Assalamualaikum..
Husniey nak berkongsi tentang masjid yang cantik di Melaka yang mesti dikunjungi
Kemana saja tempat husniey bercuti,keluar bermusafir pasti akan mencari masjid sebagai tempat berehat..Kalau dalam perjalanan itu tak jumpa masjid, RNR pun bolehlah surau pun ada kan buat melepaskan lelah sepanjang perjalanan dan bertenang sejenak 😊Masjid pertama yang Husniey nak kongsikan ini terletak di Pulau Melaka
Haa mesti anda fikir nak kena naik bot atau feri kan? Tidaklah. Nama aje Pulau Melaka tapi untuk ke masjid ini tidak perlu diakses dengan pengangkutan atas air pun. Memandu dengan kenderaan anda sahaja. Baca sampai habis ada selitkan peta ke lokasi. Kalau nak feeling solat subuh & isyak kat masjid ni, better booking homestay di bandar hilir. Dekat je dengan masjid ni.
MASJID SELAT MELAKA
Jika di negeri Terengganu popular dengan Masjid Kristal dan Masjid Tengku Zaharah (Masjid Terapung) di Melaka turut ada Masjid Terapung yang dikenali sebagai Masjid Selat Melaka. Masjid di Terengganu terapung di atas air tawar iaitu (Sungai dan Tasik) manakala uniknya Masjid Selat Melaka pula dibina di pinggir laut
Masjid ini semakin terkenal dan menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan juga luar negara. Keindahan permandangan di sekitar masjid ini pasti akan membuat anda merasa tenang 😍
BACA SINI ARTIKEL MENARIK YANG BERKAITAN:
Angle tepi masjid, cantikkan reka bentuknya |
Gambar gambar kawasan masjid
tenang sungguh disini
|
Kemudahan Yang Ada :
- Tempat Letak Kereta
- Tandas Lelaki dan Tandas Wanita
- Ruang Solat Lelaki
- Ruang Solat Wanita
Untuk pengunjung yang non muslim turut dialukan kedatangan mereka, pihak masjid turut menyediakan informasi penting tentang masjid dan Islamu. Tertarik pada pengurusan masjid cuba menyampaikan dakwah pada non muslim, jelas terpapar banyak artikel info tentang Islam boleh djbaca pada bunting, papan kenyataan dan juga risalah.. Senang faham dan menarik untuk dibaca..
Tangga dalam masjid untuk ke ruang solat wanita. Lawa sungguh reka bentuknya |
- PETA LOKASI MASJID SELAT MELAKA -
klik pada peta untuk melihat lebih jelas
MASJID CINA NEGERI MELAKA
Keunikan masjid ini tidak dapat disangkal lagi corak dan reka bentuknya sangat unik.
Baru beroperasi kalau tidak silap 2 tahun ya. Sempat singgah di sini semasa berkunjungan ke Melaka tempoh hari. Sepupu husniey yang bawakan ke sini kebetulan masuk waktu maghrib, singgah rehat dan solat disini. Kalau tak dapat peluang begini mungkin Husniey sendiri tak tahu juga kewujudan Masjid Cina ini
Sangat cantik ~ |
Kemudahan Yang Ada :
- Tempat Letak Kereta
- Tandas Lelaki dan Tandas Wanita, bilik mandi
- Ruang Solat Lelaki
- Ruang Solat Wanita
- Telekung Solat
Unik kan ~ |
Suka suasananya bersih, tenang dan indah sungguh binaannya..
Kemudahan tandas dan bilik air cukup banyak disediakan. Tandas dalam keadaan bersih dan wangi pula tu. Sesuai jika anda yang sedang bermusafir dengan keluarga yang bawa anak anak nak tukar pampers, nak dimandikan anak boleh sangat 😊
Kalau anda kebetulan ke Melaka, silalah berkunjung di masjid yang Husniey ceritakan di atas. Lokasinya berdekatan dengan Stadium Hang Tuah di kawasan Krubong
- PETA LOKASI MASJID CINA -
klik pada peta untuk melihat lebih jelas
Akhir sekali Husniey nak sentuh sedikit tentang kebersihan dan adat di Masjid.
Kalau berpeluang berkunjung jangan lupa jaga kebersihan ya..Kemaskan yang telah diguna pakai.. Jangan lupa untuk bersedekah, letak di tabung masjid. Iyalah kena ingat juga masjid pun nak diuruskan dengan sempurna, jadi kita yang beragama Islam inilah yang sepatutnya membantu pengurusan masjid, bagi memastikan rumah Allah sentiasa dimakmurkan dan urusan itu berjalan lancar
Mudah mudahan hidup kita dalam rahmatNya selalu
Sekian, semoga entri kali ini bermanfaat pada semua yang membaca
Love,
Husnieyhusain
27 comments
Pemandangan waktu siang cantik...pemandangan waktu malamnya lagi-lagi cantik...
ReplyDeleteYa kak PC.. Lawa sungguh.. 😍
DeleteTerpesona melihatnya
Cantiknya masjid cina tu. Antara keistimewaan melaka adalah rekabentuknya. Macam2 budaya
ReplyDeleteAah betul tu Salbiah,
DeleteReka bentuk yang unik di Melaka.. Dari binaan rumah, bangunan bangunannya
mama suka sgt tengok masjid dan rumah melaka. malangnya rumah di melaka dah banyak yg moden dah sekarang
ReplyDeleteCantik dan unikkan..husniey pun suka tengok.. N9 pun cantik,kemas
Deletetenang je tengok
ReplyDeleteSangattt ❤❤
DeleteCantik masjidnya Husniey..
ReplyDeleteYa kak sue.. Lawa sungguh, cantik dimata memandang tenang dihati🌸
Deletepernah pergi melaka tapi tak pergi masjid cina ni
ReplyDeleteRabia kena datang sini nanti kalau repeat ya
Deletetak sampai lagi melaka huhuhu
ReplyDeleteNanti pasti ada rezeki tu cik ash 😊
DeleteMasjid cina ana tak sampai lg. Next time boleh lah singgah. Cantik senibina masjid Cina tu husniey.
ReplyDeleteTak jauh mana kan Ana nak ke Melaka, hehe nanti mesti pergi.. Lawa binaan dia.. Siang dan malam dedua cantik nak bergambar
Deletecantik gile masjid ni... :)
ReplyDeleteYa sis Lea.. Lawa sungguh👍
DeleteWah.. bagus sangat entri ni
ReplyDeleteMudahan bermanfaat😇
DeleteSuka sangat tengok masjid2 ni. Sebab kat setiap masjid mesti ada keunikan tersendiri
ReplyDeleteBetul tuu Nurjuwaini 😊
DeleteSamalah,husniey pun suka lawat masjid.. Semua ada keunikannya tersendiri
Melaka memang terkenal dengan keunikan rekabentuk masjid.. Thanks for sharing HH, dapat LZ tengok dengan lebih dekat masjid terapung di Melaka.. Cantik sangat. Harap orang ramai dapat kekalkan kebersihan dan keindahan masjid-masjid ini..
ReplyDeleteItulah.. Suka betul melihat reka bentuk yang menarik, cantik dimata tenang dihati..
DeleteHusniey pun harap macam tu juga.. Masjid ni perlu dikekalkan
kebersihan.. Biar non muslim yang datang tengok, mereka nampak Islam itu Indah
masjid selat tu memang cantik :)
ReplyDeletemasjid masjid kat Malaysia memang cantik2. lagi2 kalo ada sejarah disebalik pembinaan. antara daya tarikan di negara kita =)
ReplyDeletetenang je tngok masjid cntik2 ni.. suka sngt..
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.