Resepi Ringkas Roti Gulung Sosej Dengan Cheese

Assalamualaikum ,  Lama sudah husniey nak berkongsi cara buat roti ni harini baru berkesempatan publish entri ni. Sesuai untuk makan...



Assalamualaikum

Lama sudah husniey nak berkongsi cara buat roti ni harini baru berkesempatan publish entri ni. Sesuai untuk makan buat juadah minum petang, juadah sahur tak kisahlah kan. Kalau takde idea nak buat kuih muih tu boleh buat menu ni ya

Jom tengok macam mana cara nak buat, senang je ni 😄

Bahan bahan yang diperlukan 

(Untuk 5 orang ke atas) 

Roti - 10 keping
Sosej - 10 batang
Cheese - 3 hingga 4 keping (Jika suka, letak la banyak sikit)
Telur - 2 biji
Serbuk Roti

Cara Cara Menyediakan:

Sebelum buat perkara yang lain, rebus dahulu sosej

1) Gelekkan roti
2) Letakkan sosej dan cheese


3) Gulungkan roti dengan berhati hati
4) Celup dan 'mandikan' roti di dalam telur


5) Sama seperti langkah keempat, tetapi di dalam serbuk roti


6) Gorengkan di dalam minyak separa penuh (semasa memula proses penyediaan, dah boleh panaskan kuali sebab kena gorengkan terus)


7) Toskan minyak pada roti yang digoreng
8) Potong roti bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak, hihi 😊
9) Siappp boleh terus ngap!



Elok dimakan tak kira waktu, petang atau pagi, malam pun boleh.
Kalau ada anak anak kecil dirumah tu boleh lah ajak mereka buat roti ni didapur.. Part goreng tu tak payahlah mereka buat, bahaya.

Semoga bermanfaat perkongsian husniey kali ini. Terima kasih baca! Jangan lupa share di media sosial ya 👇

Baca sini juga artikel menarik:

Resepi Ringkas Ayam Masak Halia 

Resepi Masak Lemak Buah Gajus Sedap (Jambu Golok) Terkenal Di Terengganu

Menu Terbaik Di Sushi King Yang Penulis Suka! 

Pengalaman Mengandung Dan Keguguran Semasa Kandungan 8 Minggu | TTC Nak Masuk 6 Tahun

You Might Also Like

13 comments

  1. pernh tgk resepi ni tp bila ntah nk try

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa. Pos sikit kat ana.🤗

    ReplyDelete
  3. Macam sedap jea.. Nak try la nanti..

    ReplyDelete
  4. kat asrama dulu selalu beli yang ni. memang favourite !

    ReplyDelete
  5. Selalu buat time praktikal dulu. Buat bnyk2 pastu makan ramai2.

    ReplyDelete
  6. favourite sungguh la nie..selalu beli je..buatnya tak..haha..

    ReplyDelete
  7. omg my favorite. terliur gile ni. Hai Ray follow sini tau #206

    Jmput la singgah and follow my new blog. mmuahh

    ReplyDelete
  8. Suka mkn roti gulung ni tp x penah try x tahu cara 😬 pasni leh cuba..senang je kan

    ReplyDelete
  9. sedapnyaa tapi CT ni seorang yang pemalas.. ehehe tahu simple tapi bila dah malas tu memang keje nak makan je tamooo masak =D

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.