Hatyai
Thailand
Travel
HATYAI THAILAND PART 1 [SIMCARD, SHUTTLE SERVICE TO HATYAI CITY]
7/07/2018 11:59:00 pm
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hai Julai sudah kita rupanya. Husniey mulakan entri bulan ini dengan menceritakan kisah travel ke Hatyai pada awal Syawal baru baru ini. 18 June 2018 bertolak dari KLIA 2 pada pukul 10.50am waktu Malaysia dan kami
tiba di Hatyai Thailand jam 11.50 am
Beli Unlimited Internet Sim Card
Tiba je di Hatyai International Airport,
setelah selesai urusan di Imigresen,
husniey terus menuju ke booth
yang menjual sim kad dan barangan telefon.
Membeli sim kad Thailand ini perlu kerana akan memudahkan urusan bila kita nak guna khidmat internet, Google search atau google maps. Nak update perkembangan di media sosial pun boleh. Hee tu diaa..
Masa inilah korang nak merasa pengalaman menggunakan internet di negara orang kang?
(Laju gila line internet disana). Husniey dapat seketul sim kad pada harga 249 baht satu, unlimited internet. network AIS BUDDY. Okaylah tak murah sangat tapi dah malas nak cari kat lain tempat, sebab keluar je airport dah nak guna. Data internet ni husniey kongsi dengan tuan suami, jadi masih berbaloilah,
Korang pun boleh buat macam tu, kongsi je internet menggunakan hotspot. Tapi kena bersedia dengan powerbank bateri phone akan cepat berkurang :D
Membeli sim kad Thailand ini perlu kerana akan memudahkan urusan bila kita nak guna khidmat internet, Google search atau google maps. Nak update perkembangan di media sosial pun boleh. Hee tu diaa..
Masa inilah korang nak merasa pengalaman menggunakan internet di negara orang kang?
Korang pun boleh buat macam tu, kongsi je internet menggunakan hotspot. Tapi kena bersedia dengan powerbank bateri phone akan cepat berkurang :D
Shuttle Service From Airport to Hatyai City
Dalam duk sibuk urusan beli sim kad, barulah duk terfikir pengangkutan apakah yang perlu dinaiki untuk ke bandar Hatyai, rupanya senang aje keluar pintu airport barulah husniey dapat melihat kiosk kecil menjual tiket khidmat shuttle service. Banyak jugalah destinasi anda boleh pergi. Berpatutan harganya, kos cuma 100 baht setiap seorang. Servis ini
menggunakan van sebagai pengangkutan mengangkut korang untuk ke bandar. Selesa!
Perjalanan ke tengah bandar Hatyai memakan masa lebih kurang
20 minit, pemandu van akan beritahu bila dah sampai dan
berhentikan penumpang bebetul di tempat yang dikehendaki. Ada beberapa kali diturunkan penumpang.
Husniey memilih untuk turun di depan Lee Garden Plaza, saja jelah nak jalan
cuci mata terus kan kalau ke hotel dah check in dulu jadi malas pula nak keluar
jalan jalan. Lol. Kalau korang nak ke hotel terus pun boleh, cuma beritahu nama hotel kepada pemandu (lebih senang kalau simpan screenshot alamat hotel siap siap di telefon). Kebanyakan pemandu kurang fasih berbahasa Inggeris, kalau pun fasih pasti korang kurang faham sebab lenggok bahasa berbeza
KOS HANGUS DI HATYAI AIRPORT
Sim Kad (Unlimited Internet): 249 Baht
Shuttle from Airport to Lee Garden Plaza: 200
Baht (2 Dewasa)
249 + 200 : 449 BAHT = 54 MYR
NANTIKAN CERITA SELANJUTNYA HUSNIEY MEMBELI BELAH DAN JALAN JALAN CARI MAKAN DI HATYAI :')
NANTIKAN CERITA SELANJUTNYA HUSNIEY MEMBELI BELAH DAN JALAN JALAN CARI MAKAN DI HATYAI :')
12 comments
hahahaha seronok betul baca bila kak Husniey tulis. I'll be waiting for the next one.
ReplyDeleteThank you Ray! Yeay ni makin bersemangat nak update entri tertangguh :D
DeleteUihh belum apa-apa dah habis 50 ek? Belum masuk cerita bab shopping makan ni hehe. Next? :P
ReplyDeleteItu dikira berbaloi dah sebabnya simkad tu satu je belinya, dan total tu untuk berdua.. Shuttle service 100 baht sahaja seorang, dalam RM12 duit kita.. Murahh dah kalau kat Msia tak jumpa harga tu keluar airport, dan servis van tu hantar ke tepat depan destinasi yang kita tuju :)
DeleteThanks for sharing. Lepas ni boleh terus grab je simkad di airport.
ReplyDeleteWelcome.. moga membantu :)
Deleteokay
ReplyDeleteini ada rasa jealous sedikit
hahaha
seronoknya dapat pergi Hatyai
Hans last pergi sana masa sekolah rendah
rombongan kerja pejabat pos
hahaha
HAHA, sabar jelah Hans lama benar dah tu.. takpe at least pernah sampai jugak kan
Deletemmg dh save entry ni utk plan ke hatyai...
ReplyDeleteMoga membantu kak liez :')
Deletebestnya,, Del singgah sini :)
ReplyDeleteBest sungguh, thank you
DeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.