Syok Makan Malam di NR Cafe Heritage Kuala Terengganu bersama Keluarga!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Lama sudah tak berkongsi tempat makan yang menarik di Terengganu Beberapa hari lepas Husniey...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lama sudah tak berkongsi tempat makan yang menarik di Terengganu


Beberapa hari lepas Husniey dan suami mengajak keluarga mertua makan malam di restoran terkemuka di Terengganu ini

Kalau anda datang ke sini wajib singgah di NR Cafe Heritage semuanya ada
masakan panas, masakan ala Thai,
makanan barat serta snek.. 

Husniey suka makan sini tapi jarak dari rumah agak jauh sedikit dalam 30 minit lebih perjalanan ke sini.. So takdelah selalu pergi pun.. 😁
Ini antara menu yang pernah dirasai disini

Keropok haruslah ada tau 


Baca sehingga habis, husniey ada selitkan map untuk ke lokasi restoran ini


Setakat ini menu di NR Cafe yang Husniey pernah rasai semuanya kena pada tekak, sedap belaka! Harga juga berpatutan. Servis pun bagus
Sesuai untuk seisi keluarga, makan bersama kawan kawan atau dengan pasangan
Masa kami sedang makan disini ada pelanggan yang buat sambutan hari jadi disini




🌸 Menu Makanan & Minuman yang dipilih berserta Harga


Jus Strawberry RM 3.50 x 1
Jus Mangga Susu RM 3.50 x 1
Jus Kiwi Susu RM 3.50 x 1
Jus Carrot Susu RM 3.50 x 2 ( RM 7)
Milo Laici Special RM 5.00 x 1
Cincau Special RM 3.00 x 1


Nasi Putih RM 1.50 x 3 (RM 4.50)
Tomyam Campur RM 5.50 x 2 (RM 11)
Kailan Ikan Masin RM 5.50 x 2 ( RM 11)
Telur Bungkus RM 5.50 x 1
Nasi Goreng Pattaya RM 5.50 x 1
Nasi Goreng USA RM 6.00 x 2 (RM 12)
Nasi Goreng Ikan Masin RM 5.00 x 1


Pari Bakar 580 gram
(2 ekor siap masak RM 23.20)

Jumlah kesemuanya RM 109.40 TERMASUK 6% GST 

Rujuk resit dibawah ini




Okaylah harga tersebut pada Husniey berbanding di restoran lain
Pengalaman sebelum ini pernah makan di restoran lain
RM 80 lebih 4 orang makan, hehe masa tu pilihan minuman biasa biasa aje bukannya air buah buahan pun 😁

Di Terengganu ni kalau nak makan di restoran kena pandai pilih tempat pada husniey
kalau memang nak jimat sikit elakkan makan di kedai yang berdekatan dengan tempat perlancongan.. Juga kalau nak lebih jimat pesan menu makanan yang biasa aje lah kan,
kena beringat 
InsyaAllah tak mahal sangat disini masih berpatutan 😊



Lokasi NR Cafe Heritage 



You Might Also Like

36 comments

  1. makan banyak tapi murah...wajib cuba la kalau datang area situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib singgah sini kalau nak suasana yang damai dan harga berpatutan

      Delete
  2. ok dah tu husniey,, sekali sekala hii menu pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sungguh kak wani, kalau datang Terengganu meh singgah tau..

      Delete
  3. Sesekali keluar makan dengan keluarga seronok kan Husniey, harga pun bagi Kak Sue berbaloi dengan makanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tak terkata.. Dapat tengok mereka senyum kekenyangan tu dah lega rasanya kak sue, nak belanja benda mewah sangat tak mampu mana.. Hee
      Betul harga pun okay

      Delete
  4. https://messarah.blogspot.my/2018/01/study-last-minit-my-2017s-birthday.html

    ReplyDelete
  5. Yeah nanti ana blk ganu boleh singgah sini kalau tak tau nak makan mana. Selesa nampaknya cafe tu. Harga pun tak mahal mana tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy nanti singgah tau.. Memang okay sini.. Banyak kali repeat dinner sini, hehe

      Nanti balik ganu inform Husniey sepatoh neh boleh jumpa lagi 😍

      Delete
  6. Nak try lah..padahal rabia orang terengganu..tak cuba lagi makan dekat sini

    ReplyDelete
  7. Makan ramai2 tu yg buat lagi best

    ReplyDelete
  8. pernah makan dekat sini dengan keluarga masa, tahun lepas mai kuala

    ReplyDelete
  9. Alahai dalam kampung sendiri je tapi tak tahu pun wujud. Hahaha. Boleh la try ajak family ira pergi sini nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah yeke Ira, kena pergi ni.. Hehe
      Stay kat kampung belah mana tu

      Delete
  10. Best makan ramai-ramai, harga pun reasonable..
    Teringin ke Terengganu tapi masih belum mengizinkan..
    LZ suka sangat keropok Terengganu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sis LZ, samalah teruja dapat makan ramai ramai membuatkan suasana jadi meriah dan menyenangkan..

      Jemputlah datang Kuala Terengganu nanti roger lah husniey di instagram kot boleh bantu sis LZ nak jalan jalan 😍

      Delete
  11. mee kari ka tu? sedapnya nmpk !

    ReplyDelete
  12. Berbaloila harga 5 org mkn..kat kl ni nasi putih sayur satu jenis lauk paru goreng jek rm7 tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul memang agak berbaloi juga..
      Banyak juga hidangan tu

      KL memang lah JM 😂

      Delete
  13. selalu jugak datang terengganu. nanti next time datang sana, nak kena try ni! 😋😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah selalu datang sini ya, wajib try makan di NR ni MM

      Delete
  14. kopok lekorrrrrrrrrrrr. dapnyooo. hai org tranum. sy oram kelantam. hehe. jemput join: http://zaza96.blogspot.my/2018/01/pencarian-bloglist-2018.html

    ReplyDelete
  15. Wow first time dengar air Milo Laici Special. Mcm mna lah agaknya rasanya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zharif tak tahulah rasanya macam mana,haha adik ipar yang order dia tengok ada kat menu 😂

      Delete
  16. boleh tahan murah jugak dengan makan ramai-ramai and air semua yang sedapp tuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbaloi jugakla Aira 😍

      Air memang nak gempak je semua buat pesanan air buah.. Baru 3.50 satu.. hahaha

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.