Review Mi A1 The Killer Budget Phone

Assalamualaikum dan Hai semua, rasanya lama dah tak review gajet yang digunakan. Baca sini untuk tahu lebih lanjut tentang review tel...



Assalamualaikum dan Hai semua, rasanya lama dah tak review gajet yang digunakan. Baca sini untuk tahu lebih lanjut tentang review telefon yang pernah husniey tuliskan iaitu Huawei P9 lite and Xiaomi Yi Action Camera 
telefon huawei P9 Lite husniey dah jual kepada adik, hee. Masih lagi sihat walafiat dan selesa digunakan. Dia suka sangat ambil gambar guna phone tu.
Kamera Xiaomi Yi tu pula husniey masih juga lagi menggunakannya. Selalu dibawa bila travel, buat aktiviti lasak dan mandi manda.

Okay seperti mana tajuk yang tertera Husniey nak bercerita pasal telefon pintar yang jenamanya semakin menempa nama di negara kita. Jenama telefon Xiaomi semakin dikenali dan menjadi kegemaran rata-rata penduduk di Malaysia dan juga di negara luar. Sebelum itu nak buat penafian terlebih dahulu telefon Mi A1 ini suami husniey yang mengguna pakai. Bukan Husniey ya. Husniey cuma membuat kajian dan mengulas sahaja

SPESIFIKASI XIAOMI MI A1

  • 4gb RAM, 64gb ROM 
  • Snap dragon 625 
  • Bateri berkapasiti 3080 MAH 
  • Saiz 5.5 inci 
  • Android OS 7.1.2 Nougat
  • Dua slot sim kad (Nano)
  • Resolusi 1080 x 1920 pxl
  • USB 2.0, Type C

Mi A1 mempunyai dua kamera di belakang dan dapat menghasilkan potrait mode yang sangat cantik dengan kesan blur yang smooth seperti menggunakan kamera DSLR, bagi kamera belakangnya 12 MP wide angle + 12 MP telephoto. Manakala kamera depan cuma 5 megapixel. Tak dapat lawan kamera Oppo lah kan kalau bab selfie 😂

Mari kita lihat contoh gambar Potrait Mode yang diambil menggunakan telefon Mi A1


Cantik kan? Macam dalam shooting drama pun ada
Smooth je kesan blur di belakang tu 


Ya itu dia
Acah acah model sekali sekala 😂

Contoh gambar bukan potrait mode (mode biasa)

Boleh juga menambah watermark pada gambar 
(perlu buat tetapan terlebih dahulu)

Gambar dalam keadaan low light

Bagi penggunaan bateri telefon ini didapati prestasinya bagus, boleh bertahan lebih 6 jam penggunaan seharian. Untuk pengetahuan anda, 
Xiaomi Mi A1 menggunakan sistem Android One boleh dikatakan kesemua aplikasi di telefon dikuasakan oleh Google. Contohnya kalau telefon android lain seperti Huawei, Oppo, Samsung dan Vivo akan mempunyai Gallery gambar tersendiri yang dah ditetapkan. 


Berbeza bagi Mi A1 sistem penyimpanan gambar disokong oleh Google Photos. Android Stock. Untuk mengakses perlu log masuk ke akaun Google.
Sesuai digunakan untuk pengguna yang arif menggunakan akaun Google, kena ingat password dan alamat email.
Apabila anda mengambil gambar atau pun  fail baru masuk ke telefon, fail itu akan terus backup ke akaun Google. 

Jadi tidak perlu dah nak risau kalau gambar tu tidak dibackup, sebabnya dah ada sistem yang automatik kemaskini ke Google Photos. Kalau terpadam gambar secara tidak sengaja, boleh cari semula gambar tersebut di folder Bin,  disimpan disitu selama 60 hari


Reka bentuk - Husniey suka pada reka bentuknya yang ramping, dan di bahagian tepinya curve. Ia datang dengan pilihan 3 warna iaitu warna black, gold and rose gold. Suka pada saiznya 5.5 inci, sungguh selesa dipegang

Ciri- Ciri Khas yang ada pada Mi A1




Terdapat fungsi IR Blaster yang membolehkan anda mengendalikan peralatan elektrik seperti TV, alatan audio dan penghawa dingin.
Husniey suka fungsi ini kerana ia terbukti memudahkan urusan. Yelah kadang remote control TV tak jumpa letak dimana, so bila ada ciri khas begini mudah hanya guna telefon di sisi untuk mengawal butang volume @ on off tv. Nak kawal suhu aircond pun boleh. Selain itu turut ada alat pengimbas cap jari, membolehkan anda menetapkan kata laluan di telefon dan mengakses cepat dengan hanya letakkan cap jari. Pada hemat Husniey telefon Mi A1 ini sesuai untuk kaum lelaki kerana ianya tahan lasak dan bateri tahan lama.
Sesuai juga bagi yang gemar bermain permainan di telefon dan bagi yang suka mengambil gambar menggunakan kamera belakang sahaja.

Harga pasaran semasa dilancarkan 2017 ialah RM 1099 tapi sekarang ini dah turun harganya suami husniey beli pada awal Januari 2018 dengan harga RM 945. Memang berbaloi! Beli di kedai telefon dalam Mydin Mall Terengganu bukan dibeli di atas talian ya 😅
Very useful phone, best camera results,
large storage, long battery life, and latest android version
MORE REVIEW ABOUT PHONE >> HUAWEI HONOR 8 PRO <<


Semoga entri kali ini bermanfaat.
Terima kasih membacanya 😍

You Might Also Like

18 comments

  1. Sekarang banyak keluaran smart phone kan Husniey..tinggal pilih mengikut keperluan kita ke arah yang bagaimana..dulu memiliki smart phone boleh di anggap yang ada-ada..tapi tidak sekarang kerana kebanyakkannya mampu milik alhamdulillah syukur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak pc, sekarang ni banyak pilihan dan harga mampu dimiliki.. Kalau dulu harga mahal je sebagai pilihan.. 😂

      Delete
  2. 4gb ram tu,, comfirm laju ni. Gambar2 yg diambil pun nampak smart betul terutama flawless background blur tu.

    Harga pun affordable dgn fungsi. Mai rasa skrg ni banyak dah phone boleh dapat fungsi canggih dgn harga berpatutan, tak payah runsing2 nak beli Apple dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Potrait mode dia memang cun, setuju tu Mai tak perlu dah nak rungsing dengan hanya satu pilihan.. Smartphone sekarang ada banyak pilihan harga yang berpatutan 😍

      Delete
  3. mmg hari tu target nak ambil M1 A1 ni tapi Mi 5A Prime ni punya kelebihan 3 slot dan kamera depan 16 dan belakang 12..terus terpaut pada 5A Prime dan harga dia pulak lebih murah..heehe beralih arah pulak kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak fuzy, haa takpe kita beli ikut specs yang kita suka kan.. Berbaloi dah mi 5A prime tu.. 😍

      Delete
  4. wow murahnya! Lagi murah dari p9 lite

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Farhanna jenama
      Huawei harga a bit pricey, tapi lepas setahun dua biasanya harga telefon akan turun

      Delete
  5. Wahhh hp baru.. Ni pakai hp baru 3 tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Phone suami cik ash, hehe husniey tukang tilik dan ulas je.. Husniey pun kalau pakai phone 2,3 tahun jugak.. Huhu sejak pandai cari duit sendiri asyik nak tukar je sejenis yang minat gajet ni susah 😂

      Delete
  6. Review yang bagus, senang nak buat pilihan untuk beli phone baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak shikin,
      nanti boleh rujuk kan

      Delete
  7. hai.salam kenal..done follow back.;p

    ReplyDelete
  8. Pandai husniey review bab gajet. Ana fail sungguh. Tau guna je. Tp memang cantik gambar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde lah pandai mana Ana, husniey masih belajar ni 😂

      Kan, cantik je potrait mode tu.. Thank you Ana 🎀

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.