Backpackers
Japan
Kansai
lifestyle
Osaka
TOP
Travel
TEMPAT MENARIK YANG DILAWATI DI OSAKA
10/31/2019 06:24:00 pm
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ini merupakan entri terakhir berkaitan travel ke Japan. Semoga mendapat manfaat dari secebis perkongsian ini. Ada beberapa tempat menarik yang anda boleh dapat view cantik dan dekat dengan budaya Jepun. Tapi tak dapat husniey pergi kerana travel sendiri. Terpulang kepada mode travel anda, kalau Husniey dan suami lebih kepada santai santai dan ingin melihat keindahan permandangan serta budaya dan sikap manusia di negara tersebut
Jika inginkan kembara yang lengkap hampir ke semua tempat menarik akan anda pergi lawati dicadangkan turun di Osaka dan korang cover juga area Tokyo. Mesti best kan. Nak percutian lengkap macam ini boleh gunakan servis;
PAKEJ PERCUTIAN KE OSAKA - TOKYO BY ARBA TRAVEL. Deposit hanya RM 1000/ pax. Pakej termasuk penerbangan, bermalam di hotel, makanan, tour, pengangkutan. Lengkap dah tak payah pening kepala.
NAMBA, DOTONBORI, OSAKA
🍉 Dotonböri, ShinsaibashiAlang alang dah sampai jepun takkan nak terperuk dalam bilik hotel kan? Wajib kita keluar & menghayati kesibukan dan keindahan bandar Osaka. Singgah jalan jalan cari makan Takoyaki di Creo Ru. Sini okay, muslim friendly.
Kalau nak makan takoyaki di Japan silakan, tapi perlu request tak nak letak sos.
Takoyaki ialah bebola sotong, jadi takde masalah nak makan
Takoyaki di Dotonbori
Suka tengok cara mereka buat, cekap betul
Abang ni beria nyanyi sambil ajak orang beli Takoyaki. Siap dia sapa kami dengan ucapan "Selamat Datangg"
Abang ni jugak yang pernah masuk dalam rancangan Jejak Jepun Zizan.
Dalam rancangan tersebut dia pernah mengajar Zizan Razak buat takoyaki
Peramah betul abang Takoyaki ni
SEDIKIT NOTA :
Dekat Japan kalau tersalah pilih pintu Exit semasa di stesen keretapi besar. Memang jauh akan berjalan kaki. Beratus meter jugak berjalan nak keluar. Kalau di Osaka, di stesen Namba besar sangat. Please take note ya, rujuk pada google maps. Sila pakai sport shoes yang selesa. Kurus kejap masa duk sana, bulan puasa pulak tu.. 😂😆
Selain itu anda akan dapat melihat keunikan kedai kedai makan di Osaka ini
Selalunya di depan kedai makan akan ada bermacam jenis replika yang bersesuaian dengan perniagaan yang dijalankan
Contohnya mereka menjual sushi, takoyaki selalunya akan ada dihiaskan pada bahagian hadapan kedai.. Ya kalau mereka menjual daging ke memang akan turut meletakkan replika haiwan tersebut.. Hehe
Husniey suka tengok cara japanese berniaga kreatif, persaingan secara sihat dan kita dapat membeli belah dengan selesa sungguh! Satu idea yang baik untuk cari penginapan yang dekat dengan tempat makan sedap.
Replika ketam
Haa nampak, tengok tu unikkan.
Besar pulak tu
Things to do in Dotonbori
Merasai ice cream di vending machine
Beli air di Family Mart my favourite is Van Houtten chocolate. Shopping di Shinsaibashi suji best jugak, banyak barang murah, kena pandai pilih kedai. Ada jam tangan handbag pakaian kasut dan lain lain.
Ice cream vending machine
Shopping di Dotonbori, Shinshaibashi Suji
Dotonbori juga tempat syurga makanan
Cafe yang halal pun ada, jangan risau boleh tengok di apps Muslim Pro
Baca sini untuk tahu lebih lanjut
Permandangan di Dotonbori Bridge, Shinshaibashi Suji street, Glico Man
Bergambar dalam suasana kesibukan kota Osaka di Dotonbori bridge,
The Glico Man dan lain lain permandangan yang menarik. Banyak spot cantik untuk bergambar disini, cuma kena pandai cari angle dan kreatif sikit!
The Glico Man dah jadi landmark Osaka dah dia ni
Kesibukan bandar Osaka dengan beratus pelancong
Pelancong di Osaka yang majoriti terdiri daripada negara China Korea
Rivercruise, kalau anda ada beli amazing pass bolehla naik secara percuma kalau tak ada kena bayar lah
Me and husband at Dotonbori Bridge
Osaka Station (Daimaru Shopping Mall)
Terletak berdekatan dengan Osaka Station saja je jalan ke sini pada mulanya, tiba ternampak ada papan tanda ada mall di tingkat atas, agak besar dan luas rupanya..
19 TINGKAT SHOPPING MALL DI OSAKA! Macam masih baru beroperasi..
Tu best kemain puas hatilah penduduk Osaka duk pusing mall kan 😂
Kebetulan suami business (toys, diecast, model lori, kereta). So dekat Daimaru shopping mall ni ada kedai yang dia teringin sangat nak masuk, dua kali kami repeat ke Tomica Shop disini. Terdapat banyak pilihan dan kata suami harganya pun murah.. Kejap aje dia buka order terus ramai customer kirim nak beli.. Hihi Alhamdulilah rezeki semasa travel
Ini papan kenyataan maklumat shop lot setiap level shopping mall
Tomica Shop
UNIQLO
Banyak juga shopping disini,
suka seluar cotton ni husniey ada beli beberapa helai hadiahkan untuk mak dan mertua, selesa pakai kat rumah. Selain itu ada juga beberapa helai t shirt dibelikan untuk adik adik, kebetulan masa pergi tu ada summer sale. Korang kalau kaki shopping silalah datang pada musim Summer, banyak sales
Kemain lah shopping😁
Bagi anda yang travel dengan membawa beg berat, atau (baru check out penginapan,
tapi nak jalan jalan lagi) jangan risau selalunya ada coin locker dalam stesen keretapi
Saiz pun agak besar boleh muat backpack yang besar..
🌸 OSAKA MUSEUM AND LIVING HOUSE 🌸
Untuk ke sini perlu turun di Temma Station dan jalan kaki beratus meter. Perlu rujuk pada google map semasa jalan jalan supaya tak sesat tersalah masuk lorong ke apatapi nak jalan jalan lagi) jangan risau selalunya ada coin locker dalam stesen keretapi
Memang tepat lokasi google map bagi. Kalau tanya pada local people mereka tak tahu sangat, sebab muzium ni terletak di dalam bangunan
Naik lif ke tingkat atas, akan ada kaunter depan
Bayaran masuk 600¥ tiap seorang
Boleh merasai pengalaman memakai pakaian tradisional Jepun. Istimewanya di sini boleh tengok pameran lengkap dengan bangunan struktur rumah lama, replika bangunan dulu kala dan lain lain lagi keistimewaannya muzium ni..
Ni lah muziumnya..
Luas jugak kat dalam ni ada beberapa buah rumah lama dijadikan model
Pandangan muzium dari atas..
Pihak muzium akan buat suasana jadi seperti malam hari.. Memang gelap dan ada bunyian seperti suasana zaman dahulu kala umpama berada di dalam sebuah desa.. Siap ada bunyi ayam burung dan lain lain
Baru rare! Tapi masa kami sampai dah lewat..
Ramai orang.. Kimono dah sold out tak dapat nak sewa ramai sangat orang masa tu
Dah puas pusing rupanya ada lagi tarikan dalam muzium ni.. Boleh tengok pameran yang digambarkan kehidupan dulu kala
Miniature, Comel kan..
🌸 Tenjinbasshisuji Shopping Street🌸
Merupakan shopping street terpanjang di Japan, terletak di kawasan Kita, Osaka
Untuk ke sini perlu turun di Temma Station dan akan nampak banyak kedai
Sebenarnya jalannya sama dilalui untuk ke Osaka Museum House and Living yang Husniey ceritakan di atas. Jadi cadangan Husniey, balik dari melawat muzium boleh ke shopping street ni untuk cuci mata. Pelbagai jenis pakaian, barang keperluan rumah, beg, kasut dan lain lain dijual disini
Suasana di Tennjinbashisuji
Banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati di Japan
Terpulang kepada mode travel anda, kalau Husniey dan suami lebih kepada santai santai
dan ingin melihat keindahan permandangan serta budaya dan sikap manusia di negara tersebut
Jadi tak semua tempat menarik husniey akan pergi lawati
Alhamdulilah ia tetap menjadi kenangan terindah dan pengalaman yang berharga untuk melalui liku kehidupan di masa akan datang
21 comments