6/29/2018 05:56:00 pm
Explore Lombok [Penginapan Yang Selesa dan Murah di Sengigi Lombok]
6/29/2018 05:56:00 pmBACA ARTIKEL BERKAITAN: >> EXPLORE LOMBOK DAY 1 (BEAUTIFUL BEACHES IN LOMBOK) << Penginapan Pertama di Lombok, Sen...
Penginapan Pertama di Lombok, Sengigi
Best and Cheap Hotel in Sengigi, Lombok
Hotel pertama husniey menginap semasa misi explore Lombok April lalu ialah di kawasan Sengigi. Sengigi terletak di Lombok, Indonesia, Nusa Tenggara Barat. Berada di bahagian belah pantai barat Lombok. Mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit dari Lapangan Terbang, dan kedudukannya ditengah - tengah, senang nak melawat ke mana-mana destinasi menarik.Selalunya Sengigi menjadi lokasi pilihan untuk pelancong menginap
semasa mengembara di Lombok selain menginap di Gili Trawangan
Lombok Sengigi Hotel
Selepas seharian berjalan melawat beberapa pantai yang indah pada hari pertama,husniey dan tuan suami dibawa driver yang kami upah ke hotel yang telah ditempah awal.
Kali ini husniey menggunakan khidmat Airasiago. Kalau nak jimat rasanya AirasiaGo murah.
Kalau ada bajet lebih husniey akan guna Agoda tu pun sebab nak kumpul Airasia Big Point.
Kemudahan di Lombok Sengigi Hotel
Hotel 3 bintang ini menyediakan kemudahan
- Sarapan pagi
- WiFi percuma
- Restoran
- Kolam
Terdapat juga kemudahan asas seperti bilik dilengkapi penghawa dingin, tuala, tempat sidai pakaian, almari dan lain lain
Dalam bilik dan kelengkapan yang ada ~ |
tapi husniey suka suasananya, bilik bebetul mengadap kolam renang.
Haih tenang tau duk lepak luar bilik tu sambil duk layan wifi
Kiranya kalau anda stay sini kebanyakan bilik ialah; Garden view + Pool view 😍
Laluan ke bilik ~ |
Sarapan Pagi di Lombok yang super sedap! |
Harga satu malam menginap di Lombok Sengigi Hotel ini ialah RM 123.65 💰
Berbaloi bukan? Tak perlu belanja penginapan terlalu mahal. Pilih yang mampu sahaja sudah cukup puaskan hati
Lokasi Hotel Ini
Terletak berhampiran Pantai Sengigi, berjarak 10 minit berjalan kaki dan
Pasar Seni Senggigi. Pura Batu Bolong adalah 1.1 batu (1.7 km) jaraknya
Boleh rujuk ke peta yang dikongsikan dibawah ini