Cadangan JJCM #KT Walk

Assalamu'alaikum, Harini nak cerita pasal JJCM di KT Walk, Kuala Terengganu.  Bandar Kuala Terengganu sejak tahun lep...




Assalamu'alaikum,

Harini nak cerita pasal JJCM di KT Walk, Kuala Terengganu. 

Bandar Kuala Terengganu sejak tahun lepas makin meriah dengan pelbagai events saban minggu atau tiap bulan. Tahun 2017 ni paling banyak acara, yelah kan sempena Tahun Melawat Terengganu 2017.. 
Tak silap Pahang, dan Perak ye jugak. 




KT Walk ni dah dibuka sejak tahun lepas kalau tak silap husniey, lama dah tak pergi.. 
Tapi kalini pergi banyak pulak beli makanan 😂 


Dekat sini pelbagai street food ada. Kuih muih tradisional ada, keropok lekor pun ada, nasi minyak, nasi lemak, nasi kerabu. Makanan barat, ada dessert lah, pelbagai cake, pelbagai roti. Aduhh semua benda husniey nak beli. Bab makan ni memang tak fikir panjang. Nampak sedap je terus nak beli. Hahaaha 


Okay jom layan gambar dulu :

Memang tengah jalanraya macam ni je 


Ada juga disediakan tempat duduk, tapi tulah sentiasa penuh.
Kalau datang sini beli makanan tu balik makan kat rumah atau hotel jela, tak pun lepak kat lain ~


Takoyaki ^^


Pizza ^^ 

Pelbagai jenis rojak pun ada ~ 



Ada banyak gerai jualan ada disini

Car boot sales pun ada. Lebih kepada jualan pakaian dan aksesori 






Jual haiwan belaan pun ada. Tengok tu comel kan arnab! 😍 




Ni hasil husniey beli belah makanan. Banyak jugaklahh 😂 
Kebetulan memang tengah lapar masa tu, tak fikir panjang dah main beli je, nasib makan habis haha 

Cheese tart dan takoyaki ~ Hihi sedapp belake. 
Cheese tart tu dah ngap sikit baru ingat nak ambik gambar :P 


Pizza, yummyyy ~ 
Ada lagi yang takde gambar, beli keropok lekor panas panas lah, air buah lah
FUH. Sedapp sangat weh ^^


Beli baju blaus kebetulan tengok cantik dan murah,, Dua helai RM 50..
Kain pun elok. Jenis Chiffon ~ 



Kalau anda seorang yang gemar makan makan, 
Sila masukkan KT Walk ni dalam wishlist anda ye.. 


Waktu Operasi : Hari Jumaat Sahaja 
Jam 5 petang - 12 Malam. (*Kalau tak silap petang jam 5-6 macam tu dah buka)
Bertempat di tengah bandar Kuala Terengganu. 

Jalanraya​ ni ditutup setiap hari Jumaat petang, untuk buka KT Walk ni 


Nah PETA LOKASI depan Bangunan MBKT, depan MAYBANK : 





Sekian, terima kasih baca! ❤

You Might Also Like

6 comments

  1. Setiap kali blk KT mesti tak dan nak singgap sebab dh letih. Huhu. Next time mesti singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti singgah pasni. Hehee
      Banyak jugak jualan makanan yang ada

      Delete
  2. tempat baru ni.. nnti ke KT haruss singgah kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah baru lah jugak sis.. Tapi dibuka hari Jumaat je. Kena plan molek molek 😂

      Delete
  3. Sedaplah nampak pizza! Baru tahu ada KT Walk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sungguh pizza tu, lembut je dough.. Boleh datang singgah nanti, tapi kena set timing molek Siqah 😉

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.