10/31/2017 03:53:00 pm
TEMPAT MENARIK YANG DILAWATI DI KYOTO, JAPAN
10/31/2017 03:53:00 pmDESTINASI : Kyoto, Japan Assalamualaikum bersambung kita dalam kisah husniey ke Japan JUNE 2017 Boleh baca sebelum ni entri ber...
DESTINASI : Kyoto, Japan
Assalamualaikum bersambung kita dalam kisah husniey ke Japan JUNE 2017
Boleh baca sebelum ni entri berkaitan :
Penginapan di Osaka 6H 5M
Beraya di Japan 2017
Ke Japan lah kita part 1 (tiket flight, day 1)
Apps Yang Digunakan Ketika Travel
Destinasi hari kedua ke Kyoto.
Kyoto ni daerahnya lebih besar dari Osaka.
Banyak tempat tempat menarik dan ia seperti heart of Japan.
Kalau tak ke Kyoto ni, tak lengkaplah.
Dari Temma Station tempat husniey stay naik (JR) - Transfer to Osaka Station - terus ke Kyoto Station (710¥/pax) tiket
Perjalanan dari Osaka ke Kyoto Station (by train), lebih kurang 45 MINIT
🌸 SAGANO ROMANTIC TRAIN 🌸
keluar jalan kaki je dah nampak tempat menarik disitu..
Masuk ke dalam bangunan sebelah stesen Saga Arashiyama, husniey beli tiket untuk menaiki Sagano Romantic Train
harga 620¥ / pax
Warna warni dihiasi bunga bungaan
Masuk ke dalam ni untuk beli tiket menaiki Sagano Romantic Train
Beli tiket Sagano Romantic Train disini
Permandangan disini sangat tenang, kalau datang musim bunga atau musim luruh mesti kagum melihat keindahan alam semulajadi
Sungai yang jernih, bersih. Pada musim bunga atau luruh boleh tengok pokok disini bertukar warna kekuningan, kemerahan
Air sungai yang tak dalam pun
🌸 ARASHIYAMA BAMBOO FOREST 🌸
Untuk ke Bamboo Forest perlu berjalan kaki dari stesen keretapi, sekitar 10 minit berjalan kaki. Kalau tak faham map, boleh tanya di kaunter pertanyaanBoleh juga sewa basikal dalam perjalanan ke Bamboo Forest ni.. (kalau anda malas nak berjalan, hehe)
Walaupun masa tu kami sedang berpuasa, ku gagah jua berjalan kaki
Haruslah ambil gambar bebanyak,
bukan senang nak sampai ke sini
My wishlist place to visit when travel to Japan
Orang kata tak lengkaplah journey ke Japan
kalau tak ke Arashiyama Bamboo Forest ni, hihi
Oh ya masuk ke sini free je tak payah bayar pun 😘
Rimbunan hutan buluh ~
Disini pelancong sentiasa ramai,
memang selalu lalu lalang..
memang selalu lalu lalang..
Kalau nak bergambar dengan tenang dan cantik bolehlaa gerak awal.. Datang awal sikit.
Masuk sini rasa mengantuk je mata ni,
Sejuk best, feeling fresh!
Dijamu mata ni dengan permandangan hijau 😍
Sejuk best, feeling fresh!
Dijamu mata ni dengan permandangan hijau 😍
PERMANDANGAN SAWAH DI KYOTO 🌸
Permandangan sawah dan bunga cantik ni semasa kami jalan kaki keluar dari stesen keretapi
(Lepas menaiki Sagano Romantic Train), memang cantik sangat bersih pulak tu
🌸 FUSHIMI INARI, KYOTO 🌸
kami ke sini tapi bergambar di luar dekat pagar je.. HAHA
Naik train lama juga dari Osaka, kami pergi pada hari ketiga menggunakan JR WEST RAIL PASS
Klik pada gambar untuk zoom in, boleh tengok kawasan mana JR cover di gambar sebelah kanan tu
Pada hari ketiga tu dari siang sampai ke malam kami guna pass ini sahaja harga 2300Y/PAX
Agak jimat jugaklah sebab perjalanan kami ni pergi dan balik semula ke Osaka
Dah pun dikira kira kalau beli tiket macam biasa tu, agak mahal (dikira satu persatu)
Pass ni sesuai bagi anda yang nak travel banyak tempat menarik di KANSAI, Japan.
2300 yen tu bersamaan 24 jam je boleh guna pass ni
Tak suka nak beli pass yang banyak hari,
sebab tahu keupayaan diri ni tak semua tempat husniey nak pergi pun
*LESSON LEARNED : BANYAK TEMPAT = MAKIN BANYAK KELUAR DUIT BELANJA
Pass tu boleh dibeli dimana mana stesen keretapi yang besar, di atas ni pejabatnya kalau tak silap beli di stsesen Tennoji 😃
Jangan risau boleh dapatkan dimana mana stesen keretapi. Macam macam jenis pass ada. Boleh pilih sendiri, bagitau je kat staff kaunter tiket tu
Permandangan semasa dalam perjalanan menaiki keretapi, mata ni dijamu dengan pelbagai keindahan alam di Japan.
Kagum betul melihat tempat mereka tak kira di kampung atau bandar, pesat membangun..
Train boleh diakses sehingga ke kawasan ceruk kampung 😍
Hebat kan?
Kagum betul melihat tempat mereka tak kira di kampung atau bandar, pesat membangun..
Train boleh diakses sehingga ke kawasan ceruk kampung 😍
Hebat kan?
Perjalanan menaiki train 1 jam lebih dari Osaka
Memang agak jauh, plus cuaca agak panas dengan keadaan berpuasa
Tak lapar pun tapi dahaga je, hihi
INI LAH PINTU MASUK KE FUSHIMI INARI
Muka pucat sangat masa ni
🌸 KYOTO STATION 🌸
Perjalanan diteruskan dari Inari ke Kyoto Station.Ni sebab saja nak gunakan pass yang dah dibeli so pergi jelah jalan jalan kat area JR pass tu cover..
Di Kyoto, turun di Kyoto Station jalan jalan dalam mall, jalan jalan diluar kawasan Kyoto station
Kyoto tower hotel
Cuci mata dalam mall 😂
Uih handbag kat sini semua design lawa lawa.
Kena tahan nafsu!
Kyoto Station ni besar
Ada bermacam di situ.
Pusat beli belah, restaurant, ada pelbagai jenis keretapi, antaranya keretapi yang terlaju tu,
Shinkansen namanya (bullet train), antara train yang paling mahal ni di Jepun..😌
Shinkansen ni tak semua stesen keretapi ada
Penuh orang ~
naik Shinkansen ni tapi mahal sangat. Hehe.
Kalau naik train biasa dalam 45 minit
Tak silap Husniey kelajuan Shinkansen ni 320km/j
Wow, memang superb laju kan 😉
credit picture to Kyotostation.com
Ini lah contoh Shinkansen, muncungnya sedepa. Hihi
Baca disini juga :
Sekian perkongsian kali ni..
Semoga bermanfaat.
Bersambung nanti episod di Osaka..
Ingat nak cerita semuanya disini, tapi macam panjang sangat je, hihi
Thank you for reading this entry! 😊