamboat & Grill)
Hari Rabu ditutup
9/24/2018 06:10:00 pm
Al Kisah Road Trip ke Cameron Highlands
9/24/2018 06:10:00 pmAssalamualaikum. Salam Sejahtera. Entri kali nak cerita pengalaman husniey dan laluan yang dah dirasai untuk pergi dan balik Cameron...
Entri kali nak cerita pengalaman husniey dan laluan yang dah dirasai untuk pergi dan balik Cameron Highlands. Dua kali tahun ni kami laki bini ke Cameron dalam masa terdekat. Kali kedua ni disebabkan kerja, tak ada maknanya nak repeat dalam masa terdekat kalau tak ada urusan. Membayangkan jalan tu pun dah nak muntah. Hihi serius mencabar betul jalan jauh ni. Tapi sedikit syukur alhamdulillah jugak sebab dah khatam jalan nak ke sana 😂
Jika ingin bertolak dari Kuala Terengganu ke Cameron Highlands, kami akan melalui jalan Kenyir - Aring - Chiku - Gua Musang - Lojing - Cameron Highlands 🍓
Difficult roads often lead to beautiful destination
Laluan ikut negeri Terengganu - (Gua Musang) Kelantan
Melalui laluan Kenyir - Felda Aring ni okay cuma ada jugak beberapa jalan yang berliku dan bahaya sikit. Kawasan ni berbukit (dan ada beberapa tempat kesan tanah runtuh).
Peta Tasik Kenyir, boleh lihat juga view cebisan tasik kenyir semasa lalu sini. Lawa airnya hijau
Ogos haritu, ke Cameron Highlands balik dari sana lalu kawasan kenyir ni jugak, kami laki bini dua orang je masa tu. Dah lewat petang lalu jalan tu, sejam lagi nak maghrib.. Terkejut jugak serempak dengan sekumpulan gajah liar. Pada mulanya ingatkan sekumpulan lembu yang duk cari makan tepi jalan (dekat hutan tebal), rupanya gajah.. "weh gajah la abang. Seriusss lah gajah!" Comel betul gajah tu, anak mak semua ada tapi itulah terkejut punya pasal tak ada maknanya nak berhenti ambik gambar. Bahayaa tu! Dah nak senja pulak dalam kawasan hutan tebal
Status Facebook husniey pada Ogos lalu
Tapi bahaya sebenarnya. Kalau buatnya dia mengamuk bila nampak kenderaan kita, atau tetiba jumpa sekumpulan gajah terlentang tengah jalan duk tidur macam mana kita nak lalu tu! Bukan lembu ni. Haha. Masa kami sedang lalu hari Jumaat 21 September tu, ayah siap tunjuk dan beritahu haa tuu tahi dia lah tuu..
Banyak betul tahi dia kat tepi jalan, besar pulak tu. Biasa tengok yang lembu je 😂
Bila bermusafir secara road trip ni buat kita banyak berfikir tentang kejadian alam semulajadi. Rasa macam SubhanaAllah rupanya sini habitat gajah. See hikmah bila jalan jalan. Dari tak tahu kita jadi ada ilmu baru
Laluan Melalui negeri Pahang
Sambung cerita lagi. Weekend baru ni, 21 September ke Cameron pula. Kali ini bersama mak ayah. Laluan balik kami terpaksa lalu negeri Pahang, memang ronda habis separuh negerinya. Huih jenuh nak sampai ke Kemaman Terengganu (hantar mak ayah balik kampung). Masa bergerak dari Kuala Terengganu tu mak ayah naik bas ke rumah kami. Jarang sekali dapat peluang bersama macam ni masing masing sibuk.
Sg Koyan Lipis - Jerantut Benta - Jengka - Maran - Naik highway di Maran - Exit Chukai Kemaman.
Jalannya agak berliku dan sempit sedikit, kalau laluan Kenyir ada banyak lorong untuk kenderaan memotong, tapi jalan ni tak ada. Kalau ada lori atau kenderaan berat di depan kena follow jela.
Laluan pada 22 September
View lawa pada hari tu. Ada empangan tapi tak sempat nak snap molek
Ayah buka cerita kisah pahlawan hebat Melayu suatu tika dulu
Tapi dalam duk pening lalat tu tetiba tengok dah tiba di Pulau Tawar. Ayah tengah drive (bergilir memandu dengan tuan suami), ayah pun buka cerita kisah sejarah pahlawan kita yang hebat dahulu kala, iaitu Mat Kilau. MasyaAllah hebat betul kisahnya. Ada galerinya disini
Galeri Mat Kilau yang kami lihat dari jalan utama
Saat musafir beginilah kita kenal alam dan sejarah di sebaliknya yang tersembunyi dan makin ditelan zaman. Mana lagi nak dengar cerita sejarah kalau bukan dari mulut orang tua kan. Allahuakbar, sayu pula membayangkan kisah pahlawan
Nak boleh ke naik highway untuk ke Kemaman, kami lalu jalan kampung yang agak sempit dan langsung tak ada bahu jalan. Mujur follow Google Map tu tak salah. Walaupun internet asyik putus signal lost, husniey tengok still okay je berkhidmat. Sebelum terlupa nak beri tips guna Google maps bila road trip jauh.
Sila set laluan yang anda ingin lalu tu, dan biar je Google maps mulakan kerjanya. Sampai dekat area yang tak ada coverage internet tu, jangan tutup pulak aplikasi tu. Google maps tetap akan bekerjasama walaupun offline 😄
My beloved parents ❤️
Memori tercipta
Alhamdulillah Allah permudahkan, ayah kata selalunya dia lalu ikut Temerloh tu jauh sikit, tapi betullah jalan yang Google maps ni bagi, lebih dekat. Hehe. Pejam celik berakhir perjalanan yang meletihkan tu di Kemaman pada pukul 7.15 pm. Rehat di rumah mak, pukul 11 malam baru sambung semula balik ke Kuala Terengganu. 2 jam lebih pula perjalanan.
Kalau naik highway cepat sikit tiba, tapi banyak dah cerita tak best kalau balik tengah malam lalu highway LPT2 tu.. Huhu korang ada pengalaman unik tak masa road trip bersama keluarga dan rakan rakan?
Jom share kat ruang komen 😊
9/23/2018 08:55:00 pm
Dua Malam di Gili Amor Boutique Resort, Gili Trawangan Lombok
9/23/2018 08:55:00 pmAssalamualaikum semua kesayangan, semoga sihat selalu ya. Terima kasih kerana selalu menanti dan membaca entri dari blog husniey yang ...
Assalamualaikum
semua kesayangan, semoga sihat selalu ya. Terima kasih kerana selalu menanti
dan membaca entri dari blog husniey yang tak seberapa ini. Sebenarnya haritu dah nak sambung kisah
bercuti di Lombok, tapi tertangguh dek kerana waktu itu sedang berlaku tragedi gempa
bumi yang sangat dahsyat dan menyayat hati di sana.
So kerana rasa jatuh sayang pada Lombok, husniey tangguhkan sementara daripada update tentang percutian ke Lombok. Yes sedar lambat betul nak habiskan kisah bercuti ketika di sana. Hee bawak bertenang ya..
Jom kita sama- sama doakan semoga Lombok cepat bangkit dari tragedi gempa bumi yang mengganas baru baru ini. Kalau tak silap ada banyak sangat gempa susulan. Dan ada gempa tu ada yang capai tahap 6-8 skala ritcher. Nasiblah masa husniey ke sana bulan April lalu semuanya baik saja. Semoga Allah lindung saudara islam kita disana. Mereka semua baik – baik.

MEMILIH MENGINAP DI SENGIGI DAN GILI TRAWANGAN
April lalu
husniey memilih lokasi Sengigi dan Gili Trawangan sebagai tempat untuk menginap
ketika bercuti di Lombok.
Di kawasan Sengigi menginap cuma satu malam sahaja. Paling best mestilah di Gili Trawangan. Suasananya lebih meriah dan banyak aktiviti juga boleh dilakukan ketika di Gili. Husniey pilih Gili Amor Boutique Resort ketika membuat carian di Agoda. Berkenan sebab baca review kata tetamu yang datang ke resort ni, lokasinya berdekatan sangat dengan jeti tak sampai 5 minit berjalan kaki. Lagi pula harga masih dalam bajet kami tak terlalu mahal sangat.

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI GILI AMOR BOUTIQUE RESORT
Istimewanya resort ini terdapat pelbagai kemudahan yang sangat diperlukan oleh setiap tetamu yang datang menginap disini. Restorannya santai dan dekorasi sangat lawa diperbuat daripada kayu. Pelbagai hidangan yang terdapat di restoran ini, korang nak makan hidangan Asian, Italian, Western Mexican dan lain – lain lagi.
Menu sarapan pagi kami di resort, sedap! Di sini dihidangkan secara ala carte bukan buffet style |
Sedap gabungan maggie goreng Lombok ni bersama keropok dan sate |
Ini menu yang unik juga, haa mat salleh sukalah. Hari terakhir di resort, daku pilih ini |
Bertambah menarik bila husniey dan suami dijamu dengan segelas welcome drink oleh pekerja resort sebagai tanda selamat datang. Boleh bawa gelas tu ke bilik, tak pun boleh layan permandangan landskap di kawasan kolam renang! Haihh serius best.
Okay bersambung.. Lagi kemudahan yang boleh didapatkan di resort ini ialah basikal.
Haa basikal ni penting tau antara pengangkutan utama ketika di Gili Trawangan. Boleh disewa di resort.
Antara perkara penting ketika memilih untuk menginap di sesebuah penginapan ialah pastikan penginapan tersebut menyediakan kemudahan asas seperti katil, bilik ada penghawa dingin, bilik air, saiz bilik yang sesuai untuk bilangan orang. Kalau ada disediakan lebih dari itu dikira bonus, contohnya ada disediakan peti keselamatan, seterika dan wifi.
Ye, sebab tu kalau harga sesebuah penginapan tersebut mahal pastikan ia berbaloi atau tak.
Gili Amor Resort ni, husniey memang berpuas hati dengan segala kelengkapan yang disediakan di dalam bilik. Kecuali ada satu je benda penting yang tak ada iaitu cerek elektrik, kami laki bini kena minta air panas di café. Hihi siap kena sakat dengan pekerjanya “nak air panas ya, ni mesti nak buat kopi kan”.
Reaksi muka dia tu kelakar dia macam lembut sikit pastu diingat husniey dan tuan suami datang honeymoon konon macam baru kahwin tu kalau pakai inai mesti ingat pengantin baru kot. Haha sabar jela ramah sangat staf Gili Amor ni
Haa basikal ni penting tau antara pengangkutan utama ketika di Gili Trawangan. Boleh disewa di resort.
Bahagian depan resort |
Ye, sebab tu kalau harga sesebuah penginapan tersebut mahal pastikan ia berbaloi atau tak.
Gili Amor Resort ni, husniey memang berpuas hati dengan segala kelengkapan yang disediakan di dalam bilik. Kecuali ada satu je benda penting yang tak ada iaitu cerek elektrik, kami laki bini kena minta air panas di café. Hihi siap kena sakat dengan pekerjanya “nak air panas ya, ni mesti nak buat kopi kan”.
Reaksi muka dia tu kelakar dia macam lembut sikit pastu diingat husniey dan tuan suami datang honeymoon konon macam baru kahwin tu kalau pakai inai mesti ingat pengantin baru kot. Haha sabar jela ramah sangat staf Gili Amor ni
Me and husbaby breakfast at Gili Amor Boutique Resort, Lombok [April 2018] |
Staf yang ramah dan mukanya ada iras sangat dengan arwah ayah mertua husniey |
Resort
ini nampak seperti masih baru, dekorasinya pun kemas dan cantik.
Paling penting
suasananya tenang.
Husniey kadang agak cerewet dan memang baca review sebelum pilih menginap di kawasan tu, yelah kadang tu ada hotel murah tapi dekat dengan pub atau bar, bising nanti nak istirehat pun tak boleh kang. Tak selesa pulak. Heehe

Permandangan pantai dekat je dengan resort. Naik basikal 3 minit dah dapat tengok view cantik macam ni |
Setibanya
di Gili Trawangan (menaiki feri awam) terus ke resort untuk urusan check in. Kalau
tengok dari luar nampak biasa je tapi mesti korang tak sangka kat kawasan
dalamnya cantik sangatt, sesuai untuk pasangan yang nak honeymoon.
Kafe hak milik Gili Amor
Waktu malam. Suasana romantik!
Suasana
Bilik Yang Luas dan Lengkap
Teruja lawa sangat dalam biliknya. Barangan perabot seperti katil, almari, ampaian rak tv semua diperbuat daripada kayu.
Selesa, ada ruang nak solat. Gili Amor Boutiquepunya saiz bilik yang luas ditambah dengan kemudahan yang disediakan, tak payah rungsing dah kalau anda tertinggal tuala ke / sabun, berus gigi, hehe.
Nice view
Tuan suami berehat seketika minum welcome drink
Pada mulanya husniey buat
tempahan resort ini hanya untuk satu malam, sebab malam ketiga husniey tak pasti akan menginap di Gili atau balik ke tanah besar (menginap disana). Kiranya dah
check in sini, baru buat keputusan untuk tambahkan lagi satu malam di Gili Amor
ini.
Kemudahan Utama di dalam Bilik
Almari, penyangkut
baju, peti sejuk mini juga terdapat disitu. Lebih menarik disertakan peti besi keselamatan untuk
anda menyimpan barang berharga. Kemudahan
televisyen turut ada, dan mempunyai beberapa saluran yang boleh ditonton (syok lah layan sinetron aje
kami, hehe). WiFi pun ada. Lajuu
Review Ikhlas
Mengenai Gili Amor Boutique Resort
Paling husniey suka tentang bilik ini ialah
saiznya yang luas, dekorasinya simple tak padat sangat lepas tu suka dengan
perabot semua daripada kayu, nampak gabungan tema klasik dan moden.
Dua malam kami menginap disini, tapi rasa macam lama je duk sini sebab suasananya nyaman, pekerjanya baik-baik tak sombong, membantu bila kita bertanya. Siap kami terserempak jumpa pekerjanya di kawasan Sunset Beach masa jalan jalan dengan basikal, dia tegurnya kami “eh kamu disini ya jalan jalan”.
Salah sorang pekerjanya ni pernah menetap di Malaysia. Syok bersembang dengar pengalaman. Pendek kata semuanya best, husniey duk 2 malam pun rasa tak puas, salah satu sebab tak berkesempatan mandi manda di kolam renang yang menggoda tu. Itulah sibuk explore pulau tu sangat. Letih naik basikal kehulu kehilir, haha 😂
Aduhaii sabar jelah kan best kalau dekat.
Best sangat menginap disini sayang pulak kalau duk sehari je, pekerja disini layan seperti keluarga. Ramah, membantu, ikhlas bertugas. Siap hari akhir tu husniey pesan kat suami untuk berikan mereka tip, bersungguh mereka ucapkan terima kasih dan lambai tangan ucapkan selamat tinggal ketika kami check out tu. Nangis weh masa nak check out tu, tak pernah rasa begitu sebelum ni. Very nice stay here!
Kalau ada rezeki repeat Lombok nak menginap disini lagi. Harga yang kami dapat ketika buat tempahan di Agoda RM 180 dan tambahkan satu malam lagi bayar tunai dalam matawang rupiah (nilai dalam bentuk ringgit RM 190). Jumlah dua malam menginap di Gili Amor ni RM 390 (Dua malam menginap termasuk sarapan pagi)

Overall
husniey beri markah:
4.8 / 5 🌟 🌟 🌟 🌟
Servis
terbaik ✔
Kebersihan
terbaik ✔
Suasana Bilik, Kelengkapan, Dekorasi terbaik
✔
✔