Perkenalkan Menu Baharu Burger Ayam Mexicana dari McDonald’s Malaysia!

Pembaca semua mesti tak sabar nak rasai menu baharu dari McDonald’s ini kan.  Citarasa eksotik dari Mexico. Kini seluruh rakyat Malaysia ...


Pembaca semua mesti tak sabar nak rasai menu baharu dari McDonald’s ini kan. 
Citarasa eksotik dari Mexico. Kini seluruh rakyat Malaysia boleh menikmatinya! 
Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua untuk Kempen Discover the World. 
Turut dilancarkan bersamanya; Pai Kastard Strawberi baharu!


Nampak sedap dan unik kan?

Pengenalan Burger Ayam Mexicana oleh McDonald’s
– Ia merupakan menu kedua di bawah kempen tahunan Discover the World selepas menu pertamanya iaitu Burger Rio yang diperkenalkan bulan lalu! 😍 
Wah baru haritu burger Rio yang keluar, kali ini burger Mexicana pulak. Aduhai tak sabarnya nak rasa yang ini pulak.. Dahla burger Rio pun husniey belum dapat move on lagi! 😋

Kepingan ayam rangup bersaiz besar ini dilimpahi dengan mayonis tomato istimewa dan sos jalapeno untuk rasa yang sedikit pedas seumpama hidangan tradisional Mexico. Burger Ayam Mexicana ini juga ditambah dengan campuran lada benggala merah, salad, tomato dan keju cheddar putih. Disertakan dengan ban lembut, hidangan ini semestinya membawakan citarasa hebat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kempen tahunan Discover the World seringkali mengetengahkan keunikan rasa dan budaya berbeza dari seluruh dunia untuk penggemar hidangan McDonald’s di Malaysia. Rakyat Malaysia yang menantikan tawaran menu istimewa McDonald’s pastinya tidak akan kecewa dengan pengenalan Burger Ayam Mexicana ini.
Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, Burger Ayam Mexicana sebagai menu kedua yang ditawarkan di bawah kempen Discover the World membawakan citarasa negara luar, dan kali ini Mexico menjadi negara pilihan, dengan citarasanya yang unik.
Seperti Burger Rio, kami ingin membawakan citarasa unik dari negara luar untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Kempen Discover the World membolehkan kami memperkenalkan pelbagai citarasa antarabangsa ke restoran-restoran kami di seluruh negara,” kata beliau.
Sama ada menu sedia ada atau baharu, McDonald’s amat mementingkan kualiti penyediaan makanan dari awal hingga akhir – bermula dari ladang kepada pembekal, sehinggalah ke dapur dan akhirnya kepada pelanggan. McDonald’s percaya bahawa makanan yang baik bukan pada rasanya sahaja. Selain kenikmatan yang dirasai semasa memakan hidangan McDonald’s, pelanggan juga diberi jaminan bahawa setiap hidangan disediakan segar dengan bahan-bahan berkualiti, dan mematuhi piawaian Halal dan standard kebersihan makanan yang ketat.

Harga Burger Ayam Mexicana
RM 15.95 sahaja set medium
RM12.50 sahaja untuk ala carte

Selain Burger Ayam Mexicana, McDonald’s turut memperkenalkan buat pertama kalinya hidangan pencuci mulut dengan dua jenis inti – Pai Kastard Strawberi (Strawberry Custard Pie), pai rangup berinti strawberi dan kastard berkrim. Pai Kastad Strawberi (Strawberry Custard Pie) ini boleh didapati dengan harga RM3.30.

Selain itu, McDonald’s juga membawakan kembali hidangan pencuci mulut Strawberry Cone
Teringin nak merasai Strawberry custard pie ini~ 

Strawberry sundae & chocolate tu haih melting tengok~

Ia boleh dinikmati oleh semua penggemar aiskrim sundae strawberi dan juga mereka yang ingin merasai perisa aiskrim sundae selain vanilla dan coklat. Pai Kastard Strawberry (Strawberry Custard Pie) dan Strawberry Cone pastinya memberi kepuasan kepada penggemar hidangan pencuci mulut yang inginkan kelainan.



Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Discover the World oleh McDonald’s Malaysia, sila layari laman sesawang: http://www.mcdonalds.com.my/

You Might Also Like

10 comments

  1. Ntah kenapa bila makan McD mesti selera sebab cafe latte dia best selain banyak pilihan sekarang.. Next visit sis nak cuba burger ni pula HH.. Nampak sedap hehehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh nak cuba lah burger baru ni. Nampak sedap tu. Pie tu pun menarik.

    ReplyDelete
  3. ada tgk iklan beger baru ni tp tk cuba lg..ada kwn dh mkn yg strawberry custard pie tu katanya sedap..nanti bole la cuba

    ReplyDelete
  4. Lama tak mkn mcd.. Nanti nak pi la merasa menu baru

    ReplyDelete
  5. haritu pi mcd dia taknak kluarkan lg benda ni, dah la jauh nakpiii huwaaa

    ReplyDelete
  6. baru dapat cuba yang stroberi pie tu yaaa rabbi sedapnya !!!! makan panas2 tak peduli da sbab sedap sangat hehe..

    ReplyDelete
  7. Semuanya nampak menyelerakan..nak pergi carila nanti..

    ReplyDelete
  8. Alamak... tgk kat gambar nampak sedap... nak cuba la ujung minggu ni hhehe.

    ReplyDelete
  9. ohoiii sedap ! better than rio

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.