Motivasi/ Peringatan
Nikmat Bersyukur petikan dari buku Senyumlah
2/25/2018 06:31:00 pm
Cuba kita tanya orang sekeliling kita, jiran kita...
Apa yang boleh menenangkan hati mereka?
Sudah pasti ada yang menjawab:
Apa yang boleh menenangkan hati mereka?
Sudah pasti ada yang menjawab:
1. Percutian di sesuatu tempat..
2. Lebih pendapatan RM 500 sebulan akan tenangkan hati..
3. Dapat kereta baru..
2. Lebih pendapatan RM 500 sebulan akan tenangkan hati..
3. Dapat kereta baru..
Ya, semua di atas walaupun kebendaan boleh tenangkan hati... akan tetapi untuk seketika sahaja
Bayangkan hari ini anda mendapat lebihan RM 500 sebulan seperti yang diharapkan, anda gembira.. tapi percayalah dalam masa dua bulan akan datang anda akan terasa gaji baru itu tidak cukup dan anda inginkan lebih RM 1000 sebulan
Bayangkan hari ini anda mendapat lebihan RM 500 sebulan seperti yang diharapkan, anda gembira.. tapi percayalah dalam masa dua bulan akan datang anda akan terasa gaji baru itu tidak cukup dan anda inginkan lebih RM 1000 sebulan
Ketenangan minda jarang boleh dicapai dengan kebendaan. Biasanya dapat lagi banyak benda akan menjurus kepada lebih banyak benda yang ingin dimiliki
Jadi dimanakah ketenangan minda bermula.. ia bermula apabila kita tahu bersyukur dengan apa yang Allah berikan pada waktu ini
Tahu bersyukur ini adalah satu nikmat. Nikmat ini hanya boleh dirasai bagi orang yang ikhlas dalam syukurnya.
Antara nikmat bersyukur - sekiranya kita bersyukur dengan kawan yang ada, harta benda yang ada - kita akan mendapat lebih ramai kawan yang baik dan mendatangkan kebaikan.
Orang yang selalu merungut 'ini tak ada, itu tak ada' akan mendapati bahawa minda mereka hanya nampak benda yang mereka tiada senantiasa - maka rungutan mereka akan bertambah kerana senarai benda yang mereka tidak ada akan sentiasa bertambah dan tiada penghujungnya.
Rungutan membuka pintu pada bisikan syaitan - bermula dengan mainan minda dan dicampuri dengan perasaan dengki dan cemburu; dan akhirnya timbul perasaan dendam kerana asyik membandingkan diri sendiri dengan orang lain.. Mereka akan sentiasa dalam keadaan kecewa, menangguhkan kegembiraan mereka selagi benda yang dihajat tidak berada di tangan.
Bersyukurlah pada apa yang ada dan belajarlah bersyukur dengan apa yang ada
Usah merungut pada apa yang tiada - sekiranya hendakkan sesuatu, jangan habiskan masa dan tenaga dalam rungutan, sebaliknya fokus segala masa dan tenaga dalam usaha kita untuk mencapai benda yang dihasratkan
Usah merungut pada apa yang tiada - sekiranya hendakkan sesuatu, jangan habiskan masa dan tenaga dalam rungutan, sebaliknya fokus segala masa dan tenaga dalam usaha kita untuk mencapai benda yang dihasratkan
Ketenangan sebenar dan nikmatnya hanya boleh dirasai sekiranya kita tahu bersyukur
Fokuslah pada apa yang ada, semestinya itu tidak meletihkan kerana senarai itu terhad berbanding dengan apa yang kita tiada kerana senarai itu adalah infiniti panjangnya
Hargailah sesuatu waktu yang ada, agar anda tidak menyesal apabila ia sudah tiada. Sekadar berkongsi pemahaman peribadi sebagai perkongsian. SENYUM 😊
Motivasi Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Dari bukunya yang bertajuk Senyumlah
12 comments
Betul Husniey..bersyukur itu salah satu cara mendamaikan hati dan minda.Namun begitu dengan bersyukur itu bukan bererti kita noktahkan usaha.
ReplyDeletebetul..kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada.
ReplyDeleteBetul tu Husniey, bersyukur apa adanya. InsyaAllah, akan rasa cukup ja nanti..
ReplyDeletesyukur dgn apa yg ada.. berbelanja ikut kemampuan..
ReplyDeleteJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Mee Udang Asajaya
betul. we are actually already so blessed but failed to see it.
ReplyDeletebetul jugak.
ReplyDeletedapat gaji besar tk menentukan jiwa kita tenang.
yg tenang bila kita terima ap yg allah berikan pada kita dan kita usaha sebaik mungkin.
Bersyukur bukan saja buat kita rasa tenang dgn apa yg ada malah tanpa kita sedar Allah akan lipat gandakan rezeki utk kita. Rezeki kesihatan, rezeki dpt melihat, rezeki ada ahli keluarga yg sayang pada kita kan.
ReplyDeleteapa2pun bersyukur
ReplyDeleteIn Sha Allah
rezeki ada jika berusaha
Saya hampir cakap 'lebih waktu dapat menenangkan hati saya' because in this life sesetengah orang kurang mempunyai masa untuk diri sendiri, tapi saya terus terfikir saya patut bersyukur dengan waktu yang saya ada skarang dan harus pandai menguruskannya.
ReplyDeleteThis post really helps me reflect on myself. Thanks
betul! Bila kita bersyukur, yang lain tu buat kita rasa tenang je walaupun tak pergi travel sana sini
ReplyDeletesmoga kita sentiasa bersyukur dgn apa yg kita miliki..kdg2 kita terlupa sbb tgk org lebih tp kita tk ingt org yg kurang dr kita kn
ReplyDeletebetul jugak, duniawi duniawi. uhuhu
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.