Resepi
Resepi Minuman Sedap | Air Buah Naga Float Sedap Teruk
5/31/2018 05:54:00 pmLajunya masa, rasanya macam masih baru berpuasa. Lagi beberapa hari akan masuk 20 hari berpuasa. Tiktoktiktok kejap je nanti dah nak raya kan? Bulan puasa ni mesti korang suka bancuh air sedap sedap untuk berbuka, rasa lega sangatlah kalau dapat minum air buah yang segar! 😍
Baru baru ini husniey balik kampung dan beli buah naga di Marang masa dalam perjalanan balik. Fresh lagi buahnya. Husniey suka singgah di area Pulau Kerengga, Pasir Puteh, Marang.
Sini banyak hasil dari ladang buah penduduk tempatan yang dijual terus. Murah murah pulak tu. Jagung, tembikai, labu. Kalau musim buah memang meriah kawasan ni
Antara buah buahan yang ada dijual
Tembikai. Ni kulit cantik lagi menandakan buah masih baru. Kalau tak silap ini buah tembikai yang isinya kuning
Malam tu lepas balik berterawih si adik bongsu husniey, Engku Hidayati dengan rajinnya ke dapur buat air. Kreatif betul caranya buat tu. Jom tengok bahan dan caranya 😊👇
Bahan-Bahan yang diperlukan
- Buah Naga bersaiz sederhana - 2 biji
- Susu pekat - Agak agak je
- Ais
- Aiskrim vanilla
Cara-Cara Membuat Air Buah Naga Float
1) Potong buah naga dan blend buah terlebih dahulu2) Masukkan ais ke dalam blender dan blend bersama buah naga tadi
3) Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit
4) Tak perlu campur air ya, sebab buah tu dah lembut dan ada airnya tersendiri
5) Dah siap! Enak sungguh digandingkan bersama aiskrim vanilla dan sedikit buah naga yang dipotong halus sebagai topping 😍
Sesuai juga untuk minum semasa berbuka puasa! Sekian semoga bermanfaat ❤️
BACA ARTIKEL LAIN DISINI:
14 comments
masa duduk kat Kuala Berang ritu ya rabbi tembikai sebijik rm4 apekah ?? kat Penang ni suku biji dah lebih rm4.. syiok dok sana makan buah hari2..
ReplyDeletetergodanya tengok naga float ni!
ReplyDeletesedapnya air.. uwahhhh blog berwajah baru.. comel2
ReplyDeletenampak sedap tu husniey.baru 2 hari lepas berbuka dengan jus buah naga.beli kat bazar.
ReplyDeleteJanji Kita
wahh sedappnya jus buah naga ni.Kalau minum pada waktu berbuka puasa ni.rasa segar je badan.
ReplyDeleteFresh ni...Ya Allah..pulak kombinasi dgn aiskrim vanilla.
ReplyDeletemenariknya warna dia
ReplyDeletewah sedapnya.. berkhasiat pula tu
ReplyDeletehduiiii sedapny husni, tgk warna purple tu sama ngn blog husni... hihi
ReplyDeletesedapnyaaaaaa... haihh. kat kuantan,mcm takjumpa lagi buah naga ni.Dia ada musim ke erk buah ni
ReplyDeletesejuk tekak kalau minum air naga float ni.. hehehe. thanks for sharing dear.. salam singgah~
ReplyDeleteSedapnyaaaaaaa......Boleh try ni husniey sebab buah naga ada je stok dalam peti.
ReplyDeletenapok kena try ni. adoiiii
ReplyDeletewahhh sedapnya. kena cuba ne nnt. heeee
ReplyDeletejemput datang ke blog MB https://missbaybeeboo.blogspot.com/ dan join giveaway. TQ^^
Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.