Motivasi/ Peringatan
Ramadhan
Salam Ramadan 1439H
5/17/2018 08:08:00 amDi kesempatan ini husniey ingin memohon maaf andainya terdapat kekhilafan sepanjang mengenali kalian. Tak kisahlah kita tak pernah berjumpa atau pun tak kan😅
Ramadan 2018 masih lagi berdua, mungkin pada mata orang lain
"alah bilalah kau ni nak bertiga bereempat kan." Untuk persoalan begini husniey tiada jawapan.
Allah saja yang tahu bila waktunya. Bagi husniey dan suami tak kisahlah tatkala menghadapi waktu susah atau senang paling penting ialah kami tetap merasa bersyukur. Alhamdulillah dengan keadaan ini ada yang diuji lebih teruk. Berpuluh tahun menanti pasangan, hidup sebatang kara.
Moga dengan merasa cukup (Qanaah), Allah akan tambahkan lagi nikmat yang lain ☺️
Tiap kali tiba Ramadan, husniey teringatkan insan insan yang telah tiada di dunia ini. SubhanaAllah rindunya! Orang yang baik ni, bila meninggalkan dunia kita terasa seperti mereka masih ada, cuma mungkin jasadnya sahaja tak ada. Tapi kenangan dan auranya sentiasa dalam ingatan. Al-fatihah untuk yang telah pergi. Ayah mertua, kedua nenek dan atuk, bapa bapa saudara tersayang 😥 Ramai yang telah pergi mengejut..
Itulah ajal, giliran kita dijemput tak tahu pula bila
Dalam 11 bulan yang ada sepanjang tahun, mungkin tak sedar banyak khilaf yang telah kita buat. Dijadikan 1 bulan ini (Ramadan) untuk menyucikan jiwa dan banyakkan bertaubat, dan Allah juga sediakan ganjaran hebat. Memanglah kita tak nampak di dunia ni, tapi insyaAllah di akhirat nanti kita akan lihat hasilnya
Jangan lupa ya
❌ Kurangkan mengumpat dan bergosip
❌ Kurangkan bercakap perkara mengarut
✔️ Lazimkan dengan zikir / mengaji / solat sunat
✔️ Bersedekah
✔️ Membantu urusan isteri di rumah
✔️ Banyakkan berdoa untuk diri kita, keluarga dan saudara seIslam di seluruh dunia.
Di Palestin sedang berlangsung peperangan kerana yang terkini Amerika Syarikat baru beberapa hari mengisytiharkan Baitulmuqaddis menjadi ibu negara Israel, dan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Jerusalem.
Ramai saudara kita yang terkorban. Allahuakbar. Sungguh kita sedang berada di akhir zaman ðŸ˜
Untuk maklumat terkini boleh lihat di Facebook Page: Aman Palestin
DOA QUNUT NAZILAH |
Apakah maksudnya?
Iaitu bulan istimewa dan yang mulia.
Terdapat banyak keistimewaan antaranya ialah:
1. Terbuka luas pintu taubat
2. Dilipat gandakan pahala kebaikan
3. Dan paling hebat adalah Lailatulqadar.
Jadi jawabnya ialah الله اَÙƒْرَÙ…ُ Allahhu Akram (Allah Maha Pemurah/Dermawan/Mulia)
Sebab Allah lagi Maha Pemurah, Maha Mulia dan Penyayang, menganugerahkan bulan Ramadan serta pelbagai keistimewaannya buat kita
11 comments
Salam Ramadhan Kareem Husniey...sebak kak PC bila mengenangkan Palestin..kita sama-sama mendoakan mereka..
ReplyDeletesalam ramadhan kareem Husniey..")
ReplyDeleteSalam Ramadhan Kareem HH..
ReplyDeleteSeronok baca kelebihan bulan Ramadhan.. Syukur kita dapat tempuhi bulan Ramadhan ini..
Semoga kita diberi peluang untuk menambah amal ibadah kita dalam bulan yang mulia ini..
Salam Ramadhan!
ReplyDeleteSalam Ramadhan Kareem :)
ReplyDeletehttp://mylittlestoryi.blogspot.my/
Ramadan Kareem Husniey. Semoga sihat dan ceria selalu. Jom sama2 tingkatkan amal ibadah kita.
ReplyDeleteRamadhan Kareem ya ukhti .. eleh cakak Arab pulak kite hehehe .. Selamat Berpuasa !
ReplyDeleteSalam Ramadhan Husniey, semoga kita terua istiqomah perbaiki diri dan amal kan.. aamin ya rabb..
ReplyDeleteSalam ramadhan husniey..
ReplyDeleteSalam kenal..
Kalau sudi follow balik naaa..
www.iradzahir.com
rasanya belum trlambat untuk busyra ckp selamat menjalani ibadah puasa.. hehe
ReplyDeleteSalam Ramadhan dan salam kenal ♥ ^^
ReplyDelete-Wanie
Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.