Beraya di Jepun 2017

Assalamu'alaikum. Husniey mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua para pembaca dan blogge...



Assalamu'alaikum. Husniey mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua para pembaca dan blogger yang ada disini.
Maaf zahir dan batin ya :)

Bagi yang mengikuti Husniey di Instagram / Facebook pasti tahu yang tahun ni Husniey beraya di Jepun 😊


Bestt​ ke beraya di negara orang? Biasa je. Bagi Husniey tetap terasa best, tapi tak lah semeriah di Malaysia. Alhamdulillah dapat merasa pengalaman menarik sebegini..




25 June 2017 | Ahad 

Bangun pagi jam 4.  Di Jepun subuh awal. Jam 3 pagi.
Mandi, solat subuh serta seterika baju raya. Bersiap.  Breakfast sikit, minum air milo dan makan biskut je. Berada di negara orang ni, dalam kepala fikir makan untuk alas perut je. Hehe

Jalan kaki ke stesen keretapi berdekatan dengan rumah.



Ambil train yang dekat dengan rumah kami menginap iaitu,
JR Shin Imamiya Station to Sanommiya Station (Kobe)
Tiket 710¥ / pax. Dari Shin Imamiya transfer di Osaka Station.

Tiket ke Sanommiya (Kobe)


Transfer di Osaka Station

Train JR (Japan Rail)

Osaka Station to Sanommiya station. Train kat sini, memang on time selalu je ada. Tak payah tunggu lama pun 😊

Husniey tengok Google Map je.
Google map senang sikit. Memang boleh dipercayai. Siap diberitahu harga tiket terus.. 😍

Berjalan kaki dari Sanommiya station to Masjid Kobe. Jauh jugak. 
Dekat 1km jalan kaki.. lebih kurang 20 minit berjalan kaki
Tiba di Masjid Kobe.. Orang ramai baru siap solat sunat Aidilfitri. Ingatkan pukul 9.30 pagi start. Aduhh dah terlambat.  Terlambat sikit je.



Tengok orang ramai duk bergambar di luar masjid. Beli makanan halal di area masjid tu ada gerai jualan.
Kebab turki ada, ice cream, nasi briyani.
Fuhh memang sedapplah, hari kelima di Jepun, baru dapat jumpa makanan halal yang boleh diterima tekak 😂







Duduk bersembang dengan orang Islam Indonesia yang berada di masjid tu. Beliau baru menetap di Jepun 2 tahun, muda lagi orangnya. Bagus tak sombong.

Komuniti Melayu kita ada jugak disini, tapi tak bertegur sapa pun. Senyum pun tak berbalas. Sedihh kan.. Nampak diaorang pun duduk dalam kelompok berpuak puak.. Tak bertegur mana.

Allah, sedih tengok. kenapalah begitu sekali



Bergambar di Masjid Kobe.




Hari raya pertama di sini hujan renyai renyai.
Dah la payung kami tak bawak, padahal ada je disediakan kat Guesthouse. Haha malas nak bawak, berat nanti. Terpaksa lah beli payung kat Family Mart.




Suka bangunan dan rumah di Kobe ni, cantik sangat. Ada gunung ganang. Bukit bakau. Pastu binaan disini macam kat UK.
Cantik sangat. Kemas je.

Jalan kaki, back to Sanommiya station.
Beli tiket ke Osaka Station. Turun di Osaka station. Pergi shopping souvenirs untuk family dan barang niaga encik suami.. Shopping mall sini memang besar..
19 tingkat 😂


Highlight Day 5 in Japan (Raya Pertama)

Kobe - Kobe Mosque - Osaka Station (Daimaru Shopping Mall) - Namba - Dotonbori, Shinsaibashi - Balik rehat🌷


Nanti Husniey sambung lagi cerita kat sini

Sorry jetlag saja dah dua hari 😂
Nanti kita cerita up entri satu persatu ~


Terima kasih baca!



BACA DISINI JUGA : 











You Might Also Like

11 comments

  1. salam Aidil Fitri Husniey...jauh betul beraya ya..semoga sihat dan selamat sepanjang disana

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya Husniey..nanti nak baca next part plak..jauh betul beraya sampai ke Jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya sis Amanda :) hihi sekali sekala je ni

      Delete
  3. Alhamdulillah ada rezeki merasa beraya di perantauan. Seronok tgk gambar2 husniey di fb dan ig :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilahh rezeki Husniey tahun ni Ana :)

      Thankk youuuu

      Delete
  4. Syoknya beraya di negara orang!
    Selamat Hari Raya Aidlfitri Maaf Zahir dan Batin ya,
    teringin nak pergi jepun ni nanti hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa je Syed, tapi bestlah pengalaman baru.. Hihi

      Selamat Hari raya jugak untuk Syed dan family

      pergii jangan tak pergi :D

      Delete
  5. Best best berpeluang beraya di Jepun 😍 Hari kelima baru dapat makanan halal di Jepun!! OMG! Kalau Siqah tu sure dah kebulur. Hehe.

    Selamat Hari Raya Husniey! 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak siqah.. Alhamdulilahh peluang dan rezeki tak disangka..

      Tulahh hampir nak kebulur, nasiblaa ada jugak makanan yang boleh dimakan dan bekalan yang Husniey bawak. Dapat jugak belajar untuk survive di negara orang.. Hehehe

      Delete
  6. Selamat Hari Raya jugak Tuan Azlan :)

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.