12/31/2018 09:30:00 pm
Menaiki Pengangkutan Awam Bercuti Ke Pulau Pinang 2 Hari 1 Malam (June 2018)
12/31/2018 09:30:00 pmAssalamualaikum semuanya. Salam Sejahtera. Salam hujung tahun 2018. Semoga baik baik aje. Husniey tak minta banyak perkara, hajat yang...
Assalamualaikum semuanya. Salam Sejahtera. Salam hujung tahun 2018. Semoga baik baik aje. Husniey tak minta banyak perkara, hajat yang besar biar Allah mengetahui. Entri ini sebenarnya bersambung sempena ke Hatyai June haritu. Pada mulanya fikir tak nak cerita sebab kejap je di Pulau Pinang. 1 malam je, haha pemalas punya orang. Husniey dan suami ke Penang pada hari raya keempat.
Train Hatyai Thailand ke Padang Besar - Butterworth Menaiki KTM|Percutian Bersambung ke Pulau Pinang
Pengangkutan kami naiki dari Hatyai - menuju ke Padang Besar dengan kereta api Thailand. Dari Padang Besar untuk ke Butterworth kami kena beli tiket KTM. Harga tiket RM 11.40 seorang. Butterworth ialah stesen terakhir. View memang cantik dalam perjalanan. Yelah belah utara kan popular dengan permandangan sawah padi. Ada snap gambar tapi tak cantik. So tak dapatlah nak share kat siniDalam KTM dari Padang Besar ke Butterworth |
Jemput baca artikel lain yang best;
Harga tiket KTM RM 11.40 seorang. Murahlah kan 😍 |
Free shuttle untuk ke terminal feri |
Feri awam untuk ke Pulau Pinang |
Harga tambang perlu bayar sekali sahaja. Masa balik dah tak perlu bayar.
Pukul 6 pm bertolak dan perjalanan memakan masa cuma 15 minit ke belah pulau. Ini kali kedua husniey sampai ke sini. Setibanya di pulau kami keluar dari terminal feri dan berjalan kaki ke jalan utama. Menggunakan khidmat Grab Car dari hentian bas depan terminal Pengkalan Raja Uda untuk ke hotel kami akan menginap di Apollo Inn. Tambang Grab car cuma RM 6.
Check In Hotel Bajet Apollo Inn.
Murah je hotel ni, bilik kecil je saiznya. Ruang sempit sikit, ruang untuk solat agak terhad. Tapi nasiblah murah sebab tu macam okay jelah tahan jelah lagi pun satu malam je menginap di sini. Husniey suka dekorasi hotel ni. Simple tapi lawa. Kemas dan bersih. Booking di Agoda, satu malam RM 86 termasuk cas perkhidmatan. Malam tu kami tak keluar kemana pun cuma rehat je di hotel, penat betul berjalan dari Hatyai ke Pulau Pinang.Apollo Inn. Hotel bajet di Georgetown |
Bajet tapi kemudahan lengkap. Boleh makan free. Nak bancuh air, mee segera pun boleh |
Hari Kedua Layan Permandangan Penang Hill
Merupakan kali kedua husniey ke sini bersama suami. Kami terbiasa menggunakan pengangkutan awam, so sepanjang di Pulau Pinang ni memang naik bas jela kalau ke tempat jauh sikit. RM 2 sahaja tiket bas tak mahal mana. Jom layan gambar view indah di Bukit Bendera.RM 2 sahaja tiket bas untuk ke Bukit Bendera. Naik bas dari komtar. |
View cantik di Bukit Bendera. Kalau kaki bergambar mesti akan bergambar disini |
Tuan suami tengok apa tuu. Teropong isteri ke? Nah hasil teropong isteri di Bukit Bendera 😂 |
Wajib makan Ais Kacang kat sini. Sedap weh! Lupa dah harganya tapi tak sampai RM 10 rasanya |
Ada kemudahan surau. Kena panjat bukit untuk solat di Surau. View dari atas ni pun cantik. Suhu sejuk, berangin. |
Gambar cliche bila ke Bukit Bendera, heee |
Suka jalan kaki? Nak burn bakar kalori? Haa carilah street art di sekitar Georgetown boleh dapatkan peta di hotel yang anda menginap |
Sehari suntuk kami jalan jalan di sekitar Pulau Pinang. Malam kedua tu pulang ke pantai timur dengan menaiki bas ekspress. Alhamdulillah walaupun macam susah payah naik pengangkutan awam dan banyak berjalan kaki, serius bestt nasiblah tak penat sangat. Mungkin dah terbiasa dan mental dah bersedia. Untuk anda yang teringin bercuti ke negeri sebelah utara tak perlu risau dah banyak kemudahan pengangkutan awam, seperti bas, KTM dan lain-lain.
PENGANGKUTAN YANG DIGUNAKAN SEPANJANG BERCUTI
- HATYAI - PADANG BESAR (KERETA API)
- PADANG BESAR - BUTTERWORTH (KTM)
- FERI AWAM KE PULAU PINANG
- BAS PERCUMA DI SEKITAR GEORGETOWN
- BAS RAPID BERBAYAR KE BUKIT BENDERA
Jumlah hangus belanja di Pulau Pinang selama 2 hari 1 malam termasuk pengangkutan, hotel, makan, masuk ke Bukit Bendera dan shopping di Chowrasta = RM 193 / 2 . Jadi seorang cuma RM 96.50, berbaloi tak? Itulah sebabnya husniey masukkan Pulau Pinang ini dalam senarai selepas bercuti ke Hatyai sebabnya destinasi ini sesuai untuk backpackers dan sangatlah minima bajet.
Semoga bermanfaat tau, jemput baca artikel travel yang lain juga.