Nasi Ala Kakwok Termurah Di Kota Bharu

Assalamualaikum. Sihatkah semuanya? Haa kali ini husniey nak berkongsi kedai makan murah di K ota Bharu. Haritu kebetulan husniey ke ...



Assalamualaikum. Sihatkah semuanya? Haa kali ini husniey nak berkongsi kedai makan murah di Kota Bharu. Haritu kebetulan husniey ke Kota Bharu atas urusan kerja, tapi masih sempat jalan jalan cari makan di Kota Bharu. Dibawa ke kedai ini oleh Sis Awadah admin Blogger Pantai Timur. 

Korang semua kalau melawat Kota Bharu, singgah
lah di MPA Cafe ini bangunannya bersebelahan dengan Aeon Mall Kota Bharu.
Okaylah nanti di akhir entri husniey berikan peta ke lokasi ye. Harga memang dijamin murah. Tak dapatlah kat lain harga ini. Istimewanya tak kiralah anda pelajar dari Universiti atau Kolej mana pun, tetap akan dapat harga pelajar. Uih menarik bukan? 😍

TENTANG MPA CAFE 


Sebelum terlupa husniey nak berkongsi terlebih dahulu apa itu MPA.
Majlis Perwakilan Asrama bagi KPTM Kota Bharu. Ini merupakan idea dan kerja keras daripada pelajar kolej ini. Tahniah buat pelajar yang berada dalam perwakilan KPTM Kota Bharu YANG MENGUSAHAKAN KAFE INI, mereka tak sanggup nak tengok pelajar kolej itu susah ada yang nak makan kena ikat perut. Sebelum ini pernah ada kes pelajar pengsan sebab tak cukup makan dek kerana tak mampu. Yer percayalah ia diurus oleh pelajar sendiri
Suasana di dalam cafe 
Pelajar pelajar yang datang menjamu selera

Yelah belanja zaman sekarang ini mahal kot. Husniey dulu zaman study pun makan nasi macam ini jugak. Adakalanya hampir setiap hari. Dah ini aje yang mampu, tapi dulu di tempat study husniey dipanggil Nasi Bajet, tu dia tetiba terimbas kembali kenangan zaman belajar di Politeknik Johor


PAKEJ MAKANAN MURAH DI MPA KAFE, KPTM KOTA BHARU



PAKEJ UNTUK PELAJAR 

Nasi Ala Kakwok dan Teh O ais RM 2 
Mee Goreng dan Teh O ais RM 2 
Bihun Goreng dan Teh O ais RM 2
Nasi Lemak dan Teh O ais RM 2

Minuman bersusu seperti milo ais, kopi ais,
nescafe, teh ais dicas berharga RM 1.50
sahaja. Harga bagi minuman panas RM 1.00

PAKEJ MAKAN TETAP MURAH UNTUK STAF DAN ORANG SUDAH BEKERJAYA CUMA BERHARGA RM 3 SAHAJA

tu dia gabungan yang mantap!
Sambal belacannya yang pedas tapi sedap sungguh



Eh bukan pelajar juga boleh makan disini. Anda jangan segan silu. Bukan hanya untuk pelajar tapi orang luar yang bekerja dan berada sekitarnya pun boleh datang makan disini. Untuk makluman kepada anda semua, kafe ini juga turut mengadakan Program Insiatif Makanan Percuma kepada pelajar yang kurang kemampuan. Ya, percuma untuk pelajar susah. Murah hatinya pihak MPA ni

Senarai nama pelajar yang menerima insiatif makanan percuma

Sempat bergambar sebagai tanda kenang-kenangan bersama orang kuat MPA Cafe
Bagi pihak yang nak menghulurkan sumbangan atau sebarang bentuk penajaan serta cadangan anda bolehlah menghubungi pihak KPTM Kota Bahru di bawah ini

INFO LANJUT LAYARI

WAKTU OPERASI
Pagi, Tengahari dan Malam

PETA KE LOKASI




You Might Also Like

10 comments

  1. alahai murahnya.. berbaloi datang sini,, tapi bagus lah ada inisiatif untuk bantu pelajar jugak :)

    ReplyDelete
  2. bgsnya..murah sgt2..tak jumpa la area2 Kl niee..huwaa..bestnya org sana..kecur air liur tang sambal pedas tu

    ReplyDelete
  3. Senang cakap murah untuk semua ni Husniey....Allahu...moga lancar dan mudah setiap urusan mereka...

    ReplyDelete
  4. Murah teramat sangat tu Husniey. Bagusnya MPA buat konsep mcm ni. Memang sgt membantu pelajar yg kurang berkemampuan. Kesian sampai ada yg pengsan tu.

    ReplyDelete
  5. Susah nak cari nasik kak wok kat kulim ni,, rinduuu nak makan. memang hari2 beli masa study dulu sebab jimat dan sedap.

    ReplyDelete
  6. salam singgah. teringin sangat nak makan nasi kakwok ni. aduhai, entah la bila. hehe

    ReplyDelete
  7. Murahnya..balik kg nanti nak try singgah la..tq share :-)

    ReplyDelete
  8. tak penah makan Nasi Kak Wok walaupun da few times ke Kelantan. huurm.. next time pegi Pantai Timur nak kena plan elok2 la JJCM kesana =D

    ReplyDelete
  9. Nasi kak wok memg terbaik.murah dan sedap.Klu jjcm di klntn pasti akan cari nasi kak wok

    https://www.celikvitamin.com/blog/pengedar-youth-skincare-shaklee-seluruh-malaysia-sabah-sarawak/

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.