Moga Allah lindungi orang tua ku

Assalamu'alaikum.. Happy Sunday everyone. Moga moga kalian semua sihat walafiat Sedar tak sedar dah Ogos 2017, Tak sangka laju ...


Assalamu'alaikum..

Happy Sunday everyone.

Moga moga kalian semua sihat walafiat
Sedar tak sedar dah Ogos 2017,

Tak sangka laju betul masa bergerak sekarang ni

Pada hari Rabu minggu lepas, dapat tahu ayah husniey pengsan semasa bekerja. Ayah memang bekerja di tengah panas, buat landskap (MPK)






Nak kata ayah tak makan, dah pun sarapan pagi. Darah tinggi kencing manis semua normal je.
Tak tinggi pun

Tup tup pengsan.
Nasibla masa tu kawan kawan ayah ada,
Ayah cerita sedar je kawan dah ramai duk keliling sambil bantu sedarkan ayah.

Ayah pun memang rasa tak larat sikit pagi tu
Mungkin nak demam kot
Sekarang ni kan suhu tak dapat dijangka
Kejap panas terik, lepas tu hujan


Saja jelah nak abadikan kisah ni di blog Husniey, sebabnya ayah jarang sakit.. Pergi ke klinik, doktor kata kemungkinan nak kena angin (strok) kot. Ayah pesan lagi, mungkin juga Allah jaga..

Sebab tu kena banyak amalkan doa doa yang Nabi baca (dalam Al Mathurat ada banyak).
Kita bergantung dan menjaga hubungan dengan Allah. Allah akan jaga..


Semoga kedua ibu bapa sihat selalu..
Husniey ni manja, nampak je macam tegas (kakak sulung memang gitu) tapi manja yakmat.
Cakap sikit pasal mak ayah dah nak bergenang airmata dah, lagi lah sedih kalau orang tua tetiba sakit, demam.
Rasa kesian menebal di dalam hati..


Semoga Allah merahmati orang tua kita
Dipermudahkan urusan mereka. Bagi yang dah takde ibu bapa, banyakkan berdoa. Buat amalan baik, sesekali niat sedekahkan pada mereka..


You Might Also Like

9 comments

  1. Bahaya tu kalau strok. kena ajak ayah rajin bersenam la kalau macamtu

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya pulih seperti sediakala.. Faktor cuaca kot.. Sekarangkan cuaca agak panas..

    ReplyDelete
  3. ya Allah takutnya.. sedih baca. Moga kedua ibu bapa kita diberikan kesihatan yang baik, berpanjangan, cergas sentiasa dan dipermudahkan semua urusan dunia akhirat. amin...

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah Mudah-mudahan husniey. Doa yg terbaik buat mereka.

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah menjaga ibubapa Kita sebaiknya.. risau Kan bila mereka sakit

    ReplyDelete
  6. Risau kan kalau parents kita tak sihat. Semoga orang tua Husniey diberi kekuatan dan kesihatan yang baik...


    psst..comel kucing tu,hihi.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.