2/27/2018 12:12:00 pm
Review: Best Buat Rawatan di Reveuse Medispa Terengganu
2/27/2018 12:12:00 pmAssalamualaikum semua.. Izinkan husniey berkongsi cerita dan pengalaman. Baru baru ini husniey dan Sis Gee berkesempatan sesi memanja...
Assalamualaikum semua.. Izinkan husniey berkongsi cerita dan pengalaman.
Baru baru ini husniey dan Sis Gee berkesempatan sesi memanjakan kulit wajah. Merupakan pengalaman yang sungguh berharga sebab tak pernah sebelum ini tahu lebih mendalam masalah pada kulit wajah ni haa..
Setanding dengan perubahan arus masa yang sudah semakin moden, begitu jugalah bagi peralatan merawat kulih wajah. Dah canggih! Rawatan wajah pada era globalisasi kini dipanggil Medispa yang menggabungkan cara rawatan yang klinikal. Prosedur dimulai dengan menganalisis kulit wajah dengan perunding kecantikan, bernama Puan Sha. Selama ini kalau ke klinik kesihatan mesti ibu ibu pernah berpengalaman imbas perut kan, haaa dalam rawatan estetika juga kulit wajah kita akan turut diimbas terlebih dahulu bagi mengenalpasti masalah kulit
Suka perilaku Puan Sha yang bersahaja dalam menjelaskan setiap input.
Jujurnya husniey mahu akui sebelum ini merasa segan untuk berjumpa dengan pakar kecantikan tapi pengalaman Husniey apabila membuat rawatan di Reveuse Medispa merasa sangat selesa. Beauty Consultant very professional and helpful! Puan Sha menjelaskan masalah kulit yang dikenalpasti, siap ada kadar peratusan. Keadaan pori wajah, peratusan kulit berminyak di kawasan mana, kawasan kulit yang okay. Siap ada graf dan carta. Memang teruja tengok graf bar dan imej grafik keadaan kulit muka dengan lebih terperinci sambil mendengarkan penjelasan dari Puan Sha
Kemudian, tidak lama setelah itu Husniey dan Sis Gee dibawa masuk ke bilik rawatan masing masing. Bagi masalah kulit muka husniey diberitahu oleh Puan Sha perlu membuat rawatan Carbon Peel. Baca pengalaman Sis Gee membuat rawatan Silk Peel >> KLIK DISINI <<
Rawatan Carbon Peel ialah rawatan laser dan ia tidak menyakitkan. Bunyi alat laser tu ada bunyi pop pop macam bunyi main mercun bawang. Hehe 😁
Masalah kulit muka Husniey lebih kepada kulit kering dan disebabkan itu ada kehadiran jeragat. Dijelaskan lebih mendalam oleh Puan Sha, jeragat hadir melibatkan beberapa faktor disebabkan kesan sinar UV, faktor keturunan dan kesan penggunaan kosmetik. Tapi jeragat ada juga kebaikannya tau,
ia hadir sebab nak halang masalah di bawah lapisan kulit jadi lebih parah cuma tak cantiklah kan bila di pandang mata kasar kita
Husniey dulu pernah ada pengalaman mempunyai jerawat yang agak teruk dan muka ini pernah sunburn kesan terdedah sinar UV. Biasalah zaman sekolah dulu, agak aktif dan sering terdedah matahari. Berkawad tengah panas wajib setiap minggu dan banyak terlibat pelbagai aktiviti lasak, kem jati diri panjat bukitlah gunung ganang haha. Zaman gemilanglah kononnya. Masa tu tak ada kesedaran diri nak jaga kesihatan kulit muka. Main taram je pengambilan produk muka asal boleh je, tak ada ilmu!😂 Okay dah sambung balik
Imej Credit to westchester-beauty.com |
Rawatan Carbon Peel dimulai dengan facial, beberapa minit diurut lembut oleh juru estetik yang cantik manis. Oh ya juru estetik yang menguruskan Husniey namanya Cik Zura. Sangat lembut orangnya, ramah. Dia akan pastikan kita dalam keadaan yang tenang dan selesa. Cik Zura menyapu carbon pada seluruh kawasan muka kecuali mata (mata ditutup sepanjang proses rawatan berjalan) dan prosedur melaser carbon dimulai apabila carbon telah pun kering..
Rawatan Carbon Peel ini adalah untuk merawat sel - sel kulit yang telah mati, merawat tona kulit yang tidak sekata, dan mengecilkan liang pori.
Kesannya kulit muka terlihat lebih sihat berbanding sebelum rawatan.
Semasa rawatan sedang dijalankan, Cik Zura berhati-hati dan meminta izin sebelum melanjutkan langkah seterusnya dan tidak lupa juga menceritakan tentang rawatan yang sedang dilakukan.. Sempatlah bersembang santai, rupanya dah lama Cik Zura dalam bidang ini dari tahun 2013. Hebat!
1 jam lebih prosedur carbon peel, Husniey suka bahagian akhir sekali iaitu dipakaikan masker.. Jenis Mint..Sejuk aje muka.. Cik Zura bagi effect bilik tu suram dan gelap. Eh bukan gelap, romantika! Sempat jugalah Husniey terlelap kejap. Prosedur ini memakan masa selama 20 minit. Last but not least dibersihkan muka, disapukan pelembab serta pelindung suria
SERVIS: 4.8 /5
SUASANA: 4.2 /5
TAHAP KEPUASAN: 4.5 /5
CANTIK kan dekorasi |
Bersama kakitangan Reveuse Medispa |
KHAS UNTUK WARGA TERENGGANU
Pakej - pakej rawatan yang ditawarkan
di Reveuse Medispa sangat berbaloi.
Rugi kalau tak dapatkan
promosi hebat. Alhamdulilah overall,
very good! Suka betul buat rawatan di Reveuse Medispa dah terjatuh cinta..
Bagi yang ada masalah agak kronik perlu buat rawatan beberapa kali bagi memastikan masalah kulit muka anda pulih sepenuhnya. Harga tidaklah mahal ianya berpatutan. Satu sesi rawatan memakan masa hampir 2 jam.
Reveuse Medispa juga turut mengeluarkan produk mereka sendiri. Ada produknya yang husniey dah pun mencubanya. Best!
Reveuse Medispa juga turut mengeluarkan produk mereka sendiri. Ada produknya yang husniey dah pun mencubanya. Best!
Antara produk yang ada dijual di Reveuse Medispa |
Boleh rujuk pada imej ini, berbaloi pakej mereka sebanyak 10 SESI! |
Muka selepas beberapa jam menjalankan rawatan.
Kulit kelihatan lebih sihat
|
Video feedback selepas menjalani rawatan :
Artikel berkaitan : Event di Reveuse Medispa Januari 2018