Event
Terengganu
Unilever Food Solutions
Chefmanship Akademi Mendidik Pengendali Makanan (Pengurusan Sisa dan Lebihan Makanan Sebelum Bulan Puasa)
5/18/2018 06:06:00 pm15 Mei 2018 | Unilever Food Solutions bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sejajar dengan rancangan Kehidupan Lestari untuk mengurangkan pembaziran makanan anggaran 8,000 tan sehari di Malaysia
Program dimulai dengan Forum dari pihak MBKT, Jabatan Kesihatan dan turut hadir seorang pendakwah untuk menyampaikan mesej kepada para pengendali makanan.
CA menekan pada usahawan yang bijaksana dan membantu pengendali makanan mempelajari tentang kualiti makanan, perkhidmatan dan efisiensi supaya boleh menjadi cef yang lebih baik
Matlamat utama yang ditetapkan oleh Unilever Sustainable Living Plan (USLP) adalah untuk meningkatkan tabiat kesihatan, kesejahteraan dan kesihatan di Malaysia.
Gambar ketika ucapan Ketua UFS
Ketua Negara UFS Malaysia, Nusrat Perveen berkata di upacara pelancaran:
“UFS memulakan program pertama CA 2018 bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk kali pertama dan melibatkan an lebih daripada 1,000 pengendali makanan yang berkongsi melalui CA.”
Nusrat berkata bahawa berdasarkan data dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 2016, rakyat Malaysia membazir makanan berjumlah 15,000 tan setiap hari, di mana 8,000 tan adalah sisa dan lebihan makanan, 3,000 tan anggaran adalah makanan yang masih boleh dimakan dan makanan dibazir menterjemah kepada hampir 1.1 juta tan setahun
CA-TRG27: Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Mohd Adzhar bin Mohd Zahari (dua dari kanan) dan Ketua Negara Unilever Food Solutions Malaysia Nusrat Perveen (kanan) dalam pelancaran Program Akademi Chefmanship di Stdium Negeri, Kuala Terengganu baru-baru ini
UFS telah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seluruh Malaysia. Untuk Lembah Klang, pelbagai sesi CA telah dilanjutkan dengan jayanya bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS),
Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Klang & Pantai.
Program CA juga turut telah bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Nusrat berkata, “Chefmanship Akademi dari Unilever Food Solutions merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia. Dari titik permulaan dengan penglibatan 400 orang, kini anggaran lebih daripada 43,000 pengendali makanan sudah terlibat dalam CA
Antara produk yang dikeluarkan oleh UFS: Lady's Choice, Knorr, Lipton, Planta dan banyak lagi
UFS Malaysia berganding bahu dengan PBT utama dan organisasi swasta supaya meningkatkan teknik pengendali makanan yang terlibat dan memperolehi pandangan mendalam untuk pergurusan makanan, menjimat masa dan beroperasi lebih berkesan terutamanya dengan pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.
Ini akan meningkatkan kesedaran pengendali makanan tentang perkembangan baru dalam industri dan membantu mereka memahami keperluan peraturan dengan mendalam.
CA menggabungkan maklumat terkini dengan penyelidikan industri supaya dapat menyediakan pengalaman yang meliputi lebih daripada 100 topik, termasuk cara meningkatkan teknik memasak dan membangunkan praktis bisnes yang sesuai.
“Dengan mengadakan Chefmanship Akademi, UFS menyasarkan supaya kesihatan orang ramai tidak terjejas apabila bersantap di luar. Penyedia makanan akan membantu dalam memartabatkan kebersihan makanan dan tidak mengutamakan kemudahan dan keuntungan sahaja, terutamanya semasa bulan berbuka puasa di mana sudah menjadi kebiasaan dan keselesaan orang ramai untuk mengunjungi gerai makanan Bazar Ramadhan,” Nusrat kata.
Nusrat berkata, “Penggunaan peluang ini untuk mencipta rangkaian dengan WeChat oleh UFS bukan sahaja menyediakan komunikasi yang bertambah baik, tetapi juga untuk memberi serta menyampaikan informasi dan garis panduan cara-cara menjadi pengendali makanan yang lebih baik.
“Laman web UFS akan menunjukkan pelbagai kandungan rangkaian yang digemari oleh pencinta makanan atau cef supaya mereka dapat melayari semasa masa lapang, termasuk inspirasi cef tentang resipi baru, produk dan perkhidmatan yang dicipta oleh cef untuk cef sahaja,” Nusrat kata
Nusrat berkata lagi bahawa laman web kerap disegarkan dengan kemudahan link terus ke laman web utama, www.unileverfoodsolutions.com.my.
Sempat bergambar bersama Blogger Jemputan dan PR Program UFS.
Thank you for invite us ❤️
Unilever Food Solutions –
Unilever Food Solutions - Who We Are?Unilever Food Solutions is the food service division of Unilever
Our ingredients are some of the staples of professional kitchens in 74 countries around the world: Knorr, Lady’s Choice, Lipton, Planta and more. We provide products that save precious prep time in the kitchen, without compromising on flavour or flair. We’ve been in food since the 1880s. We’re chefs ourselves. So we understand that critical balance between impressing your guests and making a profit. And how to keep your menus and recipes fresh and exciting, as times and tastes change.
Unilever Food Solutions is committed to sustainable growth whilst making a positive impact on the food service industry. That means creating healthy, nutritious ingredients using sustainably-sourced packaging that generates less waste. It also means providing services that help chefs and operators run a more sustainable kitchen with healthier menu options for diners. It’s a socially and environmentally friendly way of doing business.
7 comments
Moga kadar pembaziran dapat diminimumkan.
ReplyDeleteAllhamdulillah.... dah makin byk produknya. bagus la buat cam ni tuk elakkan pembaziran makanan, nak nak bualan puasa ni byk sgt kat pasar ramadhan buang mkanan kan...
ReplyDeletebagus event ni sebab dapat membuka mata kita betapa banyaknya pembaziran di Malaysia..huhu.
ReplyDeleteAlhamdulillah program macam ni bagus diadakan untuk promote kesedaran kepada orang awam
ReplyDeletedapat pun jumpa kak husni dan kak gee.
ReplyDeleteAlhamdullilah, bagus ada program macam nie kan..
ReplyDeletebagus la event mcm ni.. dpt elakkan pembaziran makanan..
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.