Santai di Kota Bharu, Kelantan ~

Assalamu'alaikum. Pssstt. Mesti ada antara korang yang baca ni nak ke Kota Bharu kan? Sini nak cerita sikit antara aktiviti yang boleh...

Assalamu'alaikum.
Pssstt. Mesti ada antara korang yang baca ni nak ke Kota Bharu kan? Sini nak cerita sikit antara aktiviti yang boleh dibuat di Kota Bharu, Kelantan 
Kelantan ni syurga tempat untuk membeli belah, dan banyak juga makanan menarik yang boleh dicuba. Harga makanan pun selalunya murah jer. Serius, tak tipu. So carilah homestay muslim yang dekat dengan tempat menarik.



📌 Dua kali ke Kelantan tahun lepas, tempat wajib bagi husniey singgah untuk food hunting, ialah Aeon Mall walaupun baru lagi dibuka tahun lepas, tapi banyak juga pilihan makanan dan premis kedai yang tak ada di tempat husniey. Penat kaki ni berjalan, sebab besar gedabak mall ni.. The biggest mall in Kelantan (tapi rasanya, ini satunya Aeon paling besar di Pantai Timur)


Shopping ~ lalalaalala senangnya dalam hati 

Makanan memang membahagiakan hatiku ~


📌 Makan Tengahari di Nasi Ulam Cikgu. Ini wajib cuba makan tengahari kat sini. Banyak pilihan lauk-pauk. Harga pun tak sampai RM 20 makan 2 orang. Banyak juga kami ambil lauk pauk. Wajib cuba budu kat Nasi Ulam ni sedap weh, sampai husni beli dua botol bawa balik umah 🙊
Yang istimewa kat sini, mestilah pelbagai jenis ulam- ulamannya.


Next . . .

📌Pasar Siti Khatijah, Bazaar Tok Guru. 
Tempat membeli belah bagi kaum wanita. Murah jugak tudung, blaus, telekung solat wanita dekat sini. Kain pun elok..

Cantik pasar ni, berwarna warni ~


Ini tempat beli belah / memborong terdekat dalam bandar tau.. Dah penat jalan jalan di Kota Bharu tu apa lagi kan, mesti lah nak menginap di hotel, sesambil berehat dan menghayati saat indah bercuti kan. So, husniey nak ceritakan hotel gah di Kota Bharu ni. Bebetul tengah bandar.. 

Mesti korang suka, jom kita tengok :-


Hotel mana tu?
Hotel Perdana, Kota Bharu
Cantik sangat. Nama biasa biasa je tapi 5 star tau!

Sesuai untuk anda yang nak bercuti bersama keluarga, atau kawan-kawan, juga untuk yang ingin mengadakan seminar bersama pekerja atau rakan perniagaan.

❤ Terdapat 272 bilik dan suite di hotel ini, dan mempunyai 3 jenis bilik iaitu Perdana Executive,
Perdana Suite, dan Presidential Suite. Haa boleh bayangkan tak bilik suite ni macam mana, dah macam rumah Dato' Datin tau. Cantik dan elegan!

Bilik-bilik ini dilengkapi dengan bilik mandi, katil dengan bantal
yang empuk, tempat membuat kopi, tempat gosok baju, TV, dan segala benda asas semuanya lengkap. Memang selesa, luas dan sesuai untuk menginap berdua mahu pun beramai - ramai

📌Hotel Perdana ini juga sesuai dijadikan
tempat penginapan untuk korang yang datang untuk bercuti, backpacking ke Kota Bharu atau hari keluarga, dan juga organisasi yang ingin membuat kursus untuk staff mereka.
Sesuai untuk semua jenis aktiviti :)


Tengok bilik ni, cantik kan ~

Ini dah macam dalam istana ^^ best betul bilik begini 


Haa tengok luas saiz biliknya siap boleh berlari ni sambil nyanyi lagu :
 "berlari berkejaran lupakan segala duka" hahaha 


Hotel Perdana ini juga turut mempunyai kemudahan dewan yang boleh memuatkan 500 orang untuk kenduri kahwin, conventions dan juga event yang besar 

📌Terdapat juga bilik bilik yang sesuai untuk seminar
kecil kecilan, meeting, conference, yang boleh memuatkan antara 30 orang sehingga 100 orang.
So anda yang nak buat birthday party pun tiada masalah, kerana hotel ini mempunyai kemudahan yang mencukupi! Best kan? Tapi jangan party 18 sx sudah la ye.. 
Jaga adab di tempat orang :)


📌 Kalau korang rasa malas atau penat untuk keluar dari hotel setelah seharian berjalan di bandar Kota Bharu, tak usah risau nak mencari makan, kerana di dalam hotel ni terdapat banyak restoran dan juga cafe. Rasa tak larat nak melangkah bolehla buat pesanan dari bilik je. 
Yes, room service pun ada 24 jam lagi! 😍

Syioknya. Bilik besar, kemudahan yang banyak, nak makan pun orang hantarkan sampai ke bilik. Hehe




Others facilities for guest : Pool. Fitness. Gymnasium dibuka 24 jam, bagi yang nak 'sado' kan diri tu bolehlah meluangkan masa di Gym  ~ :P



Seperti biasa bukan hotel 5 bintang jika tiada swimming pool,
Korang boleh la nak bawa anak-anak yang suka berendam tu mandi manda di sini,
 boleh juga bawa berlatih berenang untuk sukan olimpik sekali. hihi opss ^^,

Yang paling husniey suka, kemudahan yang hotel ni sediakan begitu lengkap dari pelbagai sudut. Rasa macam, wahhh teruja sangat! Semua nak cuba..
Terasa seperti tinggal di istana gitu. Heee

Reception pun turut dibuka 24 jam tau ~
Husniey pernah bermalam dekat satu hotel ni, meja depannya buka sampai lewat petang je. Susah juga kalau nak minta tolong hal yang penting, tiada pekerja yang sedang bertugas. Itu dah satu hal, buatnya guest request check in lambat. Susah juga tu.. 😂

Lainkali kalau husniey nak repeat bercuti ke Kota Bahru nak menginap di Hotel Perdana jugalah. Tak percaya boleh baca komen di Traveloka, husniey yakin mereka yang komen ni memang betul,

Apa lagi tunggu tu.. Jangan fikir lama sangat, nak booking kat mana Hotel Perdana ni? Kat mana lagi, wajib booking Hotel Perdana at Kota Bharu on Traveloka 😍

Baca sini juga artikel menarik Tahun 2020;





You Might Also Like

18 comments

  1. nak travel?? tarveloka lah dulu. =)

    nasi ulam tu ana dah pernah pergi. memang sedap dan murah. no wonder lah ramai dengan pelanggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, sedap lauk pauk dia 😍
      Murah pulak tuu. Eh terliur pulak nasi ulam 😂

      Delete
  2. Haaaaa 😭😭😭💔💔💔
    Tak pernah lagi jejak negeri-negeri pantai timur. Pahang pun pergi tioman dengan cameron je. Kelatan terengganu memang tak pernah lagi. Bestnyaaaa kalau dapat pergi tengok tempat orang! Macam-macam ada.

    P/s:- Rasa-rasa nak pergi bercuti kena book hotel melalui traveloka lah ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa meh lah nanti ada rezeki, jalan jalan Terengganu. Banyak tempat cantik yang takde kat lain. Hehe for sure Fairuz tak nak balik​k nanti. Banyak permandangan cantik kat Terengganu 🙊😍

      Delete
  3. Dah lama sangat rasanya tak ke Kelantan ni huaaaa rindu pula dgn KB Mall dengan wakaf che yeh tu hehe. Memang cantik bilik-bilik dekat hotel tu! fuhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki nanti Syed buat jelajah Kelantan,Terengganu sekaligus heehe. Cantikk sungguh, nampak elegan!

      Delete
  4. Kulinernya menggoda banget tuh, udah kulineran, tinggal tidur deh di hotel. Asik banget memang kalau ke temapt seperti itu, dan aku penasaran sama nasi ulam cikgu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar, Andi. Hotelnya cukup lengkap dengan pelbagai fasilitas 😊

      Nasi Ulam itu kaya' nasi biasa tapi dimakan sama ulam serta sambal

      Delete
  5. tarveloka memenui khndak anda!!! lawa nya hotel tu

    ReplyDelete
  6. belum pernah gi ke hotel perdana sejak ia dinaiktarafkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti berkesempatan ke sana, Abam Kie bolehlah stay sana 😊

      Delete
  7. cunla..kalau ke kb tak sah tak beli keropok n batek.wajibbb

    ReplyDelete
  8. mmg kalau boleh tak nk keluar bilik dah..bukan jer berlari-lari tapi terasa nak bergolek2 jugak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa. Kan kalau bawak anak kecik lagi lah. Kemain happy mereka dapat bilik luas macam ni

      Delete
  9. my favourite place is Kota Bharu Kelantan . InsyaAllah nanti rabia pergi bercuti lagi di KB

    ReplyDelete
  10. Kelantan mmg best.. cantiknya hotel tu.. kalau blk kelantan mmg tak tidur hotel la sbb ada rumah ma.. hehe

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.