Meluangkan Masa di Kampung Halaman

Hai Assalamualaikum dah masuk April, cepat betul masa berlalu mohon maaf kalau kurang blog walking di blog kalian pada Mac yang lep...


Hai Assalamualaikum dah masuk April,
cepat betul masa berlalu mohon maaf kalau kurang blog walking di blog kalian pada Mac yang lepas..
Agak sibuk sedikit dengan pelbagai urusan, selalunya husniey akan jalankan tanggungjawab sebagai blogger dengan membaca entri kalian dan meninggalkan komen, cuma husniey akan cari masa yang sesuai 

Blog walking dan berblogging tidaklah membebankan, cuma bila husniey ada komitmen lain yang lebih penting akan diutamakan urusan yang penting terlebih dahuluHusniey pulang ke kampung di Kemaman pada petang Khamis lalu. Kebetulan tuan suami mempunyai urusan perniagaan di Kuala Lumpur, jika sebelum ini husniey akan mengikutnya tapi kali ini berbeza sedikit. Tuan suami perintahkan husniey pulang ke kampung. Hahaha ternyata bagus juga idea tuan suami, bolehlah meluangkan masa lebih sikit dengan keluarga. Walau setiap bulan kami balik kampung tapi selalunya kejap, orang kata tak panas punggung pun
Bila diberi lampu hijau oleh tuan suami, dapatlah buat pelbagai aktiviti bersama keluarga tersayang 😍

Jumaat 30 Mac, last minute plan terasa nak mandi-manda. Sebenarnya hampir setiap kali di kampung kami memang akan berbual "hm best ni kalau dapat mandi air terjun," hehe 😂
Jumaat lalu memang nekad habis walaupun dah lewat petang.. hahaha sepatutnya gerak lebih awal tapi dah sibuk buat aktiviti kat rumah..


MINI AIR TERJUN @ TAMAN REKREASI BUKIT KEMUNING 💕


Taman Rekreasi Bukit Kemuning terletak di mukim Kijal Kemaman,ianya merupakan hak milik persendirian macam kebun persendirian gitu.. 
Cantik dan well managed sesuai untuk berkelah,
cuma nak ingatkan kalau anda nak datang mandi beramai-ramai ia kurang sesuai, 
kawasan mandi manda agak terhad. 
Ada kolam renang untuk kanak-kanak dan pondok bolehlah bersantai. Terdapat juga kemudahan utama seperti tandas, bilik air, surau dan tempat letak kereta

Bayaran masuk kesini RM 5 seorang
Perjalanan ke taman rekreasi ini tidaklah susah, 
gunakan saja khidmat Google Maps atau Waze, 
taip 'Taman Rekreasi Bukit Kemuning'  
Dari bandar Chukai ke Kijal cuma mengambil masa 20 minit ☺

Dari Kanan; Che Engku Husniyah, Che Engku Hidayati, Che Engku Balqis


Klik video bawah ini;


Selepas pulang bermandi-manda, husniey dan adik adik sempat singgah di Pantai Penunjuk Kijal Kemaman,
one of my favourite beach! Nak tengok permandangan cantik, baca sini selanjutnya 
Cerita di hari jumaat yang indah tidak habis disitu, tiba di rumah melihat mak ayah berada di laman, sedang bersiap memulakan operasi mengeluarkan madu kelulut dari sarangnya. Husniey tuliskan secara ringkasnya kebaikan madu kelulut antaranya ialah; meningkatkan metabolisme badan, meningkatkan daya tahan tubuh, melancarkan peredaran darah, mencegah kanser, merawat batuk selsema dan banyak lagi. Memang terasa lah kebaikan madu ni, asli segar terus telan. Hee husniey demam dan batuk pun cuba makan madu kelulut ni cepat je sembuhBoleh search google ya kalau nak tahu lebih lanjut. Kelulut ini biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang, gigih jugalah ayah cuba sedut madunya dengan cermat

VIDEO ; AYAH MENYEDUT MADU KELULUT DARI SARANGNYA


sarang kelulut 

itu dia propolisnya ~

Kena pakai pakaian yang safety, kalau tak nak disengat :D


Sabtu 31 Mac, kami sekeluarga pergi berkebun, aktiviti ini merupakan rutin mingguan
Kalau anak menantu tak dapat balik, mak ayah tetap setiap minggu akan meluangkan masa ke kebun walaupun cuma berdua. Mereka berkongsi hobi yang sama. Minat dengan bercucuk tanam, landskap dan pertanian. Bergotong royong di kebun bersama keluarga adalah suatu aktiviti yang best, masa inilah peluang husniey nak bakar lemak degil yang dah lama terselit, ngeeee :D

Inilah antara aktiviti yang akan jadi kenangan indah dalam hidup, husniey merasa senang hati bila melihat orang tua tersenyum gembira tatkala kita membantu uruskan beberapa urusan mereka, husniey tak dapat nak berikan kemewahan namun tetap cuba yang terbaik untuk buat orang tua bahagia.. Moga Allah jaga kesayangan kita selalu.. 





You Might Also Like

8 comments

  1. Replies
    1. Jom jom. Dah pandai komen sini sekarang 😂

      Delete
  2. Bestnya husniey. Mcm2 aktiviti dengan family tu. Ana pula tumpang seronok. Plg ana kagum bab ayah husniey dengan lebah tu. Tabik spring lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah Ana kalau dah ada kat kg, macam macam aktiviti yang nak buat 😂

      Ayah husniey memang suka benda mencabar gitu.. Hee

      Delete
  3. wahhh... bestnya husniey dh lama akak tak bermandi manda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugakla kak sheila lagi2 bila dengan family kan.. Carilah waktu yang sesuai nanti pi picnic dengan family mesti meriah😍

      Delete
  4. wahh seronoknya aktivit2 husniey..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.