Explore Lombok
Indonesia
Travel
Explore Lombok, Indonesia [Cantiknya Air Terjun Benang Kelambu!]
7/24/2018 05:00:00 pmMenghayati Keindahan Air Terjun Benang Kelambu | Pengalaman Mandi Manda di Air Terjun Benang Kelambu Assalamualaikum, ...
Menghayati Keindahan Air Terjun Benang Kelambu |
Pengalaman Mandi Manda di Air Terjun Benang Kelambu
Assalamualaikum, bagi yang belum mengetahui fakta tentang Lombok ini, ia berada di dalam negeri Nusa Tenggara Barat, merupakan kepulauan dan letaknya tak jauh pun dari Bali. Lebih kurang 1 jam lebih naik feri kalau nak ke Bali. Lombok ini terkenal dengan kekayaan alam semulajadinya yang sangat lawa dan menggoda kalbu, yelah kalau korang tengok gambar pun mesti dah rasa kagum kan? Kalau datang sendiri melihat keindahan Lombok ini lagilah rasa macam tak mahu balik tau 😂
BACA DISINI ARTIKEL BERKAITAN:
Perjalanan Ke Air Terjun Benang Kelambu
Hari kedua di Lombok, husniey mengambil peluang untuk menjejakkan kaki ke air terjun di Lombok, dah dekat setahun lebih duk tengok keindahan melalui media sosial sahaja, mana tahan kan mestilah nak tengok depan mata. Di Lombok ni ada banyak sangat air terjun yang cantik, tapi husniey memilih pergi yang tak jauh sangat. Ini pun dah makan masa 2 jam sehala untuk ke sana, bertolak dari hotel yang terletak di Sengigi.
Dinasihatkan kalau anda nak merasa pengalaman mandi manda air terjun di Lombok ni, pastikan anda bertolak awal pagi sebabnya agak jauh dan takdelah masa tu terhad nak menikmati keindahannya. Nasiblah kami bertolak awal pagi. Pukul 9 pagi dari Sengigi ke bahagian tengah Lombok, tiba di kawasan air rekreasi air terjun sebelum pukul 11 pagi.
Ketika dalam perjalanan untuk ke Air Terjun ni, mata ini dijamu keindahan kawasan desa di sekitar Lombok Tengah ni.. Indah dan permai! Pelbagai tanaman menghijau yang menghiasi 😍. Sekejap kami lalui permandangan sawah, lepas tu akan jumpa ada kawasan kampong yang ada kolam ikan air tawar. Kagum tengok ada bermacam jenis pertanian dan ternakan yang diusahakan. Kalau korang peminat alam semulajadi suka tengok suasana kampung sangatlah dicadangkan untuk melawat Lombok ni
Kata pemandu Encik Yusuf, pada “musim bulan Julai, Agustus itu paling panas cuaca di Lombok ni,tanaman atau bukit bakau yang cantik menghijau tu akan bertukar jadi berwarna kuning”.Trip kami laki bini pergi ni pada bulan April 2018 kira cuacanya just nice je, cuaca disini suhu tinggi sikit dari Malaysia, husniey dah biasa merasa panas pantai di kawasan Terengganu it's okay hadap jelah kan. Peringatan pada anda jangan lupa bawa topi dan pakailah sunblock ya. Syukur juga pada cuaca panas terik,
kalau tak kerana cuaca panas tak dapatlah nak merasa ambil gambar permandangan yang cantik kan 😎
Sedikit Info Air Terjun Benang Kelambu
Husniey sentuh sedikit informasi tentang fakta Air Terjun Benang Kelambu ini ya,
Air terjun ini berada sekitar 500 meter ke arah hulu dari Air Terjun Benang Stokel, kalau berjalan kaki sekitar 30 minit. Dekat kawasan air terjun yang diceritakan di atas, ada satu lagi air terjun yang berada dalam kawasan sama, diberi nama Benang Stokel.
Tapi view dia biasa biasa je. Jalan kaki 300m dari tempat letak kereta.
Air keluar daripada celah celah batu pada dinding gawir dan membentuk 4 tingkatan air terjun. Benang Kelambu ini air terjunnya setinggi 40 meter dan uniknya disini airnya keluar seperti tirai dan oleh sebab itu masyarakat disini memanggilnya Kelambu.
Letaknya di kaki Gunung Rinjani, kalau anda seorang kaki hiking mesti tak asing dengar nama Gunung Rinjani. Ia sangat popular di kalangan hikers. Permandangan pun sangat cantik. Gunung Rinjani tu ada gunung berapi yang masih aktif. Kiranya Benang Kelambu kami pergi ni jauh ke atas lagi, walaupun jauh memang berbaloi. View lawa sangat, pastu boleh mandi manda, tangkap gambar beratus keping 😂
Air terjun ini berada sekitar 500 meter ke arah hulu dari Air Terjun Benang Stokel, kalau berjalan kaki sekitar 30 minit. Dekat kawasan air terjun yang diceritakan di atas, ada satu lagi air terjun yang berada dalam kawasan sama, diberi nama Benang Stokel.
Tapi view dia biasa biasa je. Jalan kaki 300m dari tempat letak kereta.
Info Geografi bagaimana terjadinya air terjun ni |
Pintu masuk |
Letaknya di kaki Gunung Rinjani, kalau anda seorang kaki hiking mesti tak asing dengar nama Gunung Rinjani. Ia sangat popular di kalangan hikers. Permandangan pun sangat cantik. Gunung Rinjani tu ada gunung berapi yang masih aktif. Kiranya Benang Kelambu kami pergi ni jauh ke atas lagi, walaupun jauh memang berbaloi. View lawa sangat, pastu boleh mandi manda, tangkap gambar beratus keping 😂
Untuk ke dalam kawasan air terjun Benang Kelambu pengunjung perlu menaiki ojek (motosikal), ada penduduk tempatan yang membawa kita, kereta tak dapat masuk ke dalam jalan tak berapa cantik. Dalam 10 minit juga menunggang motor..
Bayaran dikenakan 35k rp. Satu motor. Kalau anda mahu upah tour guide juga okay, ada yang tolong ambilkan gambar, menjelaskan informasi tentang air terjun ni, atau bawakan barang. Kalau dapat harga lagi mahal silalah tawar menawar ya. Orang sini okay aje, serius okay tak kasar pun.
Bayaran dikenakan 35k rp. Satu motor. Kalau anda mahu upah tour guide juga okay, ada yang tolong ambilkan gambar, menjelaskan informasi tentang air terjun ni, atau bawakan barang. Kalau dapat harga lagi mahal silalah tawar menawar ya. Orang sini okay aje, serius okay tak kasar pun.
Alhamdulillah senang hati dapat tour guide yang bagus, muda orangnya.
Namanya Irwan, bersungguh dia dapatkan angle terbaik untuk pastikan gambar kami lawa! 😍 So, all the best pictures kami berdua yang ada upload di air terjun ni dikreditkan kepada Irwan. Siap terbongkok hampir meniarap atas tanah dia ambil gambar.
Namanya Irwan, bersungguh dia dapatkan angle terbaik untuk pastikan gambar kami lawa! 😍 So, all the best pictures kami berdua yang ada upload di air terjun ni dikreditkan kepada Irwan. Siap terbongkok hampir meniarap atas tanah dia ambil gambar.
Oh sebelum terlupa kiranya tour guide ni dah masuk dalam pakej yang husniey ambil.
Nak tahu pakej dan contact number travel agent tu, sila mesej di media sosial.
Malas nak tuliskan kat sini. Maklum sajalah, tak semua kita perlu ceritakan disini (yang bebetul nak contact tu jelah mesej).
Permandangan Menakjubkan di Air Terjun Benang Kelambu, Lombok
View kat sini memang cantik sangat. Awesome, SubhanaAllah!
Husniey banyak ambil gambar guna kamera telefon suami di Air Terjun Benang Kelambu ini, telefon jenis Mi A1 natural gambarnya. Sebiji macam mana mata kita menghayati keindahan suasana tu. Satu lagi menggunakan kamera xiaomi action camera📸
Kena berjalan kaki dan hiking sikit naik turun tangga yang berbukit. 5 minit lebih berjalan kaki dari pintu masuk masa turun naik bukit ni akan dapat lihat ada mata air yang mengalir keluar dari celah celah batu tu. Lawa sangat. Sejuk je suasana.Tenang dengar bunyi air, tengok kehijauan alam. Jemput layan gambar gambar husniey di bawah ini;
Slideshow, penat berjalan weh naik bukit |
Kena berjalan kaki dan hiking sikit naik turun tangga yang berbukit. 5 minit lebih berjalan kaki dari pintu masuk masa turun naik bukit ni akan dapat lihat ada mata air yang mengalir keluar dari celah celah batu tu. Lawa sangat. Sejuk je suasana.Tenang dengar bunyi air, tengok kehijauan alam. Jemput layan gambar gambar husniey di bawah ini;
Permandangan yang sangat cantik! kalau bawa kamera lagi nampak mahal gambar ni |
Photoshoot yang tak dirancangkan pun |
Macam macam gaya ada, rindu moment indah ini ~ |
Cantik kan, beberapa rakan ada komen di facebook ingat ni edit 😁 |
Masa nak balik husniey hampir nak pengsan.
Sebab masa nak balik tangga curam perlu dipanjat, masa memula tiba tu banyak turun bukit je. Husniey pitam, gelap pandangan ni. Hampir tak sedarkan diri. Nasiblah sekejap je, dalam 15 minit begitu. Mulut ni duk berzikir je, ya Allah dah kenapa aku ni..
Muka dah pucat, mungkin juga air terjun situ sejuk sangat kot. Dahlah sejuk, lepas tu terus gerak balik panjat memanjat bukit, tandasnya dekat tempat parking kereta,itu yang belum salin baju. Bukan penat sangat pun, tapi angin kot.
Muka dah pucat, mungkin juga air terjun situ sejuk sangat kot. Dahlah sejuk, lepas tu terus gerak balik panjat memanjat bukit, tandasnya dekat tempat parking kereta,itu yang belum salin baju. Bukan penat sangat pun, tapi angin kot.
Mujurlah ada makcik makcik peniaga di gerai berhampiran, membantu.
Beberapa minit sebelum kejadian hampir pengsan |
Husniey tumpang rehat dan baring kat pondok warung disitu. Cuak dan risau tuan suami masa ni, dia ingat husniey main main je cakap tak larat. Yelah selalunya kuat semangat kalau pergi berkebun, beriadah. Kali ini serius lain macam. Terima kasih abang tolong picitkan kepala bagi minum teh hangat dan ubat tolak angin. Alhamdulillah speedy recovery. Terima kasih banyak buat mak cik dekat situ dan tour guide yang membantu dan beri husniey ruang berehat. Allah temukan dengan orang yang baik baik. Okay dah, kita sambung balik kisah aktiviti pada hari kedua di Lombok
Makan Tengahari di Tepi Sawah| Lokasi: Air Berik
Balik dari mandi manda di air terjun, kami dibawa makan tengahari ditemani suasana padi dan di tepi kolam ikan. Lauk-pauk kat sini sedap betul. Suka ikan panggang nya, fuh sedap ada sambal pulak tu.
Dah nama dekat kolam ikan, bolehlah tengok ikan talapia besar gedabak duk berenang,beri makanan dan bermain main dengan ikan talapia disini (risiko kena gigit tanggung sendiri, haha). Restorannya berdekatan dengan kawasan air terjun. Kalau tak silap namanya kawasan ni Air Berik
Damainya suasana di tepi sawah |
Kolam ikan dan ikan talapia yang ganas, heee |
Nasi bentuk LOVE, romantik sangat ni haa. Lauk kering je tapi sedap! |
Dah nama dekat kolam ikan, bolehlah tengok ikan talapia besar gedabak duk berenang,beri makanan dan bermain main dengan ikan talapia disini (risiko kena gigit tanggung sendiri, haha). Restorannya berdekatan dengan kawasan air terjun. Kalau tak silap namanya kawasan ni Air Berik
Ke Pelabuhan Bangsal (Jeti untuk ke Gili Trawangan / Gili Meno / Gili Air)
Selesai aje makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Pelabuhan Bangsal untuk naik feri ke Gili Trawangan. Jadual feri untuk ke Gili Trawangan berakhir sebelum pukul 5 petang. Lepas 5 petang dah takde feri ya. Masa dalam perjalanan ni lama jugak, dekat 2 jam lebih ke Pelabuhan Bangsal. Melalui hutan rimba yang tebal, gunung ganang. Banyak jumpa monyet di tepi jalan. Nak termuntah pun ada curam sangat bukit bukit di sini.
Sampai di Pelabuhan Bangsal jam 3 petang. Tiba di jeti pelabuhan bangsal,terus masuk ke kaunter dan beli tiket feri. Kalau anda nak naik speedboat pun ada, syarikat persendirian punya kot. Harganya lebih mahal. Husniey ada terbaca pengalaman orang lain ada yang terkena sampai 200k - 400k Rp sehala. Hmm mahal sangat tu. Mohon berhati-hati disini ramai ulat tiket. Ada yang menjual tiket bot persendirian, ada juga yang akan datang promote suruh beli pakej (snorkeling dan jalan jalan).
Kalau anda tak nak, sila menolaklah cara baik 😊
Servis pemandu yang husniey upah tu berakhir di Pelabuhan Bangsal. 2 hari sahaja menggunakan servisnya. Di Gili Trawangan husniey tak gunakan apa-apa pakej pun, bergerak sendiri sahaja memang niat nak explore sendiri di Gili Trawangan
Jam 3.40 petang barulah penumpang penuh. Lalu feri awam bertolak ke Gili Trawangan.
Feri awam ni okay je, tak rasa mabuk pun. Tak ada pun bergegar teruk. Slow and steady je. Perjalanan untuk ke Gili Trawangan menaiki feri awam ni, memakan masa lebih kurang 40 minit. Kalau korang naik bot laju lagi jimat masa. Husniey saja nak merasa dekat dengan penduduk tempatan. Lagi pun memang jauh lebih jimat. Travel like a local, Gituu! 😍
Tiket feri awam, nak ke Gili Trawangan @ Gili Air @ Gili Meno |
Harga tiket feri umum 15k Rp sahaja tapi ada macam kena bayar apa ntah lupa pulak, kena rujuk gambar di atas ~ |
Harga tiket feri awam ke Gili Trawangan murah sahaja iaitu cuma 45k Rp = RM 12.70!
Ini jumlah tiket berdua. Jauh lebih murah dari tambang feri untuk ke pulau dekat Malaysia, opss 😂. Masa hari keempat nak balik ke tanah besar, (dari Gili Trawangan ke Pelabuhan Bangsal) kami memilih merasai bot yang laju sikit. Tapi yang ni lagi rileks je. Macam naik feri jugak.. Serius best. Harga pun tak mahal sangat. Tiket dibeli di kaunter tiket feri juga
Bagi yang mabuk laut, atau jika anda ingin membawa anak kecil travel ke Lombok tak perlulah risau sebab memang rasa macam naik kenderaan atas darat.
Diaorang punya buatan bot tu terbaik, stabil dan kukuh. Redah ombak tak rasa pun.
Tiba di jeti, terus boleh pilih nak bergerak macam mana ke resort anda.
Husniey dan tuan suami hanya berjalan kaki. Di Gili Trawangan tak ada kenderaan seperti kereta dan motosikal. Pengangkutan yang ada cuma berkereta kuda (dipanggil Cidomo), berbasikal, dan berjalan kaki
Di Gili Trawangan pula husniey memilih menginap di Gili Amor Boutique Resort. Dekat dengan jeti. Tak sampai 5 minit jalan kaki ke resort. Nantikan review resort ni, memang best sangat menginap disini. Suasananya resort yang elegan, staf yang ramah mesra
Duit belanja yang berkait pada entri ini;
- Beli minuman herba tolak angin 25k Rp (RM 7.06)
- Ojek di Benang Kelambu (2 Ojek) 70k Rp (RM 19.70)
- Beri tip pada tour guide Irwan 100k Rp (RM 28.20)
- Tip driver Yusuf 100k Rp (RM 28.20)
- Tiket feri umum ke Gili Trawangan 45k Rp (RM 12.70)
- Jumlah belanja (2 pax) RM 95.86
Husniey Husain
I'm Malaysian. Writing and sharing about my experience, travel ke dalam negara dan luar negara, review products, tempat makan, and also writing about random thoughts. Any collaboration, invitation, events please email me at husnieyg@gmail.com
14 comments
Allahu...tak berezeki nak pergi....bila dapat tengok gambar pun dah seronok sangat kak PC ni....tak tengok depan mata...gambar pun satu nikmat.Terima kasih Husniey perkongsian ni...
ReplyDeleteCantiknyaaaaaaaaa air terjunnnnnnn!!
ReplyDeleteWahhhhhh bestnyaaaaa! memang cantik betul Irwan tu ambil gambar! mesti rasa puas je tengok gambar yang cantik masa kat Lombok...
ReplyDeletecantiknye. Ray last year x jd nak pegi. x de peluang lg nak jejakkan kaki ke lombok.
ReplyDeletecantiknya husniey view kat air terjun ngan sawah tu..
ReplyDeletewaalaikumussalam. ya Allah. cantiknya! memang menarik sangat. dah la nama air terjun pun dah unik sangat ^_^
ReplyDeleteya allah cantiknyaa kat sana Husniey, bestnya dapat g jalan tempat orang kan..
ReplyDeletedan untung dapat tour guide yg pndai amik gmbr,xde la ralat sgt kan..hee
Subhanallah, cantik dan indah bumi Lombok ni. Zumal followback #319 di sini...
ReplyDeleteternyata sudah sampai tempat saya juga
ReplyDeleteCantik cantik dan cantik. Bila lah nak travel ngan husniey pula ni. Mesti seronok :)
ReplyDeleteHusni lawa la kawasan hutan2 tu.. Nak pergiiiii.. Jeles tgkkk 😉
ReplyDeletebestnya dapat gi tempat tempat macam ni!
ReplyDeletepemandangan kampung kat sana macam lebih kurang kat sini jugak kan.. Lombok ni sesuailaa orang ada partner pegi. boleh lovey dovey =D
ReplyDeleteview air terjun tu nampak cantik
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.