Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Oleh Ancasa Royale Pekan, Pahang

ANCASA ROYALE PEKAN, PAHANG CERIAKAN ANAK-ANAK YANG KURANG BERNASIB BAIK Sumbangan Duit Raya & Baju Raya kepada 50 orang  Anak...

ANCASA ROYALE PEKAN, PAHANG CERIAKAN ANAK-ANAK YANG KURANG BERNASIB BAIK

Sumbangan Duit Raya & Baju Raya kepada 50 orang 
Anak Yatim & Asnaf SK Sri Maulana

Assalamualaikum dan Salam Ramadan, baru-baru ini pada 19 Mei husniey dan juga beberapa rakan blogger / media yang lainnya berpeluang berbuka puasa di Ancasa Royale Pekan. 
Seramai 50 orang anak yatim dijemput dan diraikan. 


Majlis berbuka puasa ini diadakan di Saffron Brasserie Ancasa Royale Pekan berjalan dengan lancar dan berlangsung dalam suasana meriah serta penuh keinsafan, ia bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah yang sedia terjalin di antara pelanggan setia Ancasa Royale Pekan serta penduduk setempat daerah Pekan. Di samping itu ianya juga salah satu cara untuk mendekati golongan yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan tersebut. 

Warga kerja Ancasa Royale Pekan turut berganding bahu memasak bubur lambuk diagihkan kepada 500 orang penduduk daerah sekitar Pekan serta pelanggan setia yang menyokong Ancasa Royale Pekan sejak dari penubuhan hingga ke hari ini

Sesi berikan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset UDA, YBhg Datuk Tajuddin Mohamed dan diiringi oleh Naib Presiden Kanan, Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azam Khan serta Pengurusan Kanan Ancasa Hotels telah menyampaikan sumbangan berupa duit dan baju raya kepada 50 orang anak yatim. Pada masa yang sama juga, sumbangan berupa barangan keperluan untuk anak-anak yatim turut diagihkan hasil sumbangan daripada ADABI untuk kegunaan anak-anak yatim sepanjang bulan puasa.

Menurut Encik Shah Azam, “Konsep memberi atau bersedekah patut diterapkan secara konsisten bukan sahaja pada bulan Ramadan bahkan pada bulan-bulan lain juga kerana amalan bersedekah dapat meningkatkan nilai-nilai murni peribadi kita di samping mempererat kemesraan di kalangan masyarakat tanpa mengira taraf dan darjat,” 




Sekitar majlis berbuka puasa bersama anak yatim 

para blogger di meja yang disediakan

Aneka juadah yang ada di Buffet Ancasa Royale Pekan :D

Usai sahaja azan maghrib para tetamu yang hadir berbuka puasa dengan pelbagai hidangan yang enak berkonsepkan ‘Kampung Boy’yang pastinya memang menggamit nostalgia zaman kanak-kanak sewaktu di kampong halaman serta keenakan berbuka dengan masakan bonda

Sempat bergambar kenangan bersama Blogger Pahang šŸ˜Š 

Kepada para pembaca blog husniey ni atau sesiapa saja yang mana ingin merasa masakan persis air tangan ibu, anda bolehlah mendapatkan baucer Ramdan Buffet Hotel Ancasa Royale pada harga RM 68 untuk dewasa dan RM 40 untuk kanak-kanak. Harganya berpatutan dan berbaloi, terdapat banyak jenis lauk pauk, hidangan pencuci mulut yang pelbagai. Servis juga bagus :)


MAKLUMAT LANJUT UNTUK TEMPAHAN

TALIAN: 09-424 6600

WEBSITE: www.ancasahotels.com

You Might Also Like

15 comments

  1. Alhamdullilah, bagus ya ada program berbuka puasa dengan anak yatim n asnaf. Tahniah Hotel Ancasa Royale, Pekan, Pahang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tahniah pada hotel tersebut.. Jarang jumpa pihak hotel yang anjurkan.. Selalunya syarikat mana2 datang buat event kan.. šŸ˜Š

      Delete
  2. alhamdulillah bagus program mcm ni.. lepas tu dpt jmpa blogger2 lain.. seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, itulah kan Busyra, peluang untuk berjumpa sesama Blogger bila ada program macam ni.. šŸ˜

      Delete
  3. Alhamdulillah. Tahniah warga Ancasa Pekan atas aktiviti yang dijalankan. Sama2 meraikan mereka yang tidak bernasib baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Seronok tengok anak anak yatim diraikan

      Delete
  4. Sedap kannn hehe. Tak cam sebenarnya haritu tu husniey sebab rasanya husniey org ganu šŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sungguh menu menu di buffet tu Syed weh,

      Haha memanglah orang ganu, tapi dekat je kebetulan balik rumah mak dari Kemaman ke Pekan 1 jam lebih gitu

      Delete
  5. Nikmat luar biasa ni berbuka bersama-sama ank yatim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat luar biasa kak pc.. Alhamdulillah, bukan senang kan nak dapat peluang macam nišŸ˜Š

      Delete
  6. Alhamdulillah. Makin murah rezeki jika bersedekah kpd anak2 yatim ni.

    ReplyDelete
  7. As the admin of this web site is working, no question very rapidly it will be famous, due to its quality contents.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.