Google Photos
Random
Reviews
Google Photos | How to Share your Original Format/Size Photos to Others People
4/30/2018 09:37:00 pm
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera para pembaca blog. Harini merupakan hari terakhir bagi bulan April, esok 1 Mei cuti hari pekerja pula kan? Husniey mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja dan bercuti 😎
Harini husniey ada sedikit ruang masa untuk menulis di blog, cuma nak berkongsi bagaimana caranya berkongsi gambar (yang asal dari telefon kita kepada orang lain). Bila anda berkongsi gambar melalui aplikasi Whatsapp gambar tu menjadi kurang cantik, tak seperti gambar asalnya. Mesti rasa tak puashati dan terdetik di hati "eh masa ambil gambar tadi sharp comel je bila tengok di telefon kita tak menjadi pulak kan?" Haha okay inilah penyelesaiannya
Yelah husniey faham, anda semua nak mudah, itu sebab berkongsi di whatsapp aje kan..
Ini antara pilihan lain selain anda berkongsi gambar di whatsapp. Baca sampai habis langkah demi langkah yang husniey kongsikan dibawah ini
Step by Step Share your Original Format/Size Photos to Others People (Using Google Photos)
Aplikasi Google Photos
1) Buka aplikasi Google Photos di telefon, biasanya telefon android sedia ada satu folder macam atas ni kan. So gunakanlah ia sebaik mungkin jangan biar ia tersadai sepi 😂
Klik pada Sharing
Klik start new share
2) Okay, nah bila dah masuk ke aplikasi Google Photos, lihat dibawahnya.
Barisan tu ada photos, albums, assistant, dan sharing. Klik pada Sharing, kemudian klik pula Start A New Share
Select Photos
3) Select Photos You Want To Share.
Suka hatilah nak pilih berapa banyak sekali pun. 10 keping, 100 keping gambar ke atas juga masih dibolehkan. Selesai pilih gambar, klik NEXT
4) Isikan maklumat ditempat kosong
To: Alamat Email Penerima (Boleh isi sehingga beberapa orang)
Title: Letakkan tajuk yang berkaitan dengan gambar. Contoh gambar dikongsikan semasa anda bercuti ke Krabi. So letaklah tajuk album tu; Travel to Krabi 2018. Sudah selesai? klik SEND
5) Uploading. Haa ada pesanan ringkas dari husniey. Sila gunakan internet yang berkelajuan tinggi so cepatlah sikit selesai nak upload photos tu 😂.
Pergilah kunjungi KFC, MCD atau lepak dimana yang ada Public WiFi yang laju, hehehe. Cadangan lain, upload lah sedikit demi sedikit jangan sekaligus ya
Contoh photos album yang dikongsikan oleh Tuan suami kepada akaun google husniey ~
6) Siap upload penerima akan dapat notifications di Email, klik pada View Album, dan buat sedikit tetapan dan sudah selesai! So bolehlah penerima download your photos direct from the albums.
Contoh gambar asal selepas di muat turun dari album di Google Photos
Contoh gambar asal selepas di muat turun dari album di Google Photos
Gambar akan cun, sharp dan bersaiz asal. Sebelum terlupa anda juga boleh tambahkan gambar yang anda inginkan pada album tersebut. Maksudnya walaupun anda bukan owner album tu, anda boleh tambahkan juga koleksi gambar berkaitan.
Okay lah sampai di sini sahaja perkongsian husniey yang tak seberapa kali ini, jika terdapat cadangan lain dan pengalaman berkenaan yang husniey tuliskan ni, tuliskan diruangan komen, Husniey sangat alukan komen dari anda
Terima kasih membaca perkongsian ini. Semoga bermanfaat ya! 😊
20 comments
Good sharing Husniey, baru Kak Sue tau. Boleh cuba nanti nie..
ReplyDeleteTerima kasih kak sue..semoga bermanfaat ya 😍
Deletekin pun dah lama guna Google Photo ni, serius mudah sangat nak share gambar dengan semua org.
ReplyDeleteKan mudah je.. Hehe btw husniey baru tahu bulan lepas.. Baru explore.. 😂
Deletethanks you for sharing
ReplyDeleteWelcome Rabia 😊
DeleteBaru tau ada cara lain. Selalu Ana Bluetooth je. Leceh dan slow. tq for sharing Husniey.
ReplyDeleteAah bluetooth agak slow kan.. Lagilah kalau file tu bersaiz besar
DeleteOo kalau iphone dia ad sharing airdrop. Cantik gambor tk jejas pixel. Hih
ReplyDeleteBaru tahu ni, boleh lah husniey beritahu pada kawan2 yang guna iPhone.. Thank you kak yunie👍
DeleteBaru tau, selama ni mai guna facebook setting only me tu untuk transfer gambar untuk edit blog. hehe. Tp kualiti mmg drop.
ReplyDeleteWah bijak juga cara Mai tu, so kita boleh share photos buat album kenangan secara rahsia disitu 😍 aah lah kan bila nak download gambar tu balik droplah..
DeleteNice sharing.. baru tahu..
ReplyDeleteThank you kak ☺️
DeleteKalau dari Android ke iPhone camne ek? 🤔
ReplyDeleteHaha tak pasti Siqah, maybe kot ada solusi contohnya install apps Google Photos or Google Drive di iphone
Deletegood sharing.
ReplyDeleteJanji Kita
Terima kasih membacanya 👍
Deleteoh baru tahu boleh share mcm nie. tq sharing this info.
ReplyDeleteHusni, if sudi . Jemput join GA Nadia . hihi . Thank you <3
http://www.nadiaizzaty.com/2018/04/spring-duck-giveaway-by-blog.html
Aah senang nak share gambar berkualiti kan..
DeleteInsyaAllah nanti husniey menyusul ya.. 👌😍
Thank you jemput kita
Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.