Cerita Aidilfitri 1439H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Alhamdulillah berjaya sudah kita selesaikan ibadat berpuasa selama sebulan Ramadan harit...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Alhamdulillah berjaya sudah kita selesaikan ibadat berpuasa selama sebulan Ramadan haritu 😍


Harapnya tak terlambat untuk husniey mengucapkan. Salam Aidilfitri 1439H dan mohon maaf andainya terdapat kekhilafan sepanjang mengenali kalian

Seronok sungguh dapat mengenali ramai rakan blogger yang baik dan positif. Alhamdulillah, semoga ukhuwah ini berpanjangan ya 💕

Cerita Aidilfitri husniey kali ini biasa biasa saja, kalau tahun lepas husniey dan tuan suami memilih untuk beraya sambil bercuti di negara Jepun, tahun ini pula kami memilih beraya di kampung belah suami terdahulu. Tak jauh pun dekat je cuma beberapa minit 😂

Mula buat persiapan untuk hari raya dua hari sebelum tamat berpuasa. 
Goreng kacang tanah untuk buat kuah kacang. Pertama kali husniey mencuba buat sendiri. Alhamdulillah menjadii

Kuah kacang by husnieyhusain 😚

Tuan suami cakap "sedapp lah sayang buat kuah kacang, dah macam arwah tok buat". Tu dia kembang semangkuk dengar pujiannya. Bila dipuji ni makin bertambah rajin dan semangat si isteri. Haa mak mertua pun puji sedap kuah kacang husniey, menjadi cukup rasa. Hilang penat bila orang puji ni kan 😛

Saat akhir sebelum nak beraya,
husniey rasa nak buat nasi ayam untuk dimakan di pagi raya. Pukul 4.30 pagi bangun siapkan menu nasi ayam 💪
Nasi Ayam by husnieyhusain (Gambar air lada lupa nak ambil) 

Sebenarnya keluarga mertua tak tahu kami akan beraya bersama mereka. Malam raya tu barulah buat kejutan.
Itu pun sebab husniey siapkan sate ayam, buat kuah kacang dan nasi impit serta sediakan beberapa bungkus sosej yang diperap. Jadi aktiviti malam raya membakor sate lah. Semua persiapan disediakan husniey dan tuan suami.
3 ekor 1/2 ayam berjaya disiang dan dipotong serta diperap. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Seronok dapat gembirakan keluarga suami

Tema Hari Raya Aidilfitri

Tema baju raya tahun ni berwarna biru lembut @ dikenali dengan warna mint.
Haa yelah kot mint. Masa buat persiapan,
beli baju kurung husniey terlebih dahulu kemudian baru beli baju melayu tuan suami. Dah 2 tahun suami beraya pakai baju kurta je lama tak tengok dia pakai satu set lengkap baju melayu di hari raya




Alhamdulillah tuan suami merasa yakin dan tampil kacak betul di hari raya lepas tu siap feeling macam pengantin baru, padahal dah 4 tahun kahwin! Hehe 🤣

Tema raya kedua berbaju coklat.
Baju coklat husniey asalnya cuma blaus labuh tapi diubahsuai menjadi seperti baju kurung😂


Macam mana cerita raya awok semua? Mesti meriah kan? Husniey simple jelah. Kiranya cuma ada 2 pasang baju raya sahaja. Ngee ☺️

Bermula pagi raya kedua dan raya ketiga husniey menyibukkan diri membantu persiapan  kenduri kahwin sepupu husniey di Kerteh, Kemaman 

Kemudian pada hari raya keempat kelima keenam adalah misi jalan jalan cari makan di Hatyai dan Penang (Backpack sendiri) 

Boleh tengok gambar di media sosial husniey (Facebook | Instagram)

Nantikan cerita jalan jalan husniey tu ya, doakan mood rajin menulis datang dan moga husniey istiqamah menulis perkara yang memberi manfaat ❤ 🤗

Thank you baca entri ini.
Salam Syawal semuanya!
Kalau nak jemput ke rumah terbuka tu silalah, rayakan sebulan 😋
Haa jangan lupa berpuasa sunat enam hari

You Might Also Like

15 comments

  1. selamat hari raya kak husniey.cantik baju kak.

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya husniey..:)

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri Husniey....meriah..wow kuah kacang..sedap tu makan dengan ketupat..

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri HH..
    Seronok tengok HH beraya bersama keluarga mertua..
    Penuh dengan aktiviti bersama keluarga, meriah sungguh..

    ReplyDelete
  5. salam aidilfitri..sedap menu nasi ayam tu

    ReplyDelete
  6. salam aidilfitri husniey... husniey mmg rajin masak... bak sini skit.... hehe.... cantik tema coklat tu....

    ReplyDelete
  7. Nampak segak abe husniey berbaju melayu haa. Tahun ni geng lelaki ana pakai kurta je. Hehe

    Wah meriah menu tu. Pandai husniey masak haa. Boleh lah rasa air tangan husniey nanti.

    ReplyDelete
  8. waaaau ada macam2 hidangan la rajin sediakan. CT suka outfit yang kedua. warna tudung lawa =D

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya akak.. masih belum trlambat kan busyra nak wish. hehe

    ReplyDelete
  10. selamat hari raya, husniey.
    wah, last year ke jepun? alhamdulillah :) nikmat nyer dpt beraya di negara org.
    thn ni pun first time aida buah kuah kacang sendiri.
    tapi tak le gigih menumbuk dan sangai kacang ha ha ha ha beli yg da siap kat pasar.

    ReplyDelete
  11. salam aidilfitri :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  12. waaa pndai mu masok husnieyyyy. nanti kito wat trip, duk apertment, bwk noxxa, mu masok deyh. hehe

    ReplyDelete
  13. selamat hari raya husniey..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.