Penginapan
Travel
Merancang Bercuti Bersama Keluarga di Lexis Hibiscus, Port Dickson
3/28/2018 08:19:00 amKebelakangan ini semakin ramai rakyat Malaysia yang memilih untuk keluar melancong, tidak kira dalam atau luar negara. Destinasi pelancongan jauh ataupun dekat bukanlah menjadi ukurannya, setiap orang pergi melancong ada tujuan mereka tersendiri. Ada yang pergi bercuti untuk melepaskan lelah setelah berhempas pulas mencari rezeki. Kiranya melancong itu sebagai ganjaran bagi mereka. Ada juga yang melancong kerana mencari ketenangan jiwa setelah menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup
Sepertimana tajuk artikel ini, husniey ingin berkongsi
perancangan bercuti di Port Dickson, memilih untuk menginap di Lexis Hibiscus
Port Dickson. Sebuah hotel mewah yang bertaraf 5 bintang yang terletak di kawasannya yang cantik,
iaitu di atas laut. Tertarik
pada rekaan seni binanya dan lokasinya, sesuai untuk dijadikan tempat berehat
dan bercuti bersama keluarga.
Lexis Hibiscus mempunyai beberapa jenis bilik juga bersertakan dengan pelbagai kemudahan. Hotel ini berbentuk bunga raya dan Husniey
pernah mempunyai pengalaman
melihat hotel mewah ini dari pemandangan atas udara ketika menaiki kapal terbang
menuju ke KLIA 2. Indah sungguh!
Jenis Jenis Bilik Yang Terdapat Di Lexis Hibiscus Port Dickson
💐Executive Pool Villa
Bilik ini
merupakan harga yang paling rendah berbanding bilik yang lain dan ianya
berpatutan. Letaknya di atas laut dan mengadap permandangan laut yang indah.
Buka aje pintu balkoni anda dah dapat menikmati permandangan laut sekaligus
mandi-manda di mini kolam yang tersedia. Sesuai untuk anda yang inginkan suasana
privasi, ingin tenangkan fikiran dan rehatkan badan setelah menyibukkan diri di
tempat kerja. Percutian disini pasti menjadi kenangan bermakna!
💐Sky Pool Villa (Tower Block)
Cantik bukan? Ya, bilik ini juga menjanjikan
anda menikmati panorama yang indah dan letaknya lebih tinggi dan agak terpisah
dengan bilik yang lain. Sesuai untuk
keluarga yang membawa anak-anak yang masih kecil dan mereka boleh mandi-manda
di mini kolam renang yang terdapat di ruang balkoni bilik. Ruang balkoninya teduh dan redup, bolehlah
anak-anak berendam lama di kolam kan. Seronoknya! Tak sabar nak mengajak keluarga
husniey bercuti disini. Mungkin boleh masukkan bilik ini sebagai wishlist! :D
Jenis bilik
Premium ini juga terdapat keistimewaannya tersendiri, lebih besar iaitu berukuran 81.0 sqm dan mengadap laut dan
anda boleh menikmati terus permandangan sunrise dan sunset dari balkoni bilik.
Wah nyaman sekali, mencetuskan suasana
romantik dan sangat sesuai pada pasangan yang ingin berbulan madu!
💐Panorama Pool Villa
Ukurannya agak besar bersaiz 86 sqm, terletak juga
di atas laut. Menariknya ia terletak di stigma bunga raya. Bilik mandinya
dinding berkaca dan dapat menikmati terus suasana panorama keindahan laut dari
dalam bilik air! Terdapat juga mini kolam yang privasi dan ruang sauna di
balkoni
Antara kemudahan utama yang terdapat di
dalam hotel mewah ini
ialah; di dalam bilik semua mempunyai penghawa dingin dan juga kipas, kemudahan
tempat letak kereta, kolam renang, kaunter depan yang beroperasi selama 24 jam,
lif, restoran dan kedai kopi dan yang paling penting bila dah dating bercuti ke
tempat ekslusif seperti ini mestilah nak update secara langsung di media sosial
kan, ada kemudahan WiFi (dalam bilik dan tempat awam)
Cara-Cara Membuat Tempahan Bilik Menggunakan Traveloka
Pertamanya anda perlu mendaftarkan akaun
Traveloka. Anda boleh memilih untuk mendaftar melalui alamat email, no telefon
atau menggunakan akaun facebook. Mudah bukan?
1) Pergi ke menu utama, klik Hotels
2) Buat carian hotel di destinasi yang anda ingin menginap. Suka bahagian ini, kerana Traveloka telah pun menyenaraikan destinasi yang popular di dalam Malaysia.
2) Buat carian hotel di destinasi yang anda ingin menginap. Suka bahagian ini, kerana Traveloka telah pun menyenaraikan destinasi yang popular di dalam Malaysia.
Boleh terus klik, jika terdapat destinasi
yang berkaitan
3) Setelah itu anda boleh melihat senarai hotel, contohnya husniey memilih menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson. Jadi terus klik pada hotel tersebut
4) Klik View Room dan melihat jenis-jenis bilik dan gambarnya juga. Teruskan klik Select,
Sila perhatikan dengan betul maklumat yang tertera bagi jenis bilik yang ingin dipilih, ada antaranya yang tidak mempunyai sarapan pagi dan ada juga yang sudah dilengkapkan sekaligus
5) Seperti biasa anda harus melengkapkan
maklumat diri seperti; Nama, Nombor Telefon untuk dihubungi, alamat email, dan
nama tetamu. Disini perlu klik pada kotak kecil jika anda adalah tetamu yang
check in. Sudah selesai mengisi maklumat, klik Continue
6) Melihat dan mengesahkan maklumat bilik yang ditempah
7) Buat pembayaran dan tunggu confirmation voucher dari pihak Traveloka
6) Melihat dan mengesahkan maklumat bilik yang ditempah
7) Buat pembayaran dan tunggu confirmation voucher dari pihak Traveloka
Terdapat banyak aktiviti yang menarik dan sesuai dilakukan bersama keluarga di Lexis Hibiscus seperti berjalan-jalan di private beach juga boleh bersantai di pantai.
Bagi anda yang bercuti bersama anak-anak, terdapat juga kolam renang yang dikhaskan untuk kanak-kanak.
Tidak ketinggalan
juga buat anda yang suka bersenam, bolehla menggunakan kemudahan fitness centre. Aktiviti lainnya yang sering
dilakukan oleh pengunjung ialah menyewa basikal dan bersiar-siar di seluruh
kawasan hotel. Pasti anda tergoda melihat kecantikan, kemudahan hotel mewah
ini? Let’s see the Online deal on lexis hibsicus port dickson
16 comments
patutlah ramai yang nak honeymoon dekat sini, memang cantik sangat view dia
ReplyDeleteKan.. Berkenan jugak tengok ni.. Dah masukkan dalam wishlist hotel mewah yang teringin husniey nak menginap! 😍
DeleteHotel ni antara tarikan orang datang bercuti ke PD..
ReplyDeleteMemang best dan harga pun setanding dengan bilik yang ditawarkan..
Wah menariknya ni sis LZ, sukanya tak sabar nak explore PD pulak 😍
DeleteBetul tu.. Harga setanding dengan bilik yang ditawarkan
Aim nak duduk dkt premium pool Villa tu. Suka sebab atas air dan menghadap laut. Best ada pool dlm blk. InsyaAllah wishlist utk next year.
ReplyDeleteAwal lagi dah aim kan, mesti tak sabar dah tu.. Hehe
DeleteHusniey pun suka betul tengok premium pool villa tu.. 💕
cantiknya view hotel ni.. suka busyra tngokkk. pandai kan dorang cipta.
ReplyDeleteItulah kreatif betul kan Busyra, bentuknya bunga raya.. Bilik mewah, kemudahan banyak yang ada disediakan 😍
DeleteCantik sgt.Tp nanti husband confirm taknak honeymoon pd sbb dia dah 9 tahun terkandas kt situ dari form 4 sampailah kerja pun masih kat PD, haha. Jemu katanya.
ReplyDeleteWah lama dah tu menetap di PD, takpe Mai kalau mampu boleh pergi honeymoon jejauh sikit.. Hehe baru syok
DeleteSiqah aim nak Premium pool villa tapi mahal T_T Nak jugak merasa sekali kan. Hihi
ReplyDeleteSamalah kita pun aim premium jugak,
Delete(padahal kalau dapat mana mana bilik pun dah rasa best gila ni) 😂
Tunggu saving penuhla nampak gayanya ni kan
adoi !! ngidamnye hakak dekkkkkkkk.. traveloka tanak sponsor akak ke ? hahahahaha~
ReplyDeleteItulah bestnya kan kalau dapat rezeki sponsor menginap di hotel mewah bilik pulak ada pool gini.. Uih syok
DeleteKak Atie dah seru tu harap harap ada rezeki kita kan.. 😍
Antara wishlist hotel yang CR teringin nak menginap. :)
ReplyDeletewahhh bestnyer.. thanks sharing .. this week nak pergi ..hrp dipermudahkan..
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.