Cadangan Menu Masakan Untuk Anda Berbuka Puasa

Assalamu'alaikum,  Harini husniey berkesempatan duk belek page resepi dan group Masak Apa Hari Ni (MAHN) kat Facebook, lama dah...



Assalamu'alaikum, 
Harini husniey berkesempatan duk belek page resepi dan group Masak Apa Hari Ni (MAHN) kat Facebook, lama dah tak belek patutlah takde idea nak masak apa kat umah nii.. Bila dah tengok orang masak tu masak ni, terus bermacam idea yang datang.. 😂

Jangan salah faham kalau ada rakan rakan yang selalu share menu dia kat media sosial, perkara itu membantu kaum ibu dan kaum isteri di rumah, untuk memberi idea dalam masakan seharian mereka. 
Bukan mereka nak show off pun.
Bukan mudah tau jadi surirumah / isteri / ibu. Tiap hari nak mikir menu apa yang perlu dimasakkan untuk keluarga. Tabik spring kat kaum wanita diluar sana 👍👍❤


Memandangkan bulan Ramadhan bagi tahun ini tak lama lagi dah nak datang.. Selalunya bila bulan puasa ni husniey suka masak kat umah je, biar simple je pun masakan Husniey 😊

Ada beli jugak juadah di bazaar, tapi sedia maklum saban tahun kalau ke bazaar Ramadan harga makanan makin mahal. Beli makanan sikit je dua tiga jenis pun berhabis RM 20+ jugak

Baik masak di rumah jelah. Huhu yang best ia sihat, puashati dan jimat duit.
Pernah terkena husniey beli juadah di bazaar, bila nak berbuka puasa tu tengok macam dah nak basi. Terus terbantut nak makan 😂

Okay, ini cadangan senarai menu masakan yang sesuai untuk berbuka puasa : -
Sajalah nak share kat sini. Kadang kaum wanita diluar sana tak tahu nak match lauk pauk dalam masakan:

Cadangan Menu Berbuka Puasa:


 1 : Sambal sotong, ikan kerisi, poyok & cili + budu, ulam ulaman.
 2 :  Ikan Cencaru Panggang + Air asam
 3 : Ikan Selar Goreng + Sambal Belacan + Sup Sayur (Bendi / Petola)
 4 : Daging Jeruk + Nasi Putih + Sayur Campur Goreng Belacan
 5 : Sambal Sardin + Sayur Kailan Ikan Masin +  keropok keping.
 6 : Ikan Bakar (Siakap @ lain2)
 7 : Udang Masak Lemak Tempoyak + Petai
 8 : Kari Ikan & Bendi + Sambal Belacan
 9 : Ketam Masak Lemak Cili Api
 10 : Spagetti Bolognese
 11 : Paprik Ayam + Sayur Campur Goreng
 12 : Ikan Tongkol Singgang + Budu + Ulam (Timun/ Salad)
13 : Gulai ayam + Sambal Belacan + Ayam Goreng Berempah
 14 : Sambal Ikan Bilis Petai
 15 : Tomyam Ikan Sardin / Tomyam Seafood
 16 : Mee Kari (Kerang)
 17 : Ikan Masak Sweet Sour
18 : Nasi Ayam
 19 : Asam Pedas Ikan Pari
 20 : Sambal Telur Rebus + Ayam Panggang Madu 

    Ni kiranya nanti kalau husniey nak masak cuma pilih secara random jelah menu ni. Ikut tekak haritu rasa nak makan apa 😂 😂

    Hahaha.

    Buat 20 menu je dulu , sebab memang besar kemungkinan akan ada makan di restoran, atau berbuka di masjid, atau balik kampung berbuka di umah mak kan..

    Tak pun kot ada rezeki dapat jemputan berbuka di hotel mewah ke kann ~ Haa berangann ~ 😂

    Nah belanja gambar masakan Husniey. Hihi

    Gambar tahun lepas, 1st day puasa dah buat nasi minyak ayam merah, Haha beria sangat nii.. 

    Ikan singgang + budu. Sedapp nii ❤ 


    Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis ❤


    Sayur masak lemak + Seafood masak merah + Ikan goreng 


    Ikan bersambal + Sayur Kacang Panjang goreng ❤



    Tomyam campur ❤ 


    Itu sahaja perkongsian kali ini, moga ada manfaat! 

    Terima kasih baca! Haaa kalau ada idea tuu, silalah share kat ruang komen. Mana tahu dapat membantu kawan kawan lain yang mencari dan memikirkan idea menu masakan 😊 😊 




    You Might Also Like

    16 comments

    1. asal puasa je ana blurr nk masak apa. huhu. plg blur utk makan tghari syafi. hehe

      ReplyDelete
      Replies
      1. Haa tuuu lagi pening nak mikir, hihi kan tak teringat nak masak untuk syafi sebab mak ayahnya puasa :D

        Delete
    2. PC biasanya berbuka masak lebih sekali boleh mkn untuk sahur...huhu...biasanya yg kurang berkuah..

      ReplyDelete
      Replies
      1. Samalah PC.. Selalunya masak banyak sikit boleh simpan untuk sahur sekali.. 😘

        Sahur tak kalut sangat, kalau bangun lambat sikit pun. Huhu

        Delete
    3. Siqah biasanya berbuka makanan di ofis je. Sebab hari-hari biasanya tak sempat nak berbuka di rumah. Masak malam dan akan makan masa sahur je.

      Memang pening gak nanye nak masak apa hari2 untuk sahur. TQ Husniey. Boleh juga bagi idea kat Siqah. Hihi.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Betul, kalau kerja memang tak sempat sangat nak masak2 kalut balik kerja dah nak berbuka kan..

        Alhamdulillah, dapat juga membantu siqah sikit sebanyak. Hehe

        Delete
    4. amboii awal betul ni bagi menu..hehe idea yang bagus jugak untuk buat menu sebagai entri..hehe

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hehe terpaksa awalkan kak listkan menu ni, nanti senang nak cari barang dapur..😅😂

        Delete
    5. omg tempting nengoknya.. daging jeruk camne? saya xpernah tengok.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Daging jeruk tu macam ikan jeruk je, heee ~

        Delete
    6. Bestnya main masak2. kita beli juadah dekat bazaar ramadhan jela. =D

      ReplyDelete
      Replies
      1. Kalau orang bujang senang urus makan minum, takpe je mana2 asalkan dapat makan untuk teruskan hidup huhu 😂

        Delete
    7. Ya Allah, seronok tengok semua lauk-pauk yang awak buat. Bersyukur suami dapat isteri yang pandai masak. Me, myself perlu tengok resipi everytime nak masak. Bukan apa... rasa tak cukup pandai lagi sedangkan menu tu dah selalu buat. It's just a habit of mine.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Lauk pauk saya biasa biasa je selalunya. Lauk kampung je 😂

        Takpe Nisa janji kita cuba juga masak untuk suami.. Lama lama nanti mesti dah cekap dah ingat bahan apa nak letak, dah pandai nak agak.. InsyaAllah sama2 masih belajar ni👍😘

        Delete
    8. Sedapnyaa semua tu Husniey, untuk pandai masak. mai kena belajar laju2 ni nanti kawen kesian pula husband nak tabahkan hati makan makanan tak sedap.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Takpe Mai slow slow belajar, satu hari satu resepi ke. InsyaAllah bolehnya nanti..
        Yakin diri 💪😘

        Delete

    Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.