8/31/2017 09:35:00 pm
Ke Japan lah Kita Part 1
8/31/2017 09:35:00 pm🌸 Hari Pertama : Perjalanan ke Osaka Japan A ssalamu'alaikum.. Konnichiwa! Husniey cuba ringkaskan cerita ke Japan ni, wala...
🌸 Hari Pertama : Perjalanan ke Osaka Japan
Assalamu'alaikum.. Konnichiwa!
Husniey cuba ringkaskan cerita ke Japan ni, walau hakikatnya banyak je nak kongsikan cerita :DTiket ke Osaka Japan dari KLIA2
- RM 862 (Tiket pergi 2 person KLIA2 - Osaka)
- RM 1,216 (Tiket balik : 2 person include meal : Nasi Minyak, Nasi Lemak, mineral water)
Jumlah untuk tiket penerbangan Airasia pergi dan balik ke Japan (2 orang) :
RM 2078 = RM 1,035 macam tu per sorang
ikut currency rate tiket masa tu.
Sebab di Airasia diletakkan harga dalam rate Japanese Yen ¥
Tiket ni husniey beli agak last minute jugak 1 bulan lebih sebelum travel date ^^
so rasanya harga standard lah, kalau mahal pun seratus dua kot
Hari Pertama 21 June 2017 :
KLIA 2
husniey bergerak dari Kuala Terengganu menaiki flight ke KLIA2 jam 9.20 pm, 20 June
duk makan, tidur jelah. Bangun sahur dan solat subuh di airport.
Sahur, nasi lemak kfc
Departure Gate
Bertolak dari KLIA 2, jam 8.15 am
Perjalanan ke Osaka memakan masa lebih kurang 6 jam 1/2.
Alhamdulillah, okay je naik AirasiaX.
Best juga. Ramai penumpang ke Osaka pada tarikh ini, mungkin mereka semua bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri.. Chinese ramai
full seat ~
Pilot yang memandu tu memang terbaiklah
Husniey sebenarnya takut pada ketinggian, tapi nak juga lawan perasaan takut dan gayat tu.. Alhamdulillah lama - lama dah okay, perasaan gementar tu hilang.. Kena banyakkan beristighfar, positif kan minda. Tidur je dalam perjalanan. (*tips hilangkan gementar* hihi)
Kansai, Osaka Japan 🌷
Ini kali pertama travel (jauh) dalam bulan Ramadhan pulak tu 😊
Tiba di Osaka (Kansai Airport) jam 3.30 pm waktu sana
Beza masa cuma 1 jam dari Malaysia.
Untuk pengetahuan kalian, di Japan pada bulan Jun ialah musim panas
Lebih kurang macam cuaca di Malaysia tapi ada angin sejuk jugaklah sikit
Waktu Jepun, cepat satu jam je dari Malaysia
Urusan di airport, dalam 30 hingga 45 minit.
Kalau tak nak lama urusan di airport, bawalah beg galas je.
Banyak kelebihannya travel bawa backpack je ni 😂 (untuk tips ni Husniey dah buat eksperimen sendiri, berkesan..dan betul, memang cepat je urusan di airport)
Dalam pukul 5 pm, keluar dari airport terus nampak stesen keretapi..
Masa ni pening jugaklah, dekat setengah jam duk pusing situ cuba nak faham peta,
nak kena tahu perlu naik train apa.. Destinasi ke mana..
Nota : Di Japan ada banyak jenis train. Contoh anda nak ke Osaka (Umeda area), haa nak ke satu destinasi tu, ada banyak pilihan train, ada yang mahal ada yang murah.. 😂
Fakta : Train mahal = makin laju
Untuk kemudahan, dan lebih murah cari train jenis JR..
Japan Rail. Fahamkan route JR line.
Kemana aje pun cover..
Harga sederhana, normal rate..
Train yang jenis Shinkansen (bullet train) tak payahlaa.. Memang mahal..
Tapi kalau nak merasa tak salah pun, terpulang
Ingat ye, kalau mahal sekalipun tapi berpatutanlah dia punya kelajuan tu sepantas kilat..
Macam Husniey pula, bajet tak banyak sangat tu yang berhati hati nak pilih jenis pengangkutan
Proceed . . .
Alhamdulilah, tanpa menunggu dan 'berharap bulan akan jatuh ke riba',
kami laki bini bertindak cepat dan cuba bertanyakan info di kaunter
Ramai yang ke office JR tu untuk beli pass pengangkutan train
kaunter tiket yang boleh kita beli sendiri tiket train ^^
Office JR untuk beli pass pengangkutan bersebelahan kaunter ini
Haa ginilah rupenyaa mesin tiket tu, ada pilihan bahasa inggeris
Jangan risau :)
Study map tak berapa nak faham, haha
banyak sangat lane
Tak semua tempat yang ada dalam pass tu husniey nak pergi
Pass ni ada banyak : Untuk perjalanan sehari, dua hari, seminggu pun ada unlimited (untuk guna train/subway/bas di tempat tempat yang tertentu sahaja)
Nanti akan diberi kad, so tak perlu dah bayar atau beli tiket train
tiap kali nak naik train tu just swipe je..
Saja je kami nak merasai pengalaman membeli tiket train di Jepun.
Kalau jalan jalan di KL,
Husniey dan suami banyak naik pengangkutan awam. Senang jimat kos tol dan minyak. Haha memang suka jalan kaki, tak sedar dah pusing satu bandar 😂
Dari Kansai Airport, naik train jam 5.30 pm menuju ke Tennoji station
(guna train jenis JR Harga = 1,060¥).
Beli tiket train direct di mesin..
Duit tak payah risau kalau anda tak ada note yang bernilai kecil.
Husniey guna je note besar
10K yen beli tiket yang berharga 1,060yen
ni contoh tiket yang akan dapat kalau beli guna mesin tu memang takkan faham sebab in Japanese langguage, haha
tapi ade lah jugak nama stesen, so buat buat faham jela
So tak pening dah, duit nilai besar tak perlu dah nak kena tukar dekat kaunter untuk beli tiket. Pengalaman naik pengangkutan awam di KL begitulah, kena tukar duit kecil dulu baru boleh beli tiket. Hahah ingatkan kat Jepun pun begitu. Padahal tak payah risau pun, guna je walaupun duit bernilai besar.. ❤👍
Memang best pengalaman pertama disini. Amazing!
*JR : Japan Rail
* Tiket JR ke Tennoji 1,060 yen / pax =
RM 40.83
Semasa nak masuk gate tu perhatikan semua tanda arah, kadangkala gate menuju ke arah keretapi yang lain.
Agak pening, kalau tak faham tanya je orang awam dengan menyatakan destinasi anda ke stesen mana
Dalam perjalanan menaiki train semasa dah keluar dari Kansai airport, subhanaAllah permandangan disini sangat memukau! Perjalanan dari airport ke bandar Osaka, hampir satu jam.
Airport ini di atas laut, train lalu di atas jambatan, yang bawahnya laut..
Boleh bayangkan tak? Cantik dan unik sangat.. 😍
video di Youtube Husniey, masa 1st time merasa train Japan, keluar dari Kansai Airport.
Kena pilih Osaka Loop Line (warna pink line ni) tujuan ke Temma Station.
Kos 180 yen / seorang
Kos rate semasa * 180 yen = RM 6.83
Stesen yang berdekatan dengan 1st guesthouse, ada satu lagi JR Sakuranomiya station
Bangunan coklat
(dekat dengan Umeda, Museum and living.. Pasar tenjinbashi
Jalan kaki sekitar 10 minit dari stesen kereta api untuk ke rumah.
Boleh baca pasal Guesthouse disini
Orang di Jepun ni,
Alhamdulillah setakat ni jumpa orang baik baik.Tanya je soalan, pasti mereka cuba nak bantu tanpa berfikir lama. Mereka ni nampak muka memang tegas tapi bila disapa untuk bertanya arah, mereka selalu tunduk kepala (tanda hormat), senyum serta berikan penerangan dengan baik dan bersungguh. Kagum betul! 😍
Memang ramai tak arif untuk komunikasi dalam bahasa Inggeris, tapi mereka berusaha nak membantu
7 pm tiba di Guesthouse.. Check in guesthouse..
Self check in je, bukan macam duk hotel ada receptionist..
Cantik kawasan ni.. Tenang sungguh tak crowded. Masuk maghrib, berbuka puasa ala kadar
Malam pula, kami jalan jalan keluar beli makanan dan minuman
Sini banyak betul parking basikal.
Orang sini kebanyakannya naik basikal je, dah macam naik motor je bawa basikal tu. Laju. Cekap. Hihi 😂
NOTA PENTING berkaitan entri ni :
Ketahui destinasi anda, dan buat kajian sedikit tentang stesen yang perlu dituju dari awal lagi.
Guna Google Map je. Penting juga buat Itinerary. Buat ringkas je, asal nampak jadual.
Google maps tu memang tepat, dan mudah nanti nak bajet kos
Contohnya : Menaiki stesen keretapi ke tempat menarik (from Osaka Centre to Dotonbori)
Anda boleh lihat terus kos yang perlu dibayar.. di bawah sekali di Google Maps..
Harga memang sama, semasa dibeli di mesin tiket.. Kalau lain harga tu, mungkin anda terbeli tiket train yang berbeza 😊
Jangan malu bertanya orang awam jika tak faham atau tak tahu arah yang hendak dituju
Jangan buat bising bersembang rancak di dalam train. Phone vibrate je. Orang Japan, walaupun train padat mereka tak buat bising dalam train 😬
Internet penting sangat. Senang nak cari info tentang train, directions.
Kami sewa pocket wifi dengan HIS Travel
RM 15/day. Total RM 90 sahaja
Tak perlu deposit pun.
Pocket wi-fi ni di poskan ke rumah, beberapa hari sebelum anda travel.
Husniey nasihatkan cuba masuk group yang berkaitan dengan destinasi anda nak pergi ni.
Contoh kalau nak ke Japan ni : masuk group Road to Japan di facebook. Pelbagai info menarik disitu. Boleh study route, rancang perjalanan, perkara yang tak boleh dibuat bila berada di Japan. Ketahui budaya mereka. Contoh pasal kebersihan, adab mereka yang saling menghormati antara satu sama lain. Husniey dah masuk group ni dah beberapa bulan dari awal tahun 2017 ni lagi, hehee
Kita masuk tempat orang, kenalah tahu sikit sebanyak budaya negara orang kan
Jangan main hentam je.. 😊
Nah husniey belanja video Day 1 di Osaka
🌸
Sekian entri kali ini, tunggu sambungan entri tempat yang husniey lawati di Osaka. Tak banyak pun tempat2 kami pergi tapi pengalaman tu membezakan..
Moga ada manfaat tuk kalian yang merancang nak ke Japan
Sebarang pertanyaan, boleh komen di bawah ya 😊