Agro Tourism
Perak
Travel
BAGAN DATUK; INDUSTRI AGRO PELANCONGAN BERPOTENSI TINGGI
4/05/2018 09:26:00 am
Bagan Datuk
secara rasminya telah menjadi sebuah daerah bagi negeri Perak, di kiri dan kanan
semasa perjalanan dikelilingi dengan permandangan desa yang indah dan permai. Kelapa,
ia merupakan buah yang menjadi simbolik Bagan Datuk. Raub terkenal dengan buah
duriannya, manakala Sekinchan dan Kedah terkenal dengan padinya. Kelapa di
Bagan Datuk popular dengan buahnya yang berkualiti tinggi dan antara yang
terbaik di Malaysia sehinggakan dieksport ke luar negara. Industri agro
pelancongan di Bagan Datuk terlihat berpotensi tinggi untuk lebih maju jaya.
Sehubungan
dengan itu, Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) memberi peluang kepada media,
blogger, dan influencer untuk meninjau lebih lanjut potensi agro pelancongan di
Bagan Datuk.
MTC mengambil peluang ini untuk mempromosikan Bagan Datuk sebagai destinasi
baru pelancongan. Sektor ini mempunyai potensi yang tinggi namun semua pihak
harus memainkan peranan terutamanya warga Bagan Datuk
24 Mac 2018
baru-baru ini diadakan MITA TOURISM DAY dianjurkan oleh pihak Malaysia Inbound
Travel Association (MITA) di Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang,
Perak.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran YAB Timbalan Perdana
Menteri Malaysia Dato’ Seri Diraja Ahmad Zahid Hamidi.
“Welcome to Bagan Datuk”
itulah ucapan pertama Dato’ Seri kepada hadirin yang menghadiri majlis tersebut. Antara
intipati yang menarik disampaikan oleh beliau ialah sebanyak RM 500,000 akan diluluskan
kepada pihak persatuan yang ingin menaik taraf serta memajukan industri pelancongan
di Bagan Datuk, juga insentif wang tunai sebanyak RM 100 bagi setiap seorang
pelancong yang datang, ganjaran ini turut diberikan kepada penggendali dan
penggiat industri pelancongan di Bagan Datuk dengan syarat pelancong yang datang
adalah dari luar ASEAN
Selain dari produk yang berasaskan agro, terdapat juga destinasi menarik yang wajib
dilawati di Bagan Datuk antaranya ialah Blue Tears dan Sky Mirror, serta Pulau
Sembilan.
Destinasi ini pasti membuat pelancong yang datang terpukau dan jatuh
cinta kerana kedamaian dan keindahannya yang semulajadi.
Seramai
lebih 400 orang pengunjung dari kawasan sekitar Bagan Datuk yang turut hadir
bersama di acara MITA Tourism Day ini. Turut memeriahkan lagi acara, kira-kira
30 usahawan mempromosikan kraftangan dan produk hasil kelapa kepada orang
ramai.
Langkah
bijak dibuat oleh pihak MTC kerana menganjurkan program Road To Agro Tourism
bersama pihak media, influencer dan blogger wajar dipuji kerana berusaha mempromosikan
serta mengembangkan sektor pelancongan agro di Bagan Datuk. Perubahan perlu
dilakukan kerana semua pihak berpeluang memperolehi pendapatan lumayan melalui
industri ini, kerana agro pelancongan kini semakin digemari oleh masyarakat bandar
dan pelancong luar negara.
Trend
terkini masyarakat di bandar dan pelancong dari luar negara gemar bercuti dan
keluar daripada kesibukan kota untuk menikmati keindahan alam semulajadi sambil
melakukan aktiviti menarik yang jarang dicuba mereka sebelum ini. Terdapat
banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Bagan Datuk, nantikan entri seterusnya.
Sekian,
Husniey
Husain
9 comments
Wah ada tempat menarik rupanya di Bagan Datuk ni. Tak jauh pun dari KL. Boleh lah plan ke sini pula. Tak sabar nak baca entri seterusnya.
ReplyDeleteWahh.. best nya husniey dapat join trip pelancongan mcm ni.. mesti dapat belajar banyak benda baru kannn...
ReplyDeleteBagusnya bila ada program seperti ini...memperkenalkan tempat-tempat menarik...secara tak langsung ianya dapat memperkenalkan satu-satu tempat menarik untuk dikunjungi.
ReplyDeleteBertuah husniey dapat berkunjung ke bagan dato.. Macam2 program ada dan pengalaman dapat tu
ReplyDeletePerak ni byk tempat menarik selain Bagan Datuk..mmg best tgk aktiviti yg boleh diuat kt situ
ReplyDeletewahhhh
ReplyDeleteseronok lah lepas nih macam2 ada dkt Bagan Datuk
wow! menarik ni! inshaAllah akan berkunjung ke situ nanti
ReplyDeletewoww dah macam macam ada ya di bagan datuk nowadays.. tumpang happy..
ReplyDeletefollow sini #301
Tak pernah ke sana lagi. One day maybe
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.